4
597

Lelaki Soleh Yang Dicari Menjadi Lelaki Idaman Wanita

Terdapat berbagai-bagai jenis lelaki dalam dunia ini. Ada yang metroseksual dan maskulin. Wanita mempunyai ciri- ciri lelaki yang menjadi idaman dan pujaan untuk dijadikan teman hidup.

Apabila ditanya pada kebanyakan wanita di luar sana, ramai yang mengimpikan lelaki soleh sebagai pasangan mereka. Lelaki yang soleh dapat membentuk perkahwinan yang barakah dan mawaddah.

Lelaki yang betul- betul patut menjadi ikutan ialah Nabi kita Nabi Muhammad SAW.

Baginda merupakan sebaik- baik manusia dan lelaki. Lelaki yang soleh adalah yang menjadikan Baginda sebagai suri teladan dalam menjalani kehidupan mereka di dunia ini.

Rasulullah juga lelaki yang berakhlak mulia kepada semua makhluk tidak kira musuh atau berlainan agama. Maka, lelaki yang soleh, berakhlak dengan akhlak Rasulullah dan tidak akan sesekali mengasari setiap makhluk yang ada dalah muka bumi ini.

Lelaki soleh tidak akan sesekali ingkar akan perintah Allah dan meninggalkan perkara yang ditegah Allah. Mereka tidak akan meninggalkan solat wajib  lima kali sehari dan sentiasa menjadikan perkara sunat seperti puasa Isnin dan Khamis, solat Dhuha sebagai amalan mereka.

Lelaki Soleh

Makanan juga amat dititikberatkan oleh lelaki yang soleh. Mereka tidak akan sewenang-wenangnya makan makanan yang syubhah dan tidak halal.

Lelaki yang soleh adalah lelaki yang mengamalkan amal makruf nahi mungkar. Apakah itu amal makruf nahi mungkar? Amal makruf ialah mengajak manusia ke arah kebaikan dan nahi mungkar ialah mencegah kemungkaran.

Lelaki yang soleh tidak sahaja menjadi seorang lelaki yang baik, namun mahu berusaha menyebarkan kebaikan kepada orang lain. Mereka benci berada dalam suasana maksiat malah berusaha untuk mencegah perkara maksiat yang berlaku.

Salah satu kriteria lelaki yang soleh adalah lelaki yang baik dan taat terhadap orang tuanya.

Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kedua orang tua mereka. Kewajipan anak lelaki terhadap orang tua mereka tidak akan berubah sekalipun mereka berkahwin.

Tidak seperti wanita, ketaatan dan kepatuhan wanita jatuh kepada suami dan diikