5 Resepi Minuman Kesihatan Lelaki

  • 2 min read
  • Jun 03, 2018
minuman kesihatan lelaki 1

Minum banyak air boleh membantu mencegah daripada gejala-gejala dehidrasi seperti sakit kepala dan keletihan, meningkatkan fungsi otot semasa senaman dan mengelakkan rasa lapar dan makan berlebihan.

Namun begitu, bagaimana pula jika anda tidak begitu suka minum banyak air kosong?


Bagaimana pula jika anda ingin mendapatkan nilai nutrisi daripada air minuman anda; tolak gula berlebihan dan kalori yang ada dalam kebanyakan minuman sukan dan juga jus yang ada di pasaran?

Jawapannya, sediakan minuman yang diselitkan dengan buah-buahan segar, sayur-sayuran dan juga herba. Resepi mudah berikut boleh menambahkan kenikmatan dalam tabiat penghidratan anda dan mengurangkan masalah-masalah kesihatan yang biasa.


Limau dan Pudina Melegakan Kembung

minuman kesihatan lelaki 2

Setiap orang berpotensi untuk berhadapan dengan masalah kembung pada satu-satu ketika. Minuman segar buah-buahan dan sayur-sayuran berserta diuretik semulajadi mungkin adalah sama seperti apa yang disarankan oleh para doktor.

Untuk mengawal masalah kembung yang ringan disebabkan oleh makan berlebihan, makanan masin atau PMS, tambahkan 2 hiris limau, 10 daun pudina segar, 1/2 timun – dihiris, dua sudu teh akar halia dicincang atau dipuri sehingga tiga suku air.

Biarkan campuran tadi di dalam bekas semalaman dan kemudian barulah minum samada panas atau sejuk (ditambah ais).


Kesihatan adalah Perangsang Keimunan

Tidak kira apa musimnya, menjaga keimunan badan adalah sesuatu yang sangat penting.

Untuk menguatkan lagi keimunan anda dalam cara penuh berperisa daripada serangan penyakit dan, mempercepatkan lagi proses penyembuhan daripada sebarang jangkitan keradangan seperti resdung atau selesma biasa, tambahkan 1 cawan kiub nenas, 1 cawan strawberi dicincang dan 2 biji oren dikupas hingga 3 suku air.

Nenas tersebut membekalkan sejumlah bromelain, bahan kimia dengan kesan anti-radang. Strawberi dan oren pula kaya dengan vitamin C, iaitu antioksidan yang kuat. Tunggu sekurang-kurangnya dua jam sebelum minum.

Pemulihan Otot Dengan Penuh Keenakkan

Berdasarkan kajian, meminum jus tembikai sebelum melakukan aktiviti senaman dapat mengurangkan kadar degupan jantung dan mengawal kesakitan otot pada hari berikutnya.

Untuk minuman pra-senaman yang ultra-penghidratan, tukarkan minuman sukan yang manis kepada air campuran tembikai segar dan pudina.

Hanya tambahkan 1/2 cawan kiub tembikai tanpa biji dan 1 sudu teh daun pudina segar dicincang kedalam botol 20 auns, kemudian isikan dengan air. Biarkan ianya sejuk semalaman untuk mendapatkan nikmat rasa yang maksimum.

Limau dan Halia untuk Menghilangkan Rasa Loya

minuman kesihatan lelaki 3

Ada sebab mengapa ibu bapa anda memberikan anda minuman halia apabila anda selesma. Halia merupakan penawar semulajadi yang selamat bagi rasa loya, mabuk kereta dan juga penyakit-penyakit lain.

Bagi minuman penawar buatan sendiri, masukkan 6 cawan air di dalam periuk bersaiz sederhana di dapur anda. Tambahkan jus dari dua biji limau dan akar halia bersih yang dikupas kulitnya.

Panaskan campuran tadi dengan api yang kuat sehingga mendidih. Tutup periuk dan kecilkan api bagi membolehkan ia mereneh selama 10 hingga lima belas minit.

Minumlah ketika panas, sejuk atau curahkan di atas ais bagi menghilangkan rasa loya. Untuk kemanisan, gantikan limau dengan oren atau tambahkan satu sudu ekstrak vanila tulen.


Raspberi-Sage Menenangkan

minuman kesihatan lelaki 4

Terkenal dengan kesan penenang yang menyelesakan, minum minuman campuran sage adalah seperti pengalaman spa di dalam cawan.

Bagi merasakan kenikmatan rasa manis dan buah-buahan untuk ketenangan, tambahkan 1/4 cawan raspberi yang dihancurkan, 1/4 cawan nenas yang dihancurkan dan 2 helai daun sage segar kedalam 16 auns air.

Karbohidrat yang terkandung di dalam beri membolehkan otak anda menghasilkan ketenangan, perasaaan yang seronok akibat perembesan kimia serotonin di dalam otak.

Biarkan ia sejuk terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dua jam sebelum anda minum. Namun, jika anda dalam keadaan tergesa-gesa, bekukan ia selama 10 minit atau sehingga sejuk.

Kacau minuman anda dengan baik dan kemudian barulah hirup, dan jika boleh… secara perlahan-lahan dan tanpa sebarang gangguan… untuk mendapat faedah tambahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!