wanita yang hebat di belakang lelaki

Wanita Dibelakang Lelaki Yang Hebat – Bahagian 4

By

Sambungan Bahagian 3

“… terdapat empat wanita yang terbaik: Maryam, anak kepada Imran, Assiyah, isteri kepada Firaun, Khadijah, anak kepada Khuwailid dan Fatimah anak kepada Rasulullah SAW”
(Sahih Muslim, Sahih Al Bukhari)

Kunci kejayaan bagi mana-mana perempuan adalah untuk hidup mengikut petunjuk Allah. Panduan ini terkandung dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad.

Dalam perbincangan kita tentang wanita yang hebat berdiri di samping lelaki dalam hidup mereka, kita telah membincangkan mengenai peranan isteri dan ibu, dan hari ini adalah giliran untuk anak perempuan pula.

Anak-anak perempuan boleh memegang kekuasaan yang besar ke atas bapa kesayangan mereka.

Anda mungkin pernah mendengar ungkapan, “dia memutarbelitkan ayahnya di sekitar jari manisnya”, yang bererti bahawa anak perempuan itu mampu untuk memujuk ayahnya dengan mudah.

Itu ada benarnya namun anak perempuan juga boleh membimbing, melindungi dan menyokong bapa-bapa mereka.

Kasih seorang anak boleh mendorong seorang ayah kepada perkara-perkara yang baru dan lebih besar dan sokongan seorang anak perempuan itu mampu menjadi sesuatu yang tidak ternilai harganya.

Anak perempuan yang kita akan bincangkan adalah Fatimah, anak bongsu kepada Nabi Muhammad SAW yang dikasihi oleh Nabi Muhammad dan isterinya Khadijah.

Fatimah adalah anak bongsu daripada empat anak-anak mereka yang hidup, kesemuanya anak-anak perempuan.

Fatimah adalah kanak-kanak yang pendiam, sensitif, dan taat kepada ibu bapanya, dan rapat dengan adik-beradiknya.

Walau bagaimanapun semasa dia berusia sepuluh tahun, dia mempunyai kesempatan untuk berdiri di hadapan menjadi seperti lelaki yang gagah dan bersuara untuk ayahnya.

Dia memiliki tubuh kanak-kanak dan hati seekor singa yang perkasa.

Wanita yang Hebat Di Belakang Lelaki

Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang berdoa berhampiran Kaabah, beberapa orang dari keluarga-keluarga berada di Makkah membeli sebuah baldi berisikan usus-usus unta dan membuangnya di belakang Rasulullah ketika Rasulullah dalam keadaan bersujud.

Sudah pasti usus-usus itu berat dan berbau namun Rasulullah tetap meneruskan solatnya. Fatimah berdiri di kalangan orang-orang tersebut tanpa takut akan perlakuan jahat mereka.

Dia membuang usus-usus tersebut dan secara lisan membidas orang-orang tadi, yang berdiri disitu tetapi tidak bertindak balas kepada gadis kecil itu. [Sahih Al-Bukhari]

Di ketika yang lain pula, Fatimah sedang bersama bapanya ketika dia tawaf di sekitar Kaabah. Sekumpulan orang yang jahat berkumpul di sekeliling Rasulullah dan cuba mencekik Rasulullah dengan jubahnya sendiri.

Fatimah yang masih kecil menjerit dan menjerit meminta pertolongan dan pada ketika ini Abu Bakar datang untuk menyelamatkan Nabi dan dipukul dengan teruknya.

Sementara kanak-kanak perempuan yang lain berlari-larian dan bermain, Fatimah menyaksikan penderitaan bapanya.

Berbanding keriangan dan gelak ketawa, Fatimah bimbang akan bapanya dan mempertahankan misinya. Kedua-dua bapa dan anak perempuan ini menjadi sahabat yang sangat rapat.

Layanan Rasulullah keatas Fatimah jelas menunjukkan kasih sayang dan rasa hormat Rasulullah kepada anaknya yang paling bongsu. Rasulullah dikenali pernah berkata,

“Fatimah adalah sebahagian daripada aku, dan sesiapa yang membuat dia marah, membuat aku marah.” [Sahih Al-Bukhai, Sahih Muslim]

Kehidupan bagi Fatimah berterusan menjadi sukar dan menyedihkan. Penginayaan dan pemulauan umat Islam berterusan dan Rasulullah, keluarga dan pengikut-pengikutnya terpaksa meninggalkan rumah mereka dan berlindung di sebuah lembah yang kecil.

Di sana mereka terpaksa menjalani tempoh berbulan-bulan dengan kesusahan dan penderitaan dan dikatakan bahawa tangisan kanak-kanak lapar boleh didengari di seluruh lembah dan di dalam bandar Makkah.

Ibu Fatimah, wanita yang hebat, Khadijah meninggal dunia tidak lama selepas pemulauan tersebut berakhir, mungkin disebabkan oleh berbulan-bulan kehilangan hak itu.

Fatimah telah ditimpa kesedihan yang amat sangat dan keluarganya merasa risau akan kesihatannya, namun dia bangkit dan menjadi lebih rapat dengan bapanya.

Dia menjaga Rasulullah dan menyokong baginda sepenuhnya sehinggakan ada masa dia dikenali sebagai Ummu Abi-ha, ibu kepada ayahnya.

