24

Masalah Jerawat Lelaki: Mitos-Mitos Jerawat Popular

Masalah jerawat lelaki tidak banyak bezanya dengan masalah jerawat wanita.

Apa itu jerawat? Secara purata, kebanyakan daripada kita tahu apakah yang dimaksudkan dengan jerawat. Ini kerana kita pernah memiliki jerawat satu waktu dalam kehidupan kita.

lelaki store

Namun, seandainya ia perlu didefinisikan, ini adalah satu definisi mudah:


Jerawat adalah istilah dermatologi yang melibatkan liang tersumbat, ketulan atau sista yang berlaku di muka, leher, dada, belakang, bahu, dan lengan atas.

Kebiasaannya, jerawat berlaku di zaman remaja namun tidak terhad kepada mana-mana kumpulan umur, meskipun sudah mencecah empat puluhan.

Penyakit ini terdiri daripada pelbagai jenis namun tidak pernah terjadi kes yang boleh mengancam nyawa. Kes-kes jerawat yang teruk kebiasaannya boleh mencacatkan dan meninggalkan parut yang kekal pada kawasan terlibat.

Perubahan fizikal yang berlaku di dalam tisu badan – atau luka-luka – yang mana disebabkan oleh jerawat boleh diterangkan dalam lima cara:

  • comedo
  • papule
  • pustule
  • nodul
  • sista

Kumpulan ini mampu melakukan kerosakan dalam pelbagai tahap dengan comedo (juga dikenali sebagai bintik hitam atau whiteheads) pada satu hujung dan nodul dan sista pada hujung yang satu lagi.

Seperti yang dinyatakan di atas, jerawat biasanya berlaku di zaman remaja, yang mana paling memberi kesan kepada remaja di antara 12 tahun dan 17 tahun.

Kebiasaannya jerawat jenis ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan klinik dan akan hilang apabila sudah memasuki umur 20 tahun ke atas.

Harus diingat, meskipun jerawat menyerang remaja lelaki dan perempuan, terdapat sedikit perbezaan. Budak lelaki cenderung memiliki jerawat untuk tempoh lama dan mungkin juga kesan luka jerawat yang kekal.

Manakala budak perempuan pula kebiasaannya mendapat jerawat yang datang berulang, namun tidak kekal kerana perubahan hormon dan juga pengunaan alat kosmetik.

Lelaki Store

Sekarang kita sudah meringkaskan maksud jerawat, jadi mari kita teruskan kepada topik asal artikel ini iaitu tentang mitos-mitos yang dikaitkan dengannya.

Masalah Jerawat Lelaki

Masalah Jerawat Lelaki: Mitos-Mitos Jerawat


Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka yang cuba mencari jalan dalam menangani jerawat adalah sumber maklumat yang salah berkaitan dengan punca-punca jerawat.

Walaupun terdapat banyak maklumat yang tepat berkenaan jerawat tersedia, namun mitos-mitos masih kekal menular dan disampaikan melalui mulut ke mulut, kepada orang-orang yang cukup malang untuk memiliki penyakit ini.

Berbanding mencari jalan penyelesaian dan rawatan untuk mengurangkan gejala ini, masalah-masalah ini kelihatan telah dikaburi.

Cadangan rawatan yang berdasarkan mitos-mitos ini bukan sahaja tidak berkesan atau kurang berkesan malahan ianya juga memburukkan keadaan jerawat yang dialami.

Memandangkan pengaruh yang diberikan oleh mitos ini keatas pemahaman secara umum tentang jerawat dan rawatannya yang khusus, adalah lebih sesuai dan bijak untuk memulakan dengan satu gambaran menyeluruh tentang beberapa mitos yang sudah biasa kita dengar di luar sana.

Mengantikan informasi salah ini dengan mendedahkan kebenarannya tentang masalah jerawat lelaki. Selepas itu, bolehlah kita beralih kepada soalan, apakah punca sebenar jerawat ini terjadi.


Mitos #1: Jerawat disebabkan masalah kebersihan


Tidak kira berapa kerap, berapa rajinnya anda mengosok muka anda dan kawasan-kawasan lain yang terjejas oleh jerawat; ini tidak ada kaitannya dengan keadaan pertumbuhan jerawat atau masalah-masalah baru yang datang.

Malah, kekerapan mengosok dan mencuci ini boleh menyebabkan rengsaan ke atas kulit dan membuatkan jerawat bukan lagi bertambah baik, malahan menjadi lebih buruk lagi.

Mungkin juga anda mendengarkan hal ini daripada ibubapa anda atau orang lain, namun jelasnya ini adalah maklumat yang tidak tepat.

Jerawat tidak disebabkan oleh tahap kebersihan yang rendah. Bukan bermakna kebersihan itu tidak penting, malahan kebersihan dapat membantu dalam mengurangkan kesan-kesan jerawat jika digunakan bersama-sama dengan produk rawatan jerawat yang betul.

Berbanding mencuci dan mengosok kulit dengan kasar, adalah disyorkan anda mencuci muka dua kali, tiga kali sehari dengan sabun yang lembut dan kemudiannya tepuk/terapkan untuk keringkan – bukannya mengelap kulit anda dengan menggosok secara kasar.


Mitos #2: Jerawat disebabkan tabiat pemakanan


“Jangan makan coklat, ia akan buat awak berjerawat!”

“Orang kata makan makanan berminyak boleh menyebabkan awak berjerawat banyak.”

Kebanyakan daripada anda pastinya telah mendengar kenyataan-kenyataan ini atau yang serupa dengannya, kan?

Apa yang mereka katakan, pada dasarnya, adalah bahawa apa yang anda makan boleh menyebabkan jerawat. Tetapi, apa yang mereka katakan itu sebenarnya tidak benar.

Ia adalah mitos, salah satu daripada yang terkenal, tentang punca-punca jerawat. Kajian secara meluas telah dilakukan oleh para saintis, dalam mengesan perkaitan antara tabiat pemakanan seseorang dan punca mungkin tumbuhnya jerawat, namun gagal menemui sesuatu yang sahih.


Artikel menarik: Kesihatan Menurut Pandangan Islam


Walaubagaimanapun, setiap orang di antara kita berbeza. Sesetengah orang menyedari bahawa jerawat mereka menjadi lebih teruk setelah memakan makanan tertentu.

Namun makanan yang dimakan adalah berbeza-beza bagi setiap orang. Sebagai contoh, sesetengahnya mungkin perasan akan jerawat setelah makan coklat.

Manakala yang lainya tidak mendapat kesan serupa setelah makan coklat. Sebaliknya mereka perasan akan pertumbuhan jerawat setelah mereka minum terlalu banyak kopi atau kafein.

Ini hanyalah contoh namun berbaloi untuk kita selidiki. Jika ada makanan tertentu yang anda rasa boleh menyebabkan jerawat anda bertumbuh, dicadangkan untuk mengurangkan pengambilannya dan lihat jika ia benar-benar membantu.

Masalah Jerawat Lelaki


Mitos #3: Jerawat disebabkan oleh tekanan


Tekanan bukanlah penyebab secara langsung jerawat namun adalah betul bahawa beberapa jenis tekanan boleh menyebabkan badan menghasilkan hormon yang dikenali sebagai kortisol, yang boleh merengsakan jerawat yang sedia ada.

Secara tidak langsung, beberapa jenis ubat-ubatan yang kita ambil untuk mengurangkan atau mengawal tekanan atau masalah emosi seperti kemurungan boleh menjadi faktor kepada penghasilan masalah jerawat lelaki.

Malahan, beberapa jenis ubat-ubatan menyenaraikan pertumbuhan jerawat sebagai kesan sampingan pengambilannya.


Mitos #4: Jerawat akan hilang dengan sendirinya


Kebiasaannya ini adalah tidak betul dan jerawat perlukan rawatan untuk dihilangkan sepenuhnya.

Dengan pemilihan produk rawatan jerawat yang ada di pasaran pada masa kini, tidak ada sebab untuk tidak menyiasat dan mengenalpasti kesan yang terbaik.

Dalam sebilangan kes, pertemuan dengan pakar kulit atau dermatologi dan juga beberapa keadah rawatan tidak dapat dielakkan.


Mitos #5: Tan kulit akan membersihkan kulit


Hakikatnya, ia memberi kesan sebaliknya. Pada mulanya, ia kelihatan seperti menjemur kulit atau mengelapkan dengan mesin tan kulit bagi meningkatkan kompleksi kulit anda.

Tetapi tan hanyalah topeng yang menutupi jerawat anda. Pada hakikatnya, matahari boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan kegatalan, dan ini boleh menyebabkan pertumbuhan lebih banyak lagi masalah jerawat lelaki.

Dalam perkembangan lain, jika anda tan kulit anda, pastikan anda menggunakan pelindung matahari yang tidak mengandungi minyak dan bahan kimia yang boleh menyumbat pori-pori anda dan menyebabkan masalah jerawat anda menjadi lebih buruk lagi. (Carilah perkataan noncomedogenic atau nonacnegenic pada label)

Masalah Jerawat Lelaki


Mitos #6: Memicit Jerawat Menghilangkannya Lebih Cepat


Sekali lagi, meskipun ianya kedengaran tepat, ianya hanyalah satu lagi mitos.

Berbanding mempercepatkan proses penyembuhan, perbuatan sedemikian hanya akan menyebabkan masalah anda berpanjangan kerana memicit jerawat menyebabkan bakteria di dalam ditolak jauh lagi ke dalam kulit.

Hali ini akan menyebabkan lebih banyak jangkitan, lalu menyebabkan bekas luka atau parut.


Mitos #7:  Hanya Remaja Mendapat Jerawat


Kebenarannya adalah bahawa kira-kira 25% hingga 30% daripada semua orang yang berumur antara 25-44 tahun mempunyai jerawat aktif dan menyebabkan masalah jerawat lelaki.

Jadi idea bahawa jerawat hanyalah masalah bagi remaja merupakan satu lagi mitos.


Sesudah membongkar mitos-mitos ini, adalah penting untuk anda ingat, yang disenaraikan tadi bukanlah kesemua mitos yang ada. Masih banyak lagi mitos yang bertebaran di dalam internet dan majalah-majalah di luar sana.

Itu adalah secara kasar. Punca-punca mitos ini adalah lebih luas lagi di sekeliling kita. Tujuan saya memuatkan mitos-mitos dalam buku ini adalah untuk membantu anda, pembaca, untuk memahami bahawa topik jerawat telah berkembang menjadi lebih rumit dengan pelbagai sumber informasi yang baru.

Pelbagai info kurang sahih muncul dan diharap agar anda berhati-hati dalam menentukan sumber yang mana satu untuk dipercayai.

lelaki store

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply