2
146

Seksual Lelaki dan Perempuan: Kepentingan Syahwat

Kenapakah seksual lelaki dan perempuan kini topik yang semakin menjadi perbualan?

Lelaki dan wanita dikurniakan nafsu syahwat dan itu merupakan lumrah yang Allah kurniakan kepada manusia.

lelaki store

Nafsu syahwat itu penting kerana tanpa ia, keturunan dan zuriat tidak dapat dilanjutkan.

Melakukan seks adalah harus selagi mana ia berada pada tempatnya iaitu hanya kepada pasangan yang mempunyai hubungan yang sah sebagai suami isteri.

Selain itu, seks yang dilakukan oleh pasangan yang belum berkahwin adalah haram dan dilaknat oleh Allah.

Siapa kata pendidikan seks pada peringkat sekolah adalah pendidikan yang mengajar anak- anak untuk cenderung mencuba perbuatan tersebut?

Bahkan, kerana tiada pengetahuanlah anak- anak muda sekarang cenderung untuk terlibat dalam perbuatan zina dan juga sumbang mahram.

Memberi pendidikan awal kepada anak- anak untuk mengetahui tentang nafsu, dan cara mengawalnya adalah tidak salah kerana ia akan membentuk anak- anak menjadi insan yang lebih bertakwa.

Seksual Lelaki dan Perempuan Menurut Pandangan Islam

Kepentingan Syahwat

Tiada apa yang salah tentang nafsu syahwat kerana Allah memberi rahmat dan keredhaan kepada insan- insan yang berjaya mengawal dan menguruskan nafsu mereka selaras dengan garis panduan yang digariskan oleh Islam.

Salah satu perkara yang menjadi sebutan ramai tentang seksual lelaki dan perempuan adalah melalui pakaian. Antara didikan untuk menguruskan nafsu oleh Islam ialah kewajipan menutup aurat.

Dengan menutup aurat, maruah lebih terpelihara dan gejala zina dan seks bebas akan berkurang. Pernahkah anda mendengar wanita berjubah dan bertudung labuh dirogol? Kalau adapun sedikit bukan?

Lelaki Store

Apabila seseorang itu menutup aurat dengan sempurna, pandangan mata lebih mudah dijaga kerana nafsu bergelora bermula daripada mata.

Memakai pakaian yang terdedah sebenarnya dapat menaikkan nafsu syahwat dan jika dirogol, itu adalah punca daripada wanita itu sendiri.

(An- Nur :30)
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan- Nya tentang apa yang mereka kerjakan.” (An- Nur :30)

Apakah lagi yang dikatakan dengan menjaga pandangan?

Ibu bapa seharusnya memantau dan menasihati anak supaya tidak melihat perkara- perkara yang haram seperti menonton video lucah dan gambar- gambar seks yang sangat mudah didapati ketika ini.

Seksual Lelaki dan Perempuan

Apabila seseorang tidak dapat menjaga pandangan daripada melihat perkara- perkara itu, maka syaitan dan nafsu akan mencucuk anda untuk mencuba apa yang mereka lihat.

Selain itu, pencegahan awal dan didikan yang diberi oleh Islam untuk mengelakkan zina ialah ibu bapa harus mengasingkan tempat tidur anak- anak lelaki dan perempuan mereka. Sabda Rasulullah SAW :

Sabda Rasullullah SAW
“Suruhlah anak kamu menunaikan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukul mereka apabila berusia sepuluh tahun (jika masih belum menunaikan solat) serta asingkan tempat tidur mereka.”

Dengan mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan sebenarnya secara tidak langsung dapat mendidik anak- anak akan batas lelaki dan perempuan untuk tidak bercampur dan bergaul dengan begitu intim selagi tiada ikatan yang sah.

Setiap apa yang Allah ciptakan sudah tentu ada penyelesaiannya.

Allah tidak pernah menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Menguruskan nafsu syahwat pada tempatnya ialah melalui perkahwinan.

Malah hubungan seks yang diadakan dengan beradab dan berakhlak dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.

Oleh itu, bagi sesiapa yang tidak mampu untuk mengawal dan menguruskan nafsu syahwatnya, maka bernikahlah.

Tidak guna mengecapi keseronokan seketika ketika berzina dan terpaksa menanggung malu dan dosa apabila mengandungkan anak yang tidak sah tarafnya.

Malah, dibuang merata- merata. kasihanilah makhluk yang tidak berdosa itu, tetapi terpaksa menanggung akibat daripada nafsu sarakah anda.

lelaki store

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply