Penjagaan Kesihatan Lelaki Menurut Pandangan Islam [POPULAR]

  • 4 min read
  • Jan 13, 2020
penjagaan kesihatan lelaki 3

Penjagaan kesihatan lelaki: Senaman adalah sebahagian penting dalam kehidupan seorang Muslim

Nabi Muhammad SAW berkata,

“mukmin yang kuat adalah lebih baik daripada mukmin yang lemah.”

[1] Beliau bercakap dari segi iman dan perwatakan tetapi juga menunjukkan bahawa kekuatan fizikal iaitu kesihatan optimum dan kecergasan adalah wajar, dengan Tuhan telah memberikan kita cara-cara dan maksud untuk mencapai kekuatan tersebut.

Pendekatan holistik Islam kepada kehidupan dan kesihatan memberikan kita keupayaan untuk kekal kuat dan sihat.

Jika Allah berkehendak bahawa penyakit atau kecederaan adalah sebahagian daripada kehidupan kita, maka Islam mengajarkan kita cara-cara dan makna untuk menerima, bahkan berterima kasih untuk ujian dan percubaan yang meliputi hidup kita sehari-hari.

Artikel ini membentangkan pendekatan holistik Islam keatas kesihatan, akan mengkaji apa yang Islam, Nabi Muhammad, dan para ulama Islam telah sebutkan tentang kecergasan dan senaman.

Dalam siri artikel-artikel berasingan, kita akan melihat bagaimana Islam mencadangkan cara kita berkelakuan apabila dijangkiti penyakit atau ditimpa kecederaan.

Orang yang beriman dalam Islam mesti menjaga kesihatan rohani, emosi dan fizikal mereka. Badan kita adalah sebuah mesin yang amat kompleks, dianugerahkan kepada kita oleh Allah SWT sebagai satu amanah.

penjagaan kesihatan lelaki 2

Ianya tidak boleh disalahgunakan atau diabaikan tetapi dikekalkan dalam keadaan baik.

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, diet dan pemakanan memainkan peranan yang besar dalam mengekalkan kesihatan yang terbaik, begitu juga gaya hidup yang menggabungkan senaman.

Islam meletakkan penekanan kepada diet yang mudah digabungkan dengan senaman fizikal.

Memenuhi tuntutan syariat iaitu tiga daripada lima rukun Islam, memerlukan umat Islam untuk sentiasa sihat dan cergas.

Amalan solat lima kali setiap hari itu sendiri adalah satu bentuk senaman, pergerakan yang secara tetap itu melibatkan semua otot-otot dan sendi-sendi badan, dan penumpuan dalam solat melegakan tekanan mental.

Kesihatan yang baik adalah perlu andainya seseorang berhajat untuk berpuasa di bulan Ramadhan dan, melaksanakan haji (haji ke Mekah) merupakan tugas yang sukar yang memerlukan banyak tenaga fizikal yang kuat untuk beberapa hari.

Nabi Muhammad menasihatkan para pengikutnya untuk bekerja, untuk bertenaga, dan untuk memulakan hari mereka awal (pagi), di mana kesemuanya adalah syarat untuk badan yang sihat. Beliau berkata:

“Ya Allah, jadikan awal pagi itu diberkati untuk umatku.”

[2] Obesiti atau diet yang tidak mencukupi, kemalasan dan kelemahan adalah semua kesusahan yang menimpa kita, yang mana kita perlu beri perhatian.

Walaupun mencegah penyakit atau kecederaan secara jelasnya adalah di luar kawalan kita, terdapat banyak keadaan yang disebabkan atau diburukkan lagi dengan kurangnya keprihatinan kita keatas diet dan kecergasan.

Nabi Muhammad SAW berkata,

“Sesuatu yang tidak berkaitan dengan mengingati Allah adalah sia-sia, atau sesuatu permainan, atau sesuatu yang melalaikan, melainkan empat perkara iaitu, berlatih memanah antara dua benda, berlatih menunggang kuda, bergurau dengan keluarganya dan belajar berenang.”

[3] Nabi Muhammad dan para sahabat adalah secara semulajadinya sihat secara fizikal.

Hidup ini sukar, perjalanan jauh ditempuhi dengan berjalan kaki, kaum lelaki memburu dan menternak makanan mereka untuk terus hidup, dan tiada rekreasi tidak berguna untuk mengundang kemalasan dan mensia-siakan banyak masa untuk sesuatu yang tidak membina.

Abad ke-21 mengandungi banyak gangguan dan bentuk-bentuk hiburan yang menggalakkan kemalasan dan mendorong kepenatan.

Walaupun teknologi canggih mempunyai banyak faedah, adalah penting bahawa masa tidak disia-siakan di hadapan skrin televisyen atau konsol permainan yang mana boleh menjejaskan kesihatan kita.

Ia telah terbukti bahawa kegemukan kanak-kanak meningkat sealiran dengan berapa jam lamanya mereka menonton televisyen.

[4] Kajian-kajian lain telah menunjukkan bahawa ini juga tertakluk kepada orang dewasa. Bersenam, di sisi lainnya pula memberi banyak manfaat jika diamalkan.

Senaman meningkatkan nada otot, meningkatkan fleksibiliti, meningkatkan daya tahan penyakit, menguatkan jantung dan memerangi kemurungan. Senaman juga membantu mencapai berat badan yang sesuai.


Bentuk Penjagaan Kesihatan Lelaki Menurut Pandangan Islam

penjagaan kesihatan lelaki 1

Senaman aerobik memerangi penyakit jantung dan tekanan darah tinggi, dan mengurangkan risiko kencing manis, manakala latihan angkat berat meningkatkan kekuatan otot dan mengurangkan lemak, meningkatkan kepadatan tulang, memerangi sakit belakang dan arthritis, dan meningkatkan kesihatan mental secara keseluruhannya.

Ulama Islam yang dihormati, Imam Ibnul-Qayyem menyatakan bahawa pergerakan membantu tubuh menghilangkan sisa makanan dengan cara yang sangat normal dan menguatkan sistem keimunan badan.

Beliau juga menyatakan bahawa setiap organ badan mempunyai sukannya yang tersendiri (atau pergerakan) yang sesuai dan menunggang kuda, memanah, gusti dan lumba lari, adalah sukan yang memberi manfaat kepada seluruh badan.

[5] Senaman dan kecergasan memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang Muslim, namun ia tidak harus sampai kepada mengorbankan kewajipan agama, dan tidak harus melanggar masa yang perlu diluangkan bersama ahli keluarga.

Selaras dengan pendekatan yang holistik untuk hidup, iaitu Islam, setiap perkara yang dilakukan mestilah secara sederhana.

Tiada ada kebaikan untuk tingkah laku yang melampau atau fanatik. Memberi sepenuhnya ruang secara melampau untuk senaman atau sukan mengambilalih hidup anda adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang memerlukan jalan tengah dan pendekatan yang seimbang.

Senaman dan kecergasan juga tidak melibatkan pencampuran yang tidak perlu antara lelaki dan wanita, atau memakai pakaian yang mendedahkan bahagian tubuh yang perlu dilitupi.

Islam menggalakkan apa-apa jua aktiviti yang menyegarkan minda atau menggiataktifkan semula badan dengan syarat ia tidak membawa kepada atau melibatkan dosa, menyebabkan kemudaratan, atau menghalang atau melengah-lengahkan kewajipan agama.

penjagaan kesihatan lelaki 4

Tradisi-tradisi Nabi Muhammad SAW sudah pasti menggalakkan penglibatan dalam aktiviti sukan sebagai satu cara untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat dan menggalakkan kasih persaudaraan dan kekeluargaan.

Penjagaan kesihatan lelaki dalam islam: Dalam satu riwayat yang direkodkan oleh Imam Bukhari (seorang ulama yang mengumpulkan Hadis) ia menyatakan bahawa “Nabi SAW berlalu di berdekatan satu kaum dari suku Aslam. Mereka sedang berlumba memanah. Lalu Nabi s.a.w. bersabda:

“Panahlah hai Bani Ismail! Nenek moyang kamu adalah orang yang pintar memanah. Panahlah! Saya di pihak Bani kamu”.

Kata Salamah: Salah satu dua golongan itu menahan tangannya (tidak memanah). Rasulullah SAW bertanya:

“Kenapa kamu tidak memanah?” Jawabnya: “Bagaimana kami akan memanah, sedangkan tuan di pihak mereka!”

Nabi SAW. bersabda:

“Panahlah! Sesungguhnya saya di pihak semua!”

Dalam tradisi lain isteri kesayangan Nabi Muhammad, Aisyah menyebut akan kecintaan mereka terhadap permainan dan sukan. Kata Aisyah,

“Rasulullah bertanding dengan saya dan saya menang. Kemudian saya berhenti, sehingga ketika badan saya menjadi gemuk, Rasulullah bertanding lagi dengan saya dan dia menang, kemudian dia bersabda: Kemenangan ini untuk kemenangan itu.” Iaitu seri atau sama-sama menang”

[6] Seorang mukmin sejati mengetahui tentang keajaiban tubuh manusia dan bersyukur kepada Maha Pencipta. Ucapan penghargaan ini ditunjukkan dalam penjagaan dan perhatian yang diberikan untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.

Pendekatan holistik Islam untuk kesihatan merangkumi kesemua aspek minda, badan dan juga jiwa. Seseorang yang benar-benar sedar akan kepentingan kesihatan pasti akan menggabungkan diet, pemakanan dan senaman dengan mengingati Allah dan berniat untuk memenuhi semua tuntutan agama.


Nota:

  • [1] Sahih Muslim
  • [2] Imam Ahmad
  • [3] At Tabarani
  • [4] Keputusan ini telah dilaporkan di dalam satu kajian oleh penyelidik dari Universiti di Buffalo, Johns Hopkins University, The National Cancer Institute, dan Centers for Disease Control dan dilaporkan di dalam Crespo, Carlos J. DrPH, MS; Smit, Ellen, PhD; Troiano, Richard P., PhD, RD; Bartlett, Susan J., PhD; Macera, Caroline A., PhD; Andersen, Ross E., PhD (2001, 15 Mac). Television watching, energy intake and obesity in US children. Archives of Paediatric and Adolescent Medicine, 155, 360-365.
  • [5] Zad-Al-Ma`aad
  • [6] Saheeh Al-Bukhari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!