Pada satu ketika bapanya pulang dalam keadaaan diliputi lumpur dan debu yang dilemparkan oleh perusuh kepadanya. Fatimah menangis seolah-olah hatinya akan retak dan bapanya berkata kepadanya,

“Jangan menangis anakku,” katanya, “kerana Tuhan akan melindungi bapamu.” [Sahih Muslim]

Nabi Muhammad amat menyayangi Fatimah, namun, baginda tidak menunjukkan sebarang layanan yang lebih selagi mana kebenaran itu lebih diutamakan.

Nabi Muhammad mengambilberat, bahawa apa yang terbaik antara seorang bapa dan anak perempuannya adalah di akhirat kelak.

Pada satu hari, ketika berurusan dengan seorang pencuri, Nabi didengari berkata,

“Orang-orang sebelum kamu telah dibinasakan kerana mereka pernah mengenakan hukuman undang-undang kepada orang yang lemah dan mengampuni yang kaya.

Demi rahmat yang menguasai jiwaku! Jika anak perempuanku Fatimah melakukannya (iaitu mencuri), aku akan memotong tangannya.”

Fatimah berkahwin dengan sepupu yang juga rakan semasa zaman kanak-kanaknya, Ali ibn Abu Talib.

Meskipun ramai yang melamar Fatimah, termasuk Abu Bakar dan Omar ibn Al Khattab, Nabi Muhammad merestukan perkahwinan antara anak perempuannya dan Ali itu.

Ikatan antara bapa dan anak perempuan kekal kukuh dan Nabi Muhammad sering dilihat melawat Fatimah selepas baginda pulang dari perjalanan atau peperangan sebelum beliau melawat mana-mana isteri-isterinya.

Keselesaan apakah yang Nabi rasakan di hadapan Fatimah.

Mungkin dia mengingatkannya tentang Khadijah yang dicintainya; mungkin dia suka berada dalam kehadiran gadis kecil yang berdiri dihadapan perusuh-perusuh untuk melindungi bapanya lagi dan lagi.

Gadis kecil itu kini adalah seorang wanita Islam yang kuat dan pintar.

Golongan bapa bukan sahaja memberi inspirasi kepada anak-anak perempuan mereka malahan sering juga diilhamkan oleh mereka.

Reputasi Fatimah kerana ketakwaan dan amalnya tentu membuat bapanya merasa bangga dan gembira.

Walau bagaimanapun tidak kira betapa rapatnya mereka, bapa adalah seorang ayah yang pertama dan terakhir, dan ketika dia mendapati bahawa Fatimah dan Ali tidak kerap berdoa solat malam seperti yang disyorkan, beliau menyuarakan rasa tidak puas beliau dengan tegas [Sahih Muslim].

Wanita yang Hebat Di Belakang Lelaki

Satu lagi semasa Fatimah meminta akan hamba (orang suruhan), Nabi Muhammad mengajar Fatimah dan Ali kata-kata peringatan yang berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia masih ingat hingga ke hari ini.

“Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu minta? Apabila kamu pergi ke katil mengatakan ‘Subhan Allah (Betapa sempurnanya Allah)’ tiga puluh tiga kali, ‘Alhamdulillah (Segala puji dan syukur adalah kerana Allah)’ tiga puluh tiga kali, dan Allahu Akbar (Allah Maha Besar) ‘tiga puluh empat kali, kerana itu adalah lebih baik bagimu daripada seorang hamba. “[Sahih Al-Bukhari]

Apabila Nabi Muhammad menjadi sakit tenat, baginda memanggil untuk anaknya yang tercinta Fatimah. Dia mencium anaknya dan berbisik beberapa perkataan dalam telinganya.

Fatimah menangis dan ayahnya menariknya rapat dan berbisik lagi, dia tersenyum.

Apabila isteri Nabi Muhammad, Aisyah bertanya kepada Fatimah tentang perbualan tersebut, dia menjawab,

“Rasulullah memberitahuku bahawa baginda akan menemui Tuhannya selepas beberapa ketika dan aku menangis.

Kemudian Rasulullah berkata ‘Jangan menangis kerana kamu akan menjadi yang pertama daripada isi rumahku untuk menyertai aku.’ [Ibid]

Maka aku tersenyum.

“Dalam riwayat yang lain Nabi Muhammad dikatakan telah memberitahu Fatimah bahawa dia akan menjadi pemimpin wanita Syurga. [Ibid]

Fatimah adalah salah seorang daripada empat wanita hebat Islam. Dia adalah seorang isteri dan seorang ibu tetapi sebelum itu dia adalah pertama-tamanya, seorang anak perempuan.

Salah satu ciri-ciri yang paling membezakan seorang anak perempuan Muslim adalah layanannya kepada ibu bapanya.

Fatimah adalah seorang yang baik dan penuh rasa hormat, dan penuh dengan kasih sayang dan cinta. Dia mempelajari adabnya dari Khadijah ibunya itu; dia belajar kesabaran daripada bapanya, Rasullah SAW.

Allah telah menciptakan seorang anak perempuan yang patut dicontohi sepanjang zaman.


Kredit: Holding Steady |  Taqi®™

Leave a Reply

avatar

You may also like

Terkini

Tips Hubungan Suami Isteri