Tips Membina Badan: Perkara Penting Lelaki Perlu Tahu

  • 3 min read
  • Mar 13, 2018
Tips Membina Badan

Jika anda sedang mencari tips membina badan, ini adalah perkara utama yang anda harus lihat untuk dipertimbangkan. Ramai dikalangan lelaki yang ingin membina badan namun mengabaikan fundamental dalam proses membina badan.

Membina badan bukan sekadar tertumpu kepada otot, tetapi juga mental dan amalan gaya hidup yang sihat. Selain itu sikap dan disiplin memainkan peranan penting. Tetapkan matlamat bagi tujuan anda membina badan.

Ramai dikalangan lelaki hanya berkobar-kobar di permulaan, namun tewas di tengah jalan. Konsistensi membina badan adalah bermula dari matlamat tadi, dan fokus memainkan peranan penting.

Sebagai contoh, membina badan hanya demi bertujuan untuk menunjuk-nujuk atau sekadar terikut kawan adalah satu matlamat yang tidak elok. Tetapkanlah matlamat yang jelas dalam diri anda dan anda pasti boleh berterusan melakukan senaman dan workout dengan jayanya.

Membina badan adalah bukan satu perkara yang pantas atau bersifat sekejap, ianya perlu melalui proses yang sukar dan menguji ketahan fizikal dan mental diri.

Oleh itu jadikanlah aktiviti membina badan sesuatu yang menyeronokkan dan memberikan perkara yang positif kepada diri anda.

Berikut kami akan senaraikan 4 perkara penting dalam aktiviti membina badan yang perlu anda tahu:


Tidur yang cukup dan bersedia

Rehat dan tidur yang cukup adalah satu kunci untuk anda membina badan. ‘Recovery’ adalah perkara mustahak dalam tumbesaran otot supaya sistem badan dapat membina badan semasa anda rehat dan tidur.

Anda boleh awalkan waktu tidur 30 minit daripada kebiasaan. Bagi kebiasaan lelaki yang serius membina badan, tidur dalam 8 hingga 9 jam sehari adalah yang paling ideal.

Juga pastikan tiada gangguan lain semasa tidur.

Tumpuan kepada Compound Exercise 

tips membina badan 2

Bagi menjadikan otot-otot selurh badan menjadi lebih kuat dan padat, anda perlu menumpukkan kepada Compound Exercises. 

Ia adalah satu kaedah mengangkat badan (lifts) yang melibatkan latihan membina otot lebih daripada satu sendi.

Laithan yang berterusan juga akan merangsang dan membebaskan hormon seperti Testosteron yang menggalakkan pertumbuhan tisu-tisu otot yang baru.

Teknik ini penting bagi mempersiapkan badan anda untuk membina otot dengan lebih cepat dan berkesan.


Pemakanan Yang Sihat & Tepat

tips membina badan 3

Menukar diet pemakanan anda untuk tujuan membina badan adalah sesuatu yang tepat. Ini adalah tips membina badan yang sangat penting.

Memakan makanan yang betul akan memberi kesan secara langsung kepada proses pembesaran otot dan membina tenaga untuk tujuan latihan workout.

Kalori yang betul adalah perlu bagi aktiviti membina badan. Tingkatkan bahagian hidangan dan kadar pengambilan makanan anda daripada biasa dengan makanan yang sihat dan bukan makanan berkolestrol tinggi seperti makanan segera.

Perkara yang ramai abaikan juga adalah makan mengikut aturan jadual dan waktu makan yang tepat. Anda perlu makan 2 jam sekurang-kurangnya sebelum melakukan workout. Hal ini bagi memberi masa untuk badan dan perut anda menghadam makanan.

Memakan buah-buahan adalah sangat disyorkan bagi proses recovery badan akibat daripada proses membina badan.

Tambahkan karbohidrat dan protein tinggi dalam diet anda. Karbohidrat dapat memberikan badan anda lebih banyak tenaga bagi menggantikan nutrien yang hilang semasa melakukan workout.

Manakala protein adalah sumber yang sangat penting untuk nutrien ketika melakukan workout. Makan makanan dari sumber protein tanpa lemak seperti ayam tanpa kulit lemak, ikan dan juga daging.

Sebab itu juga, ramai pengamal protein untuk bina badan mengambil protein tambahan yang ada dijual dipasaran seperti shake protein yang boleh diambil dengan segera ketika di dalam gym.

Selain itu, dapatkan juga vitamin-vitamin penting seperi memakan buah-buahan bagi memberikan anda zat dan nutrien yang sihat dan pelbagai.

Ianya penting bagi membina badan anda dengan berkesan.

Elakan dehidrasi dengan meminum air dengan cukup semasa melakukan workout. Kekurangan air dalam badan sangat memberi kesan besar dan risiko kesihatan yang serius terutamanya ketika melakukan senaman angkat berat.

Dapatkan Tenaga & Suplemen Tambahan

tips membina badan 4

Ini adalah tips membina badan bonus untuk anda! Jika anda inginkan kepantasan dalam penyediaan nutrien makanan, dan mempunyai bajet yang lebih, amat disyorkan anda mendapatkan suplemen tambahan.

Apa yang dimaksudkan adalah nutrien tambahan untuk protein dan kabohidrat.

Sebagai contoh Neumaxx produk tempatan yang halal dan berkualiti ada mengeluarkan beberapa produk suplemen khusus untuk membina badan. Hal ini bagi membantu anda mempercepatkan proses membina badan supaya lebih berkesan dan cepat.

Ia biasanya anda boleh ambil 20gram protein dan 40gram karbohidrat dalam kadar sederhana sebelum workout dilakukan. Biasanya di datangkan dalam bentuk tablet atau minuman shake.

Dengan pengambilan suplemen ini anda hanya perlu menjadi konservatif dalam jumlah makanan bagi menjaga keselesaan badan dan perut anda ketika melakukan workout. Inilah cara yang terbaik bagi menyelinap sebagai kalori tambahan tanpa anda memakan makanan yang besar dan berat.

Pemakanan sebelum dan selepas workout haruslah diberi perhatian dengan betul kerana kedua-dua waktu dan tempoh ini amat penting dalam proses pembinaan otot.


Tips Membina Badan Ideal

4 perkara ini amat perlu anda perhatikan bagi menjamin aktiviti membina badan akan berkesan dan berjaya. Mengabaikan perkara yang asas adalah sesuatu yang merugikan anda kelak.

Bukan itu saja, anda cuma akan mendapat keletihan dan akan tertanya-tanya apakah anda telah silap lakukan dari awal lagi bagi membina badan yang berkesan?

One thought on “Tips Membina Badan: Perkara Penting Lelaki Perlu Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!