1
1268

Tenaga Batin Lelaki: Tiga Perkara Penting Anda Tidak Tahu

Bila berbicara mengenai urut tenaga batin lelaki, ramai yang tersalah anggap bahawa ia melibatkan aktiviti tidak bermoral di rumah-rumah urut atau khidmat “urut” yang pelik-pelik.

Sebenarnya, tenaga batin dikaitkan dengan tenaga dan stamina yang melibatkan daya tahan alat kelamin lelaki.

Manakala urut tenaga batin pula dikaitkan dengan urutan yang boleh mengembalikan, menguatkan dan menambahkan ketahanan dan stamina seksual lelaki.

Dalam artikel kali ini, kita akan belajar beberapa perkara penting yang sepatutnya anda tahu mengenai tenaga batin lelaki.


Tenaga Batin Lelaki: Zakar Merupakan Bahagian Yang Tidak Boleh Diurut

Zakar Merupakan Bahagian Yang Tidak Boleh Diurut

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Perunding Urologi dan Ketua Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan UKM, Prof Dr Zulkifli Md Zainuddin.

Amalan mengurut sebenarnya tidak akan mendatangkan kesan yang tidak baik jika dilakukan pada mana-mana anggota badan kecuali jika ia dilakukan terhadap bahagian sensitif seperti di bahagian zakar.

Lelaki Store

Kebiasaannya teknik yang terlibat dan diamalkan dalam proses mengurut adalah teknik seperti menekan dan memicit.

Bahagian-bahagian yang biasanya diurut adalah paha, kaki dan juga belakang badan namun bahagian zakar sama sekali tidak boleh dilakukan sebarang bentuk urutan.

Zakar merupakan sejenis organ yang boleh dipanggil sebagai organ span yang hanya akan mengalami pembesaran apabila ia mempunyai bekalan darah yang mencukupi.

Zakar juga merupakan bahagian badan yang berkait rapat dengan saraf.

Bagi lelaki yang mengalami “erectile dysfunction” atau disfungsi erektil, pancutan pra matang dan juga mempunyai tahap libido yang rendah, solusi bagi masalah-masalah ini bukanlah menerusi urutan tenaga batin.


Tenaga Batin Lelaki: Kes-Kes yang Melibatkan Urutan Tenaga Batin

kes urutan batin

Terdapat beberapa kes yang dirujuk di Pusat Perubatan Universiti Kesihatan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak, Cheras.

Ia melibatkan beberapa individu yang tanpa merujuk mana-mana pakar perubatan mengenai masalah yang mereka alami berkaitan zakar dan terus berjumpa dengan tukang urut untuk mengembalikan semula fungsi dan juga tenaga batin mereka.

Antara kes yang dilaporkan adalah, zakar membengkak, sukar untuk membuang air kecil, cedera saluran zakar dan juga kerandut zakar bertukar menjadi hitam hasil urutan batin yang tidak bertauliah.

Lelaki Store

Ada diantara kes ini merupakan kes yang doktor sendiri tidak pernah temui sebelum ini sekaligus melambatkan lagi proses pemulihan pesakit.

Ada yang mengambil masa tiga minggu bagi kes zakar bengkak untuk mengurangkan bengkak dan terpaksa hidup serta membuang air kecil dengan menggunakan tiub getah.

Ada juga yang terus berjumpa dengan tukang urut tetapi sebenarnya masalah yang dihadapi oleh mereka bukanlah berkait dengan faktor fizikal.

Tetapi melibatkan psikologi pesakit yang berpunca dari hubungan yang bermasalah dengan isteri sekaligus mendorong kepada masalah ereksi ketika bersama dengan isteri.


Tenaga Batin Lelaki: Punca Kurang Ghairah Yang Sebenarnya

Punca Seks Kurang Ghairah

Ramai yang merasakan punca mereka kurang mengalami keghairahan bersama dengan isteri adalah kerana tenaga batin mereka lemah.

Hal ini menyebabkan hanya urutan tenaga batin secara tradisional sahaja yang terlintas dalam fikiran mereka sebagai solusi kepada masalah ini.

Langsung tidak terlintas dalam fikiran mereka untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan sekiranya mereka mengalami masalah dari segi seksual.

Perkara yang perlu anda lakukan adalah memeriksa paras hormon testosterone dan tekanan jika anda mengalami kesukaran untuk mencapai tahap ghairah apabila melakukan hubungan kelamin.


Baca juga: Penawar Mati Pucuk: Kesihatan Batin Lelaki


Jika kesemuanya adalah dalam kadar yang negatif, ia sekaligus memberikan kesan kepada tahap libido lelaki.

Sindrom kekurangan hormon testosterone dikenali sebagai andropause.

Nama lainnya adalah Partial Androgen Deficiency in Aging Male.

Berbeza halnya dengan kaum wanita dimana mereka akan mengalami kehabisan hormon ini yang membawa kepada menopause tetapi bagi lelaki, hanya berlaku penurunan kadar hormon testosterone sahaja.

Kebiasaannya penurunan ini bermula pada awal usia 35 tahun. Kesan daripada penurunan hormon ini, akan adanya perubahan yang melibatkan komposisi lemak dan juga kepadatan dalam komposisi mineral tulang.

Antara kesan lain yang akan berlaku adalah risiko untuk mengalami osteoporosis, diabetes,penyakit jantung, penurunan kecekapan sel-sel otak, cepat marah, gangguan tidur, keletihan, rasa tidak bertenaga, kurang nafsu untuk melakukan hubungan seks dan juga mati pucuk.

Lelaki Store

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply