2
252

Lelaki Kacak: Tips Rahsia Lelaki Menawan & Bergaya

Lelaki kacak, siapa yang tidak mahu? Wajah yang tampan, siap dengan pakej badan yang sasa menjadi pujaan kebanyakan wanita. Namun, adakah rupa yang kacak dan menawan menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat?

Adakah rupa yang kacak itu menjadi kayu ukur kebaikan seseorang lelaki tersebut? Kacak. Sebenarnya kacak dapat juga didefinisikan sebagai keelokan.

lelaki store

Tidak berguna jika memiliki rupa yang kacak tetapi buruk budi pekerti. Tidak guna wajah persis Aaron Aziz tetapi berkata- kata dengan kata yang kesat.

Lelaki kacak akhlaknya lebih disenangi oleh manusia tidak kira siapa dia. Lelaki yang berakhlak mulia, berlaku baik terhadap semua makhluk tidak kira darjat dan pangkat.

lelaki kacak

Lelaki yang baik budi pekerti tidak segan silu untuk memberikan tempat kepada golongan yang lebih memerlukan dalam pengangkutan awam.

Tambahan lagi, lelaki yang kacak mempunyai tabiat yang disenangi dan boleh dipuji. Lelaki yang hanya sekadar kacak dari segi rupa tidak bermakna apa- apa sekiranya dia itu seorang yang pengotor dan bersikap sambil lewa.

Lelaki yang elok paras rupa tidak juga bermakna sekiranya bangun lewat hanya ketika matahari tegak di atas kepala kerana ia menunjukkan lelaki tersebut pemalas dan tidak pandai menjaga masa.

Tips Lelaki Kacak

Wahai wanita, mahukah anda lelaki persis Shah Rukh Khan tetapi solat entah kemana, wanita dicaampuri sewenang- wenangnya, maksiat menjadi kebiasaannya. Mahukah anda?

Lelaki begini hanya akan membawa anda menuju kehancuran dan bukan kebahagian. Sedangkan perintah Allah mudah sahaja dilanggar, bagaimana anda dapat dijaga dengan penuh kasih- sayang?

Malah, lelaki tersebut tidak dapat membimbing anda menuju jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Lelaki yang soleh bukan sahaja mahu berkahwin dengan anda, namun menjadikan perkahwinan itu diisi dengan barakah dan mawaddah. Semua yang dilakukan hanyalah semata- mata mencari redha Allah.

Lelaki Store

Baca juga: Lelaki Maskulin Pada Mata Wanita [5 Prinsip Utama]


Lelaki kacak yang berpeleseran menjadi mat rempit, dan lelaki yang sederhana rupa parasnya yang gigih mencari ilmu di pusat- pusat pengajian dan masjid, manakah menjadi pilihan anda? Ilmu amat penting kepada setiap manusia kerana ilmu menjadikan manusia itu bertamadun.

Tambahan lagi, ilmu menjadikan seseorang manusia beriman dengan Pencipta mereka. Lelaki yang kacak ilmunya dapat membimbing ahli keluarga ke jalan yang Dia redhai. Malah, mereka lebih berfikiran terbuka dan rasional dalam setiap keputusan yang mereka buat.

Kacak tanggungjawab. Allah meletakkan tanggungjawab yang lebih besar sebagai imam atau ketua kepada kaum adam. Jika tidak, masakan lelaki dijadikan ketua dalam mana- mana institusi industri mahupun kekeluargaan. Mari kita renung ayat dari al- Quran yang bermaksud:

(an-Nisa’: 34)
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. (an-Nisa’: 34).

Lelaki yang kacak dari segi tanggungjawabnya tidak akan sesekali mengabaikan keluarganya. Nafkah dan didikan agama akan diberikan kepada setiap ahli keluarga.

Malah, lelaki yang bertanggungjawab akan sentiasa memegang amanah yang diberikan oleh Allah, majikan, dengan penuh berdedikasi dan komited. Lelaki yang tidak bertanggungjawab tidak layak dijadikan suami kerana kebajikan keluarga akan terabai dan hidup akan terumbang ambing.

Lelaki Kacak

Jadi, adakah lelaki tampan dan kacak rupanya masih menjadi pilihan anda? Duduk sebentar dan fikir sejenak.

Apakah matlamat anda dapat direalisasikan oleh lelaki yang hanya sekadar kacak rupanya tetapi hodoh dari segi akhlaknya, tabiatnya, kesolehannya, ilmunya dan tanggungjawabnya.

lelaki store

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply