Tips Hubungan Suami Isteri: Rahsia Hubungan Kekal Bahagia

  • 2 min read
  • Mar 08, 2019
tips hubungan suami isteri 4

“Dan gaulilah isteri-isteri kalian dengan baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan banyak kebaikan padanya.”    (an-Nisa : 19 )

Menerusi ayat diatas, sudah cukup jelas betapa Allah SWT menyeru kita supaya menjaga dan melayani isteri sebaik yang kita mampu. Isteri merupakan amanah oleh Allah SWT kepada kita.

Sebarang kekurangan yang ada pada dirinya haruslah kita terima dengan sabar.

Dia manusia dan diri kita ini juga manusia. Dia punyai kekurangan dan begitu juga diri kita. Seharusnya kita bertolak ansur dan saling melengkapi kekurangan antara satu sama lain.

Jika dia dapat menerima segala kekurangan diri kita, mengapa kita mampu melakukan yang sedemikian rupa kepadanya?

tips hubungan suami isteri 2

Diriwayatkan oleh Maisarah bin Ali dari Ar-Rafi dari Abu Sai’id Al-Khudzri,

“ Barangsiapa menggembirakan hati isteri (maka) seakan-akan menangis takut kepada Allah, maka Allah mengharamkan tubuhnya dari neraka.

Sesungguhnya ketika suami isteri saling berpandangan, maka Allah memerhatikan mereka berdua dengan penuh rahmat. Manakalah suami merengkuh tapak tangan isteri, maka berguguranlah dosa-dosa suami isteri itu dari sela-sela jarinya.”

“Ingatlah (wahai kaumku), terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada para isteri, isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan kawanmu yang berada disampingmu, kamu tidak mempunyai apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan yang keji yang jelas (membangkang atau tidak taat) maka tinggalkanlah mereka sendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai.

Kalau isteri-isteri itu taat kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya kamu mempunyai kewajipan terhadap isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajipan-kewajipan terhadap dirimu.

Kemudian kewajipan-kewajipan isteri-isteri terhadap dirimu ialah mereka tidak boleh mengizinkan masuk ke rumahmu orang yang kamu benci. Ingatlah! Kewajipan terhadap mereka ialah bahawa kamu melayani mereka dengan baik dalam soal pakaian dan makanan mereka.”   

(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)


Menurut pandangan Islam, lelaki yang terbaik adalah yang memberikan yang terbaik dan memberikan perhatian kepada isterinya.

Melayani isteri dengan akhlak yang sopan merupakan sebahagian dari akhlak yang diajar Islam, bukankah nafsu lelaki itu juga merupakan satu anugerah yang dapat digunakan untuk melayani isteri dengan akhlak yang sopan.

Turut menjadi kebaikan buat suami apabila berusaha untuk memenuhi segala kemahuan isteri selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak. Cara yang terbaik untuk membelanjakan rezeki kurniaan Allah SWT adalah dengan membelanjakannya untuk keperluan keluarga.


Seorang suami tidak mempunyai hak untuk membenci isterinya. Hal ini kerana dalam setiap keburukan yang ada pada isteri, pasti ada juga kebaikan yang telah Allah SWT ciptakan padanya.

Suami juga tidak mempunyai hak untuk mengubah mana-mana sikap isteri yang tidak disukainya sekiranya sikap tersebut tidak bercanggah dengan agama Islam.

Setiap insan mempunyai personaliti dan gaya masing-masing. Suami tidak boleh untuk mengubah personaliti isteri untuk disesuaikan dengan personalitinya.

tips hubungan suami isteri 3

Seperti yang telah disebutkan tadi, suami sendiri tidak terlepas dari sebarang cela. Oleh hal demikian haruslah diterima isterinya sepenuh hati dan redha dengan segala kekurangannya.

Meskipun suami merupakan ketua keluarga, namun ia tidak bermakna suami boleh menggunakan haknya dengan sesuka hati.

Oleh hal itu, suami tidak boleh menyuruh isterinya melakukan sesuatu yang diluar kemampuan ataupun memberikan terlalu banyak arahan terhadap isterinya. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT;

“Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajiban menurut cara yang baik akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya.”  

(al-Baqarah : 228)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!