iklan-lelaki
57

Penjagaan Kulit Berjerawat Lelaki: 8 Tips Yang Mudah Diikuti

Kulit berjerawat? Penyakit yang kebiasaannya memberi kesan kepada keadaan kulit seseorang yang berusia 12 hingga 24 tahun dikenali sebagai jerawat.

Punca jerawat adalah sukar untuk ditentukan. Walau bagaimanapun, rembesan kelenjar sebum yang berlebihan dirujuk sebagai punca untuk mencetuskan kebanyakan pertumbuhan/ wabak jerawat.

Unit pilosebaceous adalah gabungan folikel rambut dan kelenjar minyak pada kulit. Kecuali bagi permukaan tapak tangan dan tapak kaki, unit pilosabaceous terdapat pada tisu kulit seluruh badan.

Unit-unit ini bertanggungjawab merembeskan bahan berminyak yang dipanggil sebum. Walau bagaimanapun, disebabkan banyak faktor (seperti ketidakseimbangan hormon, tekanan dan keadaan semula jadi kulit) kelenjar minyak boleh didorong untuk menghasilkan sebum lebih daripada biasa.

Penjagaan Kulit Berjerawat

Apabila ini berlaku, minyak yang berlebihan menutup liang kulit. Proses ini membawa kepada jangkitan bakteria dan merangsang tindak balas sistem imun. Akhirnya, menyebabkan keradangan jerawat.

Jerawat boleh menyerang pada semua jenis kulit. Kulit berminyak adalah yang paling mudah terdedah kepada jerawat. Di sisi lain pula, kulit kering mungkin tidak mudah dijangkiti tetapi wabak yang serius mungkin berlaku semasa musim sejuk. Kulit biasa turut mudah terdedah kepada jerawat tetapi tahap keterukan mungkin tidak tinggi.

Lelaki Store

Pada masa kini, jerawat belum lagi benar-benar boleh diubati tetapi boleh dikawal dengan beberapa kaedah penjagaan kulit berjerawat.

Ramai yang mendapatkan rawatan dengan penggunaan ubat-ubatan topikal, yang digunakan pada permukaan kulit. Walau bagaimanapun, penggunaan produk penjagaan kulit berjerawat seperti “pore strip pads”* boleh mengeluarkan jeragat dan bintik hitam tetapi mereka tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas lebihan sebum yang dihasilkan.


Penjagaan Kulit berjerawat
Walau bagaimanapun, bagi perawatan dan pencegahan, adalah lebih baik untuk mengikuti 8 tips-tips mudah berikut:

  • Diet sihat dan seimbang seharusnya dipatuhi. Oleh itu, pengambilan makanan anda seharusnya mengabungkan kesemua nutrien penting yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi dengan cekap.

 

  • Minum banyak cecair seperti air dan jus-jus yang sihat. Kurangkan pengambilan minuman berkarbonat.

 

  • Tiada make-up atau lapisan bedak adalah digalakkan.

 

  • Basuh muka dengan sabun lembut dan air mengalir. Logiknya adalah untuk tidak mengeluarkan kotoran (seperti kebanyakan orang berjerawat fikirkan) tetapi untuk mengeluarkan palam pada liang-liang kulit, yang mungkin adalah gabungan sel-sel kulit mati, bakteria dan sebum yang telah mengeras. Walaupun kotoran bukanlah punca sebenar jerawat, ia boleh menyumbang kepada bertambahnya jangkitan melalui interaksinya dengan serpihan kulit dan zarah dan minyak tambahan di dalam kulit.

 

  • Gunakan pad pembersihan topikal yang mungkin mengandungi satu atau gabungan daripada yang berikut: asid salisilik, sulfur dan benzoyl peroksida untuk mengeluarkan minyak berlebihan. Satu lagi cara untuk mengurangkan kehadiran minyak tambahan di dalam kulit adalah untuk mencuci muka dengan air panas setakat yang anda boleh tahan.

 

Lelaki Store
  • Kurangkan penggunaan pembersih yang kasar dan menggunakan barangan penjagaan kulit jerawat yang separa mengelupas. Jangan gosok dengan bersungguh-sungguh untuk kawasan yang terjejas.

 

  • Jika tangan anda kotor, tahan diri daripada menyentuh muka anda.

 

  • Jika anda memiliki rambut yang panjang, ikat rambut anda supaya ia jauh daripada muka. Ini terutamanya jika cuaca panas dan anda sedang berpeluh.

Langkah-langkah pencegahan untuk kulit berjerawat adalah sama pentingnya dengan rawatan bagi jerawat itu sendiri.

Dengan pencegahan, sekurang-kurangnya, anda tahu bagaimana untuk memastikan bahawa masalah jerawat anda tidak meningkat dan merebak menjadi kawsan yang lebih besar lagi.

* pad jalur liang

Lelaki Store

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply