Merokok Dan Lelaki: Tips Penting Berhenti Merokok

  • 2 min read
  • Oct 27, 2017
merokok dan lelaki 1

Merokok dan lelaki. Mengapa kedua ini saling berkaitan? Tidak semua, tapi majoriti lelaki tidak dapat dipisahkan dengan merokok.

Ini adalah kerana rokok amat sinonim dengan kaum lelaki berbanding kaum wanita.

Jarang sekali kita melihat kaum wanita menghembuskan kepulan asap di tempat awam.

Merokok dan Lelaki Tidak Dapat Dipisahkan?

Kebanyakan orang sudah sedia maklum bahawa merokok mempunyai lebih banyak kesan buruk daripada kesan baiknya.

Malah, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, merokok menyebabkan 10-12 % dari kematian di Malaysia.

merokok dan lelaki 2

Namun begitu, mengapa masih ada individu yang menjadikan rokok sahabat baik mereka? Antara punca seseorang individu merokok ialah:

  • Merokok dapat mengurangkan tekanan. Individu yang hidupnya sering dirudung masalah mengambil jalan mudah kononnya rokok dapat mengurangkan tekanan mereka.
  • Pengaruh rakan. “Tak macho laa lelaki tak merokok” Tercabar dek kata-kata tersebut dan terjebak dalam ketagihan rokok.
  • Rasa ingin mencuba. Rasa ingin tahu dan mencuba dilakukan pada tempat yang salah dan ini memerangkap diri sendiri jatuh ke lembah ketagihan merokok.

Merokok bukan sahaja memudaratkan kesihatan si perokok, malah memberi kesan negatif kepada orang di sekeliling.

Asap yang dihasilkan oleh rokok boleh menjejaskan kesihatan dan mengakibatkan penyakit seperti angin ahmar, serangan jantung, kanser dan mati pucuk.

Malah, orang di sekeliling juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit tersebut.

Anak yang berada di dalam kandungan juga kemungkinan akan dilahirkan cacat jika si ibu berada dalam persekitaran orang yang merokok.

Tidakkah anda rasa bersalah wahai perokok- perokok di luar sana sekalian? Disebabkan salah anda, orang lain turut menjadi mangsa.

merokok dan lelaki 3

Ramai perokok berniat untuk berhenti merokok. Namun, tak semudah yang semua orang sangkakan untuk sang perokok di luar sana untuk memberhentikan tabiat mereka.

Walaupun begitu, masih ada harapan untuk bebas daripada tabiat gaya hidup yang kurang sihat tersebut.

“Janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha penyayang kepadamu”

Surah An- Nisa’ ayat 29

Maka, untuk terus membunuh diri atau berhenti, anda pilih. Antara tindakan-tindakan awal untuk berhenti merokok:

Sokongan

Kita sebagai kenalan atau ahli keluarga perlu memberikan sokongan sekurang- kurangnya nasihat dan kata- kata semangat untuk mereka menghentikan tabiat merokok tersebut.

Perokok juga tidak perlu segan silu untuk meminta pertolongan daripada keluarga dan kenalan terdekat untuk sentiasa mengingatkan tentang bahaya merokok.

Take a ‘baby step’

Berhenti merokok bukan boleh dilakukan dalam sehari semalam. Anda yang merokok tak perlu berubah secara drastik sebaliknya melakukannya peringkat demi peringkat.

Mungkin anda boleh mengurangkan bilangan pengambilan rokok yang diambil pada setiap hari di samping mengambil suplemen yang dapat mengurangkan ketagihan merokok.

Mind Set

Setiap keputusn yang diambil semuanya bergantung atas individu tersebut sendiri.

Perokok perlu sentiasa berfikiran positif dan mengambil masa untuk berfikir kesan positif yang akan berlaku pada ahli keluarga mereka sekiranya anda berhenti merokok.

Keluarga pasti akan sangat gembira dan kesihatan anda dan keluarga lebih terjamin.

Amalkan gaya hidup sihat

Dengan mengamalkan senaman dan menyibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah dapat mengurangkan ketagihan merokok dari semasa ke semasa.

Lama kelamaan kita akan lupa tentang rokok dan dapat meninggalkan terus ketagihan.

merokok dan lelaki 4

Di sini dapat kita lihat hampir tiada kebaikan daripada merokok selain membahayakan kesihatan dan membazirkan duit.

Alangkah bahagianya keluarga kita jika duit yang digunakan untuk rokok itu digunakan untuk membeli makanan kesihatan dan bersiar- siar.

Sudah jelas di dalam hadis yang disampaikan oleh Rasulullah bermaksud, Tidak boleh menimpakan bahaya kepada diri sendiri dan kepada orang lain.

Malah, Allah pernah bersabda dalam surah An- Nisa’ ayat 29,

“Janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha penyayang kepadamu. Maka, untuk terus membunuh diri atau berhenti, anda pilih.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!