iklan-lelaki
272

8 Makanan Terbaik Untuk Lelaki: Super Dan Keimunan

Makanan super peningkat keimunan bukan sekadar membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda untuk menangkis virus dan sebarang jangkitan kuman, malahan juga membantu tubuh badan anda memerangi penyakit berkaitan keimunan seperti artritis.

Makanan super ini juga membantu dalam mencegah sebilangan jenis kanser, seperti yang dinyatakan oleh Akademi Pemakanan dan Dietik Pittsburgh tersebut.

Kita semua tentunya amat menitikberatkan soal kesihatan kita terutamanya pada musim sejuk dan selesma, lagi-lagi musim hujan bagi negara khatulistiwa seperti Malaysia ini.

Berikut adalah lapan makanan super yang anda boleh sertakan di dalam diet anda, yang mampu memberikan rangsangan tambahan kepada sistem keimunan anda.


Ubi Keledek (Ubi Kentang Manis)

Ubi Manis

Ubi keledek adalah makanan super yang sempurna. Sebagai salah satu sumber makanan terbaik untuk vitamin A – memenuhi 561 peratus daripada nilai harian dalam satu ubi keledek – ubi keledek mempunyai keupayaan merangsang keimunan yang kuat.

Vitamin A menyokong keimunan dengan mengekalkan kesihatan dan kekuatan perlindungan semulajadi anda daripada kuman – dan membran kulit dan mukus di dalam saluran pencernaan dan paru-paru anda.

Lelaki Store

Dapatkan manfaat kebaikan ubi keledek dengan memakan sebiji penuh ubi keledek samada dibakar, dilenyek atau ditumis dengan bawang untuk menambah kelazatan.


Yogurt Greek

Yogurt Greek


Yogurt Greek adalah makanan snek pekat dan berkrim yang dihasilkan melalui proses penapaian, yang sarat dengan bakteria baik dikenali sebagai Probiotik.

Mikroorganisma ini meningkatkan keupayaan badan untuk melawan sebarang jangkitan penyakit, mengurangkan radang dan mengurangkan pertumbuhan bakteria berbahaya di dalam usus anda.

Keupayaan ini tentunya tidak terhad hanya kepada yogurt Greek sahaja, malahan terdapat di dalam mana-mana yogurt dengan label “kultur hidup dan aktif” ditulis pada bekasnya.

Menyertakan satu hidangan 4 auns hingga 6 auns yogurt Greek sehari bukan sekadar mengisi perut anda dengan bakteria yang meningkatkan imuniti, malahan juga membantu anda memenuhi keperluan kalsium harian, vitamin D, kalium dan protein untuk tubuh badan anda.


Teh Hijau

Teh Hijau


Kaya dengan antioksidan polifenol yang kuat, teh hijau boleh mengurangkan risiko memiliki beberapa jenis kanser yang berbeza termasuklah paru-paru, kolon, perut dan pankreas.

Menurut ulasan artikel yang disiarkan dalam “Chinese Medicine”, polifenol dalam teh hijau juga boleh membantu melawan Helicobacter pylori – bakteria yang menyebabkan ulser perut.

Lelaki Store

Walaupun teh hijau menawarkan beberapa faedah penggalak keimunan, ia merupakan sumber kafein dan meminum terlalu banyak teh hijau boleh menjejaskan keberadaan bio besi dalam badan.

Satu hingga dua cawan teh hijau sehari sudah cukup untuk anda mendapat manfaat tanpa mendapat kesan sampingan yang buruk.

 


Bawang Putih

Bawang Putih


Sebagai makanan super, bawang putih bukan sahaja menambah rasa untuk hidangan kegemaran anda tanpa memerlukan lemak atau garam, tetapi juga bahan kimia bioaktif yang dipanggil allicin.

Bahan kimia ini dipercayai mempunyai aktiviti anti-bakteria yang boleh membantu anda melawan jangkitan yang disebabkan oleh Salmonella, Escherichia coli dan Staphylococcus aureus.

Penambahan lebih bawang putih di dalam diet anda turut membantu anda menentang jangkitan selesma yang biasa, namun begitu, Institut Kesihatan Kebangsaan menyatakan bahawa penyelidikan tambahan diperlukan sebelum apa-apa cadangan dibuat.

Untuk kesihatan keimunan, seulas bawang putih mentah yang ditumbuk hancur sehari sudah memadai.

Cendawan

Cendawan


Cendawan adalah makanan berkalori rendah dan kaya dengan beberapa nutrien penggalak kesihatan termasuklah vitamin B, selenium, kalium dan vitamin D.

Namun, satu komponen yang dikenali sebagai beta-glucan yang terdapat di dalam cendawanlah yang membantu meningkatkan sistem imun anda dan juga boleh melindungi anda daripada kanser, seta pertumbuhan tumor yang perlahan.

Cendawan Shiitake, tiram dan insang terbelah adalah sumber terbaik bagi beta-glucan. Ambil 1 auns cendawan, dimasak atau dimakan secara mentah, setiap hari untuk meningkatkan pengambilan nutrien badan anda.


Tiram

Tiram


Badan anda memerlukan zink untuk membuat sel-sel darah penentang jangkitan yang dipanggil sebagai T-limfosit.

Gagal memiliki zink yang cukup di dalam pemakanan anda boleh memberi kesan kepada kemampuan tubuh badan anda untuk melawan jangkitan, termasuklah penyakit pernafasan seperti radang paru-paru.

Tiga auns tiram dimasak mengandungi 74 miligram zink, memenuhi 493 peratus daripada nilai keperluan harian.

Jika anda bukan seorang peminat tiram, anda boleh makan ketam, hamburger tanpa lemak atau bijirin sarapan gandum yang kaya dengan serat untuk membantu anda mendapatkan lebih banyak zink.


Madu

Madu


Madu telah digunakan untuk tujuan perubatan sejak zaman purba lagi.

Kandungan gula yang tinggi, keasidan dan pelbagai fitokimia yang terdapat di dalam madu dipercayai adalah komponen yang membantu melawan bakteria seperti E. coli dan Staph aureus.

Ianya juga digunakan secara topikal untuk mengubati luka, dan apabila dimakan, boleh membantu dalam pembaikan ulser gastrik dan mengurangkan keradangan.

Anda memerlukan 1-5 sudu besar madu asli sehari untuk mendapatkan manfaat perubatan.

Gunakan ia sebagai pengganti pemanis lain dalam makanan yang dipanggang, bijirin panas dan teh untuk menetapkan kesihatan harian anda.

(Kanak-kanak di bawah usia satu tahun dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah tidak perlu mengambil madu asli.)


Bluberi

Blueberi


Bluberi kaya dengan perangsang keimunan untuk tubuh badan anda. Ianya rendah kalori, serat tinggi dan merupakan sumber vitamin C dan mangan yang baik.

Ianya juga kaya dengan polifenol yang mana, di samping menjadi antioksidan yang kuat, juga mempunyai ciri-ciri anti-radang.

Selain itu, para penyelidik telah mengasingkan sebatian dalam bluberi yang dipanggil pterostilbene yang mana, apabila digabungkan dengan vitamin D dapat meningkatkan penghasilan cathelicidin peptida antimikrob, atau CAMP gen, yang terlibat dalam fungsi imun tubuh badan.

Secawan bluberi boleh membantu meningkatkan pengambilan nutrien bagi keimunan tubuh badan anda.

 


Kredit: HealthGauge | JJLosier

Lelaki Store

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply