Penampilan Lelaki Penjagaan Dan Disiplin Mudah

  • 3 min read
  • Feb 27, 2018
penampilan lelaki 1

Penampilan lelaki perlulah sentiasa segak dan tampan. Keyakinan lelaki bermula dari penampilan yang bersih dan kemas. Namun begitu adakah sikap menentukan penampilan diri seorang lelaki?

Adakah hal-hal lain melibatkan penampilan seorang lelaki? Bagaimana dengan sifat dan tanggungjawab dalam kehidupan seharian? 3 tips ringkas ini andalah antara 1001 peranan seorang dalam menjaga penampilan lelaki yang ada pada dirinya.

Anda mungkin tidak sedar tips ini selalu menjadi sebahagian dalam rutin harian hidup anda dan memberi kesan besar dalam menjaga penampilan lelaki anda.

1. Menukar Cadar dan Sarung Batal Katil Tidur

penampilan lelaki 2

Cadar dan sarung bantal adalah salah satu penyebab masalah kulit wajah. Apabila kulit wajah terkena pada permukaan fabrik cadar dan sarung bantal, kotoran dan bakteria itu akan melekat.

Ia akan menutup liang-liang roma dan keadaan ini menyebabkan terjadinya jerawat. Oleh itu gantikan cadar dan sarung bantal anda dengan lebih kerap.

Fuhh… Bau bilik lelaki yang pemalas adalah sangat hapak. Lagilah kalau sesorang lelaki itu kaki merokok. Semua bau yang tidak menyenangkan melekat di tilam, cadar dan bantal. Kekotoran ini menyebabkan wujudnya aktiviti bakteria membiak.

Kesan utama adalah pada kulit wajah. Apabila kulit wajah terkena pada permukaan fabrik semasa tidur, sebarang bakteria akan mudah merebak dan akan menutup liang-liang roma pada kulit wajah.

Hal ini jugalah merupakan punca berlakunya jerawat, kurap dan ruam pada kulit wajah. Sudah tentu anda akan tertanya dari mana berlakunya masalah ini, sedangkan tanggungjawab anda dalam mengemas bilik tidur diabaikan.

Bersihkan tempat tidur setiap masa. Pastikan juga aliran udara sentiasa lancar dalam bilik, seperti membuka tingkap bagi pengudaraan berlaku. Buka cadar tilam dan sarung bantal jika nampak teruk keadaanya dan cucilah.

Jadilah seorang lelaki yang menjaga kebersihan pasti anda akan sihat dan penampilan lelaki anda terserlah.

2. Bersihkan Bulu dan Rambut Dari Kekotoran

penampilan lelaki 3

Anda sebagai lelaki perlu menitik beratkan juga penjagaan rambut dan bulu pada badan. Bulu pada pada adalah agen penting untuk memastikan anda terhindar daripada penyakit.

Bulu pada hidung dan telinga adalah penting untuk menghindarkan anda daripada habuk berbahaya.

Berterima kasihlah kepada anugerah anda ini, bulu menjadikan penampilan lelaki menawan.


Artikel berkait: Kesihatan Lelaki Masakini


Bersihkan rambut anda dengan menggunakan syampu 2 kali sehari misalnya apabila selepas melakukan aktiviti sukan atau rekreasi.

Kemaskan dengan trim bulu janggut, misai dan jambang dan sapukan minyak agar sentiasa segar dan sihat.

Pakai deodorant pada bulu ketiak bagi aktiviti luar supaya anda tidak cepat berbau badan yang pastinya rakan-rakan akan mejauhi anda kerana tidak tahan bau badan anda.

3. Penjagaan Oral Memberi Kesan Penampilan Lelaki

penampilan lelaki 4

Perkara ini ramai antara lelaki yang abaikan. Mulut berbau busuk dan nafas berbau tidak menyenangkan akibat jarang membersihkan mulut apatah lagi yang kuat merokok.

Tahukah anda, gigi dan mulut yang sihat juga mempengaruhi penampilan lelaki? Kesihatan oral mempengaruhi pergaulan sosial anda. Mulut yang tidak sihat mencermikan kebersihan anda.

Wanita amat menilai kebersihan lelaki dari melihat kebersihan mulut. Untuk itu rajinlah memeriksa mulut anda setiap masa. Gosok gigi pada waktu sebelum tidur dan waktu pagi.

Floss gigi setiap hari dan periksa gigi setiap kali selesai makan. Cara mudah kumur air selepas makan dan jika ada makanan yang melekat pada gigi, segeralah nyahkan kerana ia dengan cepat akan mewujudkan aktiviti bakteria.

Pada setiap 6 bulan rajinlah untuk melakukan pemeriksaan gigi. Gigi yang berlubang adalah satu masalah besar dan akan merosakkan gigi-gigi yang lain. Buat tampalan gigi jika terdapat kerosakan.

Selepas itu juga anda digalakan melakukan pemutihan gigi yang mana pastinya anda akan berasa sangat selesa selepas proses ini dilakukan.

Walaubagaimanapun, perkara utama yang penting untuk penjagaan oral anda ialah melalui pemakanan. Elakan mengambil kopi, sos soya, minuman berkarbonat, beralkohol dan makanan manis yang tinggi berlebihan.

Hal ini sangat memberi kesan jangka masa panjang pada kesihatan oral bagi penampilan lelaki.

4. Lelaki Harus Berusaha Berhenti Merokok

penampilan lelaki 5

Bagi lelaki yang merokok cubalah untuk berusaha berhenti kerana banyak berlakunya jangkitan kuman dan kanser oral juga disebabkan merokok dengan tegar.

Ada banyak lagi senarai yang akan kami bawakan dan bincangkan. Cukup untuk anda lakukan 3 perkara ini dahulu. Tanggungjawab dalam menjaga kebersihan diri adalah amat penting bagi seorang lelaki.

Jika anda perhatikan kebanyakkan lelaki yang tampan, bergaya dan berjaya adalah seorang yang pembersih. Lihat saja penampilan mereka. Rambut kemas dan gigi putih dengan senyuman menawan serta kulit wajah yang kemas.

Pakaian mereka juga bersih dan bergaya dengan penampilan diri mereka. Tidakah anda inginkan seperti keadaan itu? Jika anda salah seorang lelaki itu, tahniah! Anda telah melakukan sesuatu yang baik seperti yang kami nyatakan diatas.

Dan jika belum, bertindak sekarang dan rasai perbezaanya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!