iklan-lelaki
2
3893

Sifat Lelaki Yang Anda Perlu Tahu: Rahsia Memahami

Sifat lelaki adakah mudah difahami? Setiap makhluk yang diciptakan di dunia ini unik. Setiap makhluk itu juga mempunyai keunikan masing- masing sama ada dari segi rupa, perwatakan, sifat dan tingkah laku.

Jadi, bagi wanita- wanita di luar sana yang ingin mendekati lelaki perlu setidak- tidaknya mengambil tahu sifat yang sinonim dikaitkan dengan lelaki supaya mudah untuk mendalami hati budi lelaki tersebut.

Namun ingin diingatkan di sini lelaki yang dimaksudkan tak semestinya ‘boyfriend, pakwe’, kita juga perlu mengenali anggota keluarga kita dengan baik supaya lebih mudah untuk kita menjalankan kehidupan seharian bersama mereka Antara sifat lelaki yang perlu anda tahu ialah:

 

1. Kata Kata Yang jelas

sifat lelaki

Wanita lebih suka menggunakan bahasa kiasan untuk menyampaikan sesuatu mesej tetapi tidak bagi lelaki. Mereka tidak pandai untuk bermain dengan kata-kata dan lebih suka berterus terang dalam apa yang mereka katakan.

Oleh itu, jika anda mahu bertanyakan sesuatu, tanyalah dengan cara yang mudah difahami dan jelas supaya tidak akan timbul salah faham antara kamu berdua. Kalau salah faham kita juga yang sakit hati kan?

Lelaki Store

 

2. Tidak Suka Ditegur

Mengenali Ego Lelaki

Kebanyakan kita sedia maklum bahawa ego lelaki ini lebih tinggi daripada wanita yang mudah mengalah dan berhati lembut. Mereka merasakan mereka lebih berkuasa ke atas wanita.

Menerima teguran lebih-lebih lagi daripada wanita akan menyebabkan ego mereka tercalar.

Oleh itu, berhati- hati lah dalam memberi teguran sekiranya anda tidak mahu perang dunia berlaku.

Jangan sesekali mengkritik dan cuba sampaikan teguran kita dengan cara yang paling lembut dan berhikmah.

 

3. Sifat Lelaki Itu Inginkan Perhatian

sifat lelaki

Lelaki begitu manja terhadap orang yang dikasihinya. Tidak kira emak atau isteri, mereka akan menjadi manja pada sesuatu ketika terutamanya ketika sakit.

Lelaki Store

Walaupun luarannya mereka kelihatan ‘kool’ tetapi sebenarnya mereka masih inginkan perhatian daripada orang tersayang lebih- lebih lagi ketika mereka sakit.

Perkara mudah pun mereka seakan tidak mampu untuk lakukan dan mengharapkan seseorang untuk melakukannya.

Oleh itu, manjai dan turuti lah permintaan suami atau ahli keluarga anda kerana itu maksudnya mereka menyayangi dan mengharapkan anda.

 

4. Tidak Seperti Kamu (wanita) Dalam Berbelanja

Memahami Sifat Lelaki

Wanita dan ‘shopping’ tidak dapat dipisahkan. Namun, tidak bagi lelaki.

Jika wanita boleh menghabiskan masa berjam-jam untuk shopping mahupun window shopping, kebanyakan lelaki akan berbelanja jika mereka benar- benar memerlukan barang tersebut.

Mereka rela menghabiskan masa di rumah daripada menemani kaum wanita ber’shopping’.

Jika mereka menemani anda, mungkin mereka hanya akan memberi pandangan acuh tak acuh pada soalan anda mengenai barangan yang anda pilih.

Jika wanita lebih gemar membeli kasut, pakaian dan alat solek, lelaki pula kebanyakannya lebih suka membeli gadget, mengubahsuai kereta dan alat bersenam.

Bagi mereka itu semua lebih berbaloi untuk dibelanjakan.

 

5. Lelaki Itu Juga Perlukan Sokongan

Lelaki Tidak Suka Berbelanja

Antara rahsia kejayaan lelaki ialah dengan kehadiran wanita di belakangnya. Ini menunjukkan lelaki sangat perlukan sokongan daripada seorang wanita.

Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun; masa, wang ringgit, dan kata- kata semangat sangat mereka perlukan untuk terus maju ke hadapan.

Dengan sokongan yang diberikan, mereka lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu dan tidak mudah untuk berputus asa.

Oleh itu, sentiasalah berikan sokongan kepada lelaki yang anda sayangi walau dengan sekecil- kecil nota semangat kerana siapa tahu mereka lebih termotivasi dengan usaha anda itu.

Terdapat banyak lagi sifat lelaki yang ada sebenarnya kerana setiap mereka itu mempunyai sifat yang berbeza. Cubalah fahami mereka dan In Sha Allah lebih mudah kehidupan anda.

Lelaki Store

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply