63

Rahsia Senyuman Lelaki: Ini Adalah Kunci Lelaki Berjaya

Rahsia senyuman lelaki? Ada apa dengan senyuman lelaki? Bagi setiap insan di muka dunia ini, senyuman itu merupakan sebuah anugerah, begitu juga dengan senyuman seorang lelaki. Tetapi adakah anda tahu rahsia senyuman lelaki di sebalik raut wajahnya?

 

Ramai dari kita samada lelaki mahupun perempuan sering tertanya-tanya apakah rahsia senyuman lelaki, adakah anda perlu tahu? Ya, bagi wanita mengetahui rahsia ini merupakan pilihan yang wajib untuk mengetahui keadaan pasangan anda.

 

Manakala lelaki, membaca artikel ini pastinya akan dapat merubah sikap anda ke arah yang lebih positif. Ingin mengetahui rahsia senyuman lelaki?Dibawah ini kami rungkaikan rahsia disebalik senyuman seorang lelaki:

 

Kajian telah dibuat keatas individu lelaki menujukkan ketawa 100 kali dalam masa 24 jam sangat memberikan manfaat terhadap kardiovaskular iaitu sama seperti bersukan selama 10-15minit.

 

Apakah maksudnya? Tindakan ini akan memberikan kesihatan secara tidak langsung walaupun pada hakikatnya lelaki yang sentiasa senyum tidak pula bersenam ketika proses ini berlaku.

 

Kajian juga menunjukkan hasil dari ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung lelaki akan meningkat serta kemudianya kadar kedua-duanya turun lebih rendah daripada paras sebelum sesorang lelaki ketawa.

 

Aktiviti ketawa jelas menunjukkan bahawa kesannya adalah sangat baik untuk organ-organ penting dalam tubuh badan anda.

 

Senyum dan ketawa seseorang lelaki mempunyai kaitan dengan penghasilan Endorphin yang berada di dalam otak. Ianya dapat mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi, hal ini menjadikan seseorang lelaki menjadi lebih yakin dan selesa dengan diri sendiri.

Rahsia Lelaki Senyum

Ketahuilah senyuman dan ketawa bukan hanya satu reaksi gerakan muka.

Tambah lagi, pengkaji dan pengamal barat mendapati lelaki yang memulakan hari dengan senyuman diringi ketawa, dapat memberikan kebaikan kepada kesihatan selain menambahkan suasana ceria serta mempengaruhi’ mood’ sosial.

 

Apa bila sesorang lelaki tersenyum, badan juga dengan secara automatik ‘tersenyum’ dan organ-organ di dalam badan turut sama ceria.

Kajian lain menunjukkan lelaki yang selalu senyum dapat memberikan aliran darah yang perlahan melalui sinus ke otak. Aliran darah yang lancar dan perlahan membawa oksigen dengan lebih banyak untuk badan sesorang lelaki.

 

Tahukah anda, para saintis mendapati ketawa dan senyuman merupkan senaman berbentuk jogging dalaman. Hal ini yang mana tindakan ini merangsang tubuh badan lelaki dan sistem saraf otak serta sistem hormon-hormon badan lelaki untuk ‘bersenam’ secara tidak langsung.

 

Perasan tak anda, kanak-kanak atau bayi lebih kerap ketawa berbanding orang dewasa. Mereka tertawa dan tersenyum di kebanykan aktiviti.

Kebiasannya orang dewasa akan ketawa 15 kali dalam sehari, namun lain pula dengan kanak-kanak, mereka mampu ketawa sehingga 400 kali sehari iaitu kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 hingga 7 tahun.

 

Jadi, anda pasti tahu sekarang kenapa orang dewasa lebih cepat murung berbanding kanak-kanak dan mengalami masalah tekanan hidup yang tinggi. Senyumlah!

 

Berbeza dengan lelaki yang berpewatakan seperti kanak-kanak apabila ketawa dan selalu tersenyum, maka mereka akan mendapat manfaat yang sama.

 

Apa yang lebih penting lelaki jugalah yang selalu mengalami stress yang tinggi akibat tekanan hidup dan kerja. Buktinya kesihatan ramai lelaki dewasa juga terjejas dan menyebabkan mereka menghidapi pelbagai penyakit yang diluar jangka.

 

Soalanya, sesiapa pun lelaki itu, apakah yang akan dipilihnya? Samada menjadi lelaki yang sentiasa tersenyum atau menjadi lelaki yang selalu stress?

Jika anda dapat bandingkan, lelaki yang sentiasa tersenyum dan ketawa lebih berjaya dan sentiasa segak menawan.

Lelaki yang sentiasa tersenyum dan ketawa adalah lelaki yang mudah untuk membuka hati wanita!

Rahsia Senyuman Lelaki

Dibarat, kajian yang telah dibuat di Universiti Pusat Perubatan California, oleh sekumpulan saintis menjelaskan terdapat 2 kategori stress, iaitu stress yang baik dan tidak baik.

 

Yang menakjubkan ketawa dan senyuman adalah dari jenis stress yang baik, iaitu yang memberikan imun dan ketahanan pada sistem kesihatan badan sesorang lelaki.

 

Saya nak tambah lagi lelaki yang selalu senyum dan ketawa juga dapat memperbaiki sistem usus dan pencernaan dalam badannya. Dengan pencernaan yang baik, usus dapat menyerap nutrient yang penting untuk badan lelaki.

 

Ada juga yang percaya bahawa ketawa dapat membakar kalori di dalam badan, darah yang bertindak balas dengan tindakan ini akan menghasilkan kesan perasaan yang gembira.

 

Jelas di sini bahawa, ramai lelaki yang berjaya dalam hidupnya sangat dikaitkan dengan senyuman dan ketawa. Lelaki yang ceria dan gembira dengan ketawanya lebih baik dan lebih tinggi untuk peluang menjadi berjaya baik untuk kerjayanya atau dalam hidupnya itu sendiri.

 

Lelaki yang sentiasa senyum dan ketawa memberikan persekitaran yang sihat baik terutamanya di tempat kerja, rakan-rakan dan keluarganya.

Oleh itu, hentikanlah kemurungan dan senyumlah, ketawalah dan hindari daripada keadaan dan perasaan negatif. Jadilah lelaki yang sentiasa tersenyum dan dapat membahagiakan semua orang.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply