Rahsia Lelaki: 10 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu

  • 3 min read
  • Oct 26, 2018
rahsia lelaki 1

1. “Bukan salah awak, salah saya”

Rahsia Lelaki! Ayat diatas kerap meniti dibibir lelaki setiap kali berlakunya perselisihan dengan wanita. Buat para wanita, apabila lelaki berkata sedemikian rupa, sedarlah bahawa mereka sememangnya maksudkan salah anda.

Ia hanya sebagai kata-kata penyejuk hati untuk diri anda. Boleh jadi mereka benar-benar seorang yang penyabar ataupun sudah hilang sabar hingga ke tahap sudah tidak kisah tentang diri anda. Oleh itu, beringatlah wahai wanita sekalian.

Jangan sampai si dia sudah sampai ke tahap tidak kisah.


2. Kata-katanya yang kasar

Sudah menjadi lumrah buat lelaki apabila berperwatakan kasar. Selalunya lelaki tidak pandai menuturkan kata-kata manis buat pasangannya. Hal ini sedikit sebanyak mengguris perasaan para wanita.

Namun, kata-kata yang manis bukanlah penanda ukur kasih saying seorang lelaki terhadap pasangannya kerana ada juga kes dimana lelaki yang manis bicaranya tetapi masih mudah menghadirkan kesakitan fizikal terhadap pasangan.

Oleh itu, buat para wanita, cara yang terbaik untuk menilai kasih dan sayangnya terhadap anda, nilailah dari sikapnya terhadap anda. Layanan bagaimanakah yang sering anda terima. Mungkin si dia sedikit kurang dari segi kata-kata namun tiada celanya terhadap perhatian dan perilakunya terhadap anda.


3. Terlambat balas mesej

Kadang-kadang, lelaki tidak sedar mereka menerima mesej. Tambah-tambah sewaktu menonton perlawanan bola sepak ataupun sedang berborak dengan rakan. Waktu terasa bagai berlalu 2-3 minit.

Namun hakikatnya sudah tamat satu perlawanan bola sepak selama 90 minit. Lelaki kebanyakannya hanya mampu untu focus satu perkara pada satu masa.

Jadi, diharapkan para wanita tidak berkecil hati kerana si dia tidak pernah lupa tentang anda.


4. Nampak tidak serius dalam perhubungan

Sebenarnya, lelaki takut untuk terus serius dalam sesebuah perhubungan. Bukan bermaksud mereka playboy. Jika lelaki mulai serius, dia akan menjadi benar-benar setia dan menyayangi anda. Ini yang ditakutkan oleh lelaki.

Mereka takut tiba-tiba anda tinggalkan mereka. Maka, patah seribu hati mereka. Lama mereka meratapi nasib diri dan mengambil masa yang lama untuk mencari cinta baru.

Berbeza dengan wanita, jika bekas kekasihanya meninggalkan mereka, wanita ingin cepat-cepat melupakan dan mulakan episode baru dalam hidup.

rahsia lelaki 2

5. Pembahagian waktu dalam sehari oleh lelaki

Bagi lelaki, daripada 24 jam yang ada buat diri mereka dalam sehari, 8 jam adalah untuk tidur. 8 jam untuk bekerja. 2 jam untuk bersenam di gimnasium. 2 jam untuk makan, mandi, basuh pakaian, bercukur.

2 jam untuk video game ataupun bola sepak. 1 jam untuk bersembang dengan rakan-rakan dan hanya 1 jam untuk anda ataupun waktu untuk bersendiri.

Oleh itu, jangan terlalu berharap mereka akan meluangkan masa dengan lama untuk anda.


6. Lelaki tidak suka berbincang masalah

Apabila wanita menyatakan bahawa mereka ada sesuatu untuk dibincangkan, maka lelaki akan mulai tidak senang duduk. Hal ini kerana, lelaki sudah tahu apa yang akan diutarakan oleh wanita.

Sudah tentu ia bukanlah sesuatu seperti bola sepak. Selalunya ia berkaitan dengan sesuatu yang mengganggu fikiran wanita namun pada fikiran lelaki ia merupakan sesuatu yang akan memulakan pentengkaran.


7. Lelaki selalu diam sewaktu berbincang masalah

Bukan lelaki tidak ada apa-apa yang hendak diutarakan dan bukan pula lelaki bersetuju dengan semua yang wanita katakan.

Untuk pengetahuan para wanita, ia kerana setiap kata-kata yang keluar dari mulut lelaki hanya akan membuatkan wanita membangkitkan isu lain yang hanya akan memanjangkan dan menambahkan masalah.


8. Bersenam bagi lelaki

Bagi lelaki, bersenam adalah apabila anda berpeluh. Sebab itu jika anda bercerita mengenai kelas-kelas senaman yang anda hadiri, mereka seolah-olah tidak berminat mendengarnya kerana masih ada wanita yang menghadiri kelas tersebut memakai make-up.


9. Lelaki, Berpacaran dan berkahwin

Sebenarnya, lelaki tidak gemar berpacaran. Hal ini kerana mereka terpaksa menipu. Terpaksa berpura-pura menjadi baik, bertutur dengan manis dan berpakaian kemas. Lelaki tidak suka menipu.


10. Lelaki dan Shopping

Lelaki mampu berlari 90 minit di padang bola sepak tanpa henti. Namun, jika mereka menemani anda membeli-belah, jangan terkejut jika mereka menyerah kalah awal.


Kredit:  hapal | slalit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!