7 Menu Diet Sihat Lelaki: Mengurangkan Berat Badan

  • 3 min read
  • Jan 13, 2020
menu diet sihat 1

Menu diet sihat untuk lelaki: Tidak kira anda sedang lewat ke tempat kerja, berpindah ke rumah baru atau mengalami masalah untuk membayar bil-bil anda, anda akan dapat merasainya – tindakbalas kimia yang menyebabkan jantung anda bedegup pantas dan otot anda menjadi tegang.

Apabila ianya tidak dirawat atau dikawal sebaiknya, tekanan akan mengakibatkan kerosakan kepada kesihatan anda. Ianya akan menyebabkan anda lebih terdedah kepada penyakit seperti selesma biasa, darah tinggi dan risiko kencing manis serta kemurungan.

Anda mungkin sudah tahu bahawa senaman dan juga meditasi adalah cara yang sihat untuk mengurangkan tekanan, namun demikian menu diet sihat tertentu juga mampu membantu anda.


Oum.. Menu Diet Sihat Dengan Dark Chocolate…

Dark Chocolate menu diet sihat

Rasa tertekan? Makanlah sedikit dark chocolate. Resveratrol, iaitu antioksidan yang terdapat di dalam coklat, dapat merangsang pelepasan serotonin di dalam otak anda.

Bahan kimia pengubah-mood ini dikatakan boleh membuatkan anda rasa tenang dan bahagia. Nutrien yang terdapat di dalam dark chocolate juga mampu meningkatkan aliran darah dan menurunkan tekanan darah.

Meskipun makanan manis ini menawarkan faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan, adalah tidak digalakkan utnuk mengambilnya secara berlebihan. Satu auns dark chocolate sehari sudah memadai untuk membantu anda.

Lisa Cimperman, jurucakap Akademi Pemakanan dan Dietetik turut mengesyorkan makan dark chocolate bukan alkali, yang mengandungi sekurang-kurangnya 70 peratus koko untuk mendapatkan manfaat yang paling tinggi sekali.


Ikan Salmon Pemusnah Tekanan

Menu Diet Sihat dengan Salmon menu diet sihat

Omega-3 yang terdapat di dalam ikan salmon bukan sahaja baik untuk jantung anda, malahan para penyelidik berkata, ia turut membantu menguruskan tekanan anda dengan lebih baik.

Asid lemak perlu yang terdapat di dalam salmon melindungi neuron dari kerosakan yang disebabkan oleh tekanan, dimana ianya amat membantu kepada mereka yang berurusan dengan tekanan kronik.

Untuk kesihatan yang baik, cuba untuk makan ikan salmon atau ikan berlemak yang lain seperti tuna atau sardin, dua kali seminggu. Jika anda tidak suka makan ikan, Cimperman mencadangkan pengambilan bijian flux atau walnut untuk memenuhi keperluan omega-3 anda.


Menu Diet Sihat Sebiji Pisang Setiap Hari

Pisang untuk Kesihatan menu diet sihat

Buah pisang memiliki kalori yang rendah dan mudah untuk didapati, dan ini menjadikan ia sebagai makanan yang baik untuk ditambahkan di dalam diet pengurang-tekanan anda.

Menurut Doktor Kathleen A. Head dan Gregory S. Kelly, kekurangan vitamin B6 akan mengurangkan penghasilan serotonin di dalam badan anda.

Dengan menjadikan buah pisang sebagai diet harian akan dapat mengekalkan kandungan vitamin B6 dan meningkatkan penghasilan serotonin dalam badan anda.

Buah pisang juga dikatakan kaya dengan kalium, yang merupakan nutrien yang membantu kepada tekanan darah lebih rendah.


Swiss Chard Anti-Kebimbangan

Swiss Chard menu diet sihat

Kortisol adalah hormon utama yang bertanggungjawab keatas tindakbalas tekanan. Ia menyediakan tubuh badan untuk melawan sebarang reaksi menentang dengan membanjirinya dengan glukosa untuk keperluan tenaga segera.

Menurut sebilangan pakar, tekanan kronik boleh mengurangkan kadar magnesium di dalam badan anda, dan tahap magnesium yang rendah mampu meningkatkan kecenderungan untuk anda mendapat tekanan dan mengkompaun kesan tersebut.

Jika tekanan anda menyebabkan anda merasa gelisah, cepat marah dan tak senang duduk, badan anda mungkin kekurangan magnesium. Dengan 150 miligram per 1-cawan hidangan Swiss Chard dimasak, ianya boleh meningkatkan pengambilan magnesium anda, membantu menstabilkan tahap kortisol dan mengurangkan keresahan.


Masa untuk Minum Teh

Teh Panas menu diet sihat

Teh Hijau dan Teh Hitam mengandungi asid amino L-theanine. Asid amino meningkatkan pengeluaran dopamin dan serotonin di dalam badan anda.

Seperti serotonin, dopamin adalah bahan kimia yang membuatkan kita merasa senang, yang terdapat di dalam otak yang menggalakkan keseronokan.

Jadi, walaupun secawan teh hijau kadang-kadang mempunyai kafein lebih daripada secawan kopi, L-theanine boleh mengatasi perangsang tersebut untuk menggalakkan perasaan gembira dan santai bagi sesetengah orang.


Lada Merah Meningkatkan Keimunan

Kebaikan Cili menu diet sihat

Lada merah yang mana rangup dan juga manis bukan sekadar menambah warna di dalam tumis atau salad, tetapi juga meningkatkan keimunan dan memerangi tekanan.

Satu hidangan 1/2-cawan lada merah mengandungi 158 miligram vitamin C – yang mana lebih daripada segelas 6 auns jus oren. Ia juga mempunyai lebih banyak vitamin C iaitu 90 miligram bagi lelaki dan 75 miligram bagi wanita seperti yang ditakrifkan oleh Recommended Dietart Allowance (RDA).

Menurut Dr. Head dan Dr. Kelly, peningkatan pengambilan vitamin C dalam jumlah yang lebih besar daripada RDA membantu menurunkan tahap kortisol – mereka mengesyorkan sehingga 1 gram sehari. Ini adalah penting terutamanya bagi orang-orang yang cenderung memiliki tahap kortisol yang lebih tinggi berbanding wanita.

Tambahkan Kuasa Dengan Kekacang

Kebaikan Kekacang menu diet sihat

Vitamin B biasanya dikenalpasti membantu dalam mengekstrak tenaga daripada makanan yang anda makan, namun demikian, mereka juga memainkan peranan utama dalam pengurusan tekanan.

Niacin menggalakkan tidur, asid Pantothenic (vitamin B5) dan thiamin mengawal kortisol dalam keadaan tertekan, dan folat adalah perlu bagi pertumbuhan semula neuron. Kacang bukan sahaja sumber vitamin B yang baik, tetapi juga kaya dengan serat, protein dan zat besi.

Satu hidangan 1/2-cawan mana-mana jenis kacang, termasuk kacang hitam, kacang buncis atau kacang kuda, boleh membantu anda mendapatkan vitamin B yang anda perlu bagi mengatasi tekanan. Masukkan kacang ke dalam sup, salad atau hidangan sampingan gandum untuk menambah tekstur dan juga rasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!