3
4105

Tanda Lelaki Jatuh Cinta: Rahsia Bahasa Tubuh

Tanda lelaki jatuh cinta: Ya Cinta! Siapa yang tidak mempunyai rasa cinta di dalam dunia ini? Manusia yang hidup tanpa cinta adalah manusia yang paling miskin.

Kita boleh cinta kepada ayah, ibu, keluarga, suami isteri, rakan-rakan, kekasih dan yang paling utama ialah pada Sang Pencipta yang berkuasa menerbitkan rasa cinta itu.

lelaki store

Sinonimnya, lelaki lebih cenderung untuk mudah jatuh cinta kerana walaupun mereka kelihatan gagah, egois dari sudut fizikal, namun mereka merupakan insan yang lembut dan sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang.

Bagaimana kita ingin mengetahui tanda lelaki jatuh cinta pada seseorang atau jika anda yang bergelar wanita?

  • Sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang dicintai.
  • Menghormati insan yang dicintai.
  • Mengambil berat dan ambil peduli.
  • Menjaga penampilan mereka apabila berjumpa dengan orang yang dicintai.
  • Tidak ego untuk meminta maaf.
  • Orang yang dicintai sentiasa di fikiran.
  • Mengambil hati orang yang dicintai dengan memuji, memberi hadiah atau mendengar akan masalahnya.

Apakah tanda lelaki jatuh cinta

Lelaki dan perempuan diciptakan sangat berbeza. Malah, cara mereka menyampaikan sesuatu yang mereka ingin katakan juga berlainan.

Sebagai contoh wanita lebih gemar berkongsi masalah kepada teman mereka dan lelaki lebih gemar menyimpan masalah pada diri sendiri.

Bagaimana anda dapat memahami bahasa lelaki? Lelaki tidaklah sekompleks wanita. Lelaki mungkin kurang pandai dalam berkata- kata namun kita dapat mengetahui apa yang di hati, melalui perbuatan mereka.

Perbuatan dan gerak laku ini disebut sebagai bahasa tubuh.

Apakah tanda lelaki jatuh cinta? 

Seseorang yang bijak membaca bahasa tubuh akan mudah untuk mengenal pasti bahawa seseorang itu sedang jatuh cinta.

Setiap lelaki mungkin berbeza dalam mempamerkan perasaan mereka tanpa perlu meluahkan perasaan mereka melalui percakapan. Lelaki yang sudah mula jatuh cinta terhadap anda akan :

Lelaki Store
  • Malu- malu untuk bertentangan mata dengan anda kerana dia bimbang perasaannya diketahui.
  • Mereka menjadi gelisah apabila anda ditimpa masalah.
  • Tutur kata mereka lebih lembut dan mendengar apa yang anda katakan dengan penuh perhatian.
  • Lelaki yang sedang bercinta akan lebih manja terhadap pasangan mereka kerana mereka ingin disayangi dan dicintai oleh pasangan.

Tak semua lelaki jujur dalam percintaan mereka. Ada yang segelintir hanya menjadikan perempuan tempat untuk melampiaskan nafsu serakah dan tempat menghilangkan kesunyian mereka.

Namun, ada juga lelaki yang jujur mencintai pasangan mereka. Bagaimana kita boleh tahu lelaki itu ikhlas atau tidak mencintai anda, apakah tanda lelaki jatuh cinta terhadap seseorang?

  • Lelaki yang ikhlas tidak akan teragak- agak untuk menemukan wanita pujaannya dengan keluarga.
  • Lelaki tersebut akan sentiasa ada ketika anda memerlukan mereka.
  • Lelaki itu sanggup menitiskan air mata kerana orang yang dicintainya.
  • Lelaki tersebut sentiasa menasihati orang tercinta kerana dia mahukan yang terbaik demi orang tersebut.
  • Lelaki yang ikhlas akan sentiasa membaiki diri mereka untuk berubah menjadi lebih baik demi insan yang dicintai.
  • Anda adalah orang yang penting dalam hidup mereka.
  • Meminta maaf adalah mudah bagi mereka untuk tidak memanjangkan perbalahan kerana mereka tidak mahu anda terluka dan rela mengalah.

Bahasa Tubuh Lelaki Jatuh Cinta

 

Cinta itu tidak salah kerana semua agama menganjurkan umatnya supaya berkasih sayang. Namun, kita perlu bijak cara bagaimana dan orang bagaimana yang perlu kita cintai.

Cinta yang tulus bukanlah berdasarkan nafsu serakah semata. Orang yang ikhlas mencintai tahu akan landasan- landasan yang ditetapkan oleh syariat dalam mencintai seseorang.

Sangat beruntung jika kita dicintai oleh lelaki yang ikhlas dan jujur dalam percintaan. Ketahuilah, orang yang mencintai sang Pencipta melebihi segalaNya akan ikhlas menyayangi wanita yang dicintai selayaknya.

lelaki store

Show Comments

11 Comments

  1. Zara Kayla Fang August 5, 2014
  2. susanlim August 11, 2014
  3. anymous August 11, 2014
  4. dayangku sufi August 13, 2014
  5. Lola Ola October 11, 2014
  6. hafizah Malik December 4, 2014
  7. izzah January 18, 2015
    • fendy June 29, 2016
  8. aqilahsweetie March 6, 2015
  9. bubu March 20, 2015
  10. its me August 7, 2017
  11. lelaki store

Leave a Reply