3
56

Tips Kesihatan Lelaki: Kesihatan Batin & Penjagaan

Topik tips kesihatan lelaki: Majoriti kaum Adam memandang ringan dalam perihal penjagaan kesihatan badan dan batin.

Mungkin ramai yang masih tidak sedar bahawa kebanyakan tabiat harian mereka mampu memberi kesan terhadap kesihatan batin.

lelaki store

Tidak dapat dijustifikasikan samada tabiat tersebut akan memberikan impak segera ataupun mengambil masa dan harus diberikan perhatian kerana kebanyakannya memberikan impak negatif terhadap kesihatan batin.

Sanggupkah anda untuk menahan malu dihadapan isteri anda apabila tiba masanya nanti?

Tidak bukan? Jadi mulai dari saat ini, anda harus mula mengambil berat akan penjagaan kesihatan batin sebelum anda sendiri yang merana.

Mencegah lebih baik dari mengubati malah lebih mudah untuk mencegah.

Tinggalkan beberapa tabiat anda yang sering anda lakukan dengan segera. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya lagi.

Tenaga Batin Lelaki

Di sini penulis ingin berkongsi beberapa tips kesihatan lelaki dan tabiat yang mungkin anda lakukan namun tidak sedar akan keburukannya terhadap kesihatan batin anda.

Ini adalah berdasarkan kepada mereka yang terlebih dahulu melaluinya.

Tetapi, sebelum penulis memberitahu apakah tabiat-tabiat tersebut, rasanya tidak salah untuk penulis berkongsi serba sedikit perkara-perkara lain yang perlu kaum Adam ketahui dalam usaha memastikan kesihatan batin terjaga.

Seperti hal-hal lain, kesihatan batin turut terpengaruh dengan kesihatan diri seseorang itu. Mudah untuk difahami bukan?

Lelaki Store

Namun, belum terjamin seandainya anda seorang yang sihat tubuh badan, badan berketul-ketul, kesihatan batin anda juga sekuat itu.

Tidak sama sekali. Apa guna andai punyai otot yang besar dan pejal, six pack dan sebagainya tetapi tidak mampu untuk menunaikan kewajipan kepada isteri dan baik.

Oleh hal itu, risiko penyakit seperti diabetes (kencing manis) haruslah dielakkan. Bagaimana caranya? Mudah saja. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman dan ambil pemakanan dengan menitik berkatkan kualiti berbanding kuantiti.

Hal ini mampu membuatkan seseorang itu mati pucuk.

kesihatan-batin-lelaki

Namun, jangan risau. Anda masih punyai masa untuk berhenti kerana ia mengambil masa selama beberapa tahun untuk berlaku. Jadi, anda masih ada masa. Berhenti sekarang.

Selain itu, penyakit seperti darah tinggi juga mampu memberikan kesan negatif kepada zakar anda. Apakah kaitannya? Sedarkah anda bahawa keupayaan zakar anda menegang berpunca daripada aliran darah?

Darah tinggi akan mengganggu proses pengaliran darah ke zakar sekaligus melemahkan zakar. Manakala kesan daripada kencing manis pula akan mengecilkan saluran darah.

Antara tabiat-tabiat yang sering anda lakukan tanpa anda sedari ialah terlalu banyak pengambilan air sejuk. Keenakan dan kesegarannya jelas tidak dapat dinafikan dek kerana kita berada di bumi Malaysia ini.

Cuaca yang panas sering membuatkan kita dahaga dan dengan meneguk minuman yang sejuk mampu memberikan kenikmatan yang tidak terkata pada waktu tersebut. Baik. Boleh diterima.

Tapi dapatkah anda menerima hakikat bahawa dengan pengambilan minuman sejuk secara kerap mampu mengakibatkan zakar menjadi sejuk dan lembik? Begitu juga halnya dengan makan dan minum secara berselang seli.

Tak paham? Maksudnya makan nasi sesuap dua kemudian diikuti dengan meminum air seteguk dua.

tips-kesihatan-lelaki-dan-tips-kesihatan-batin

Antara tips kesihatan lelaki yang penting juga adalah Elakkan amalan melancap (beronani) kerana ia memaksa air mani keluar dan melemahkan zakar. Malah perbuatan ini turut ditegah dalam agama kerana ia mampu mengundang kepada pelbagai kesan buruk jangka panjang.

Sedarlah anda semua bahawa apa yang ditegah oleh agama, walaupun sulit untuk melaksanakannya namun terkandung seribu satu hikmah.

Antara lain ialah menghembus nafas sewaktu sedang minum. Hal ini akan mengakibatkan anda cepat lelah sewaktu bersama isteri. Seperti halnya onani tadi, hal ini turut ditegah oleh agama.

Ada kajian mengatakan, apabila kita menghembus nafas ke dalam minuman yang sedang diminum, ia akan mengakibatkan minuman tersebut menjadi asid lemah dek tindak balas oleh karbon dioksida yang dihembus keluar oleh kita.

Begitulah antara tabiat-tabiat yang sering kita lakukan yang sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan batin kita. Oleh itu, disamping mengelak dari melakukan perkara-perkara tersebut, tabiat pemakanan juga haruslah dijaga.

Dengan pemakanan yang sihat, penyakit-penyakit seperti yang telah dinyatakan tadi dapat dielakkan dan mampu menjamin kesihatan batin anda.

lelaki store

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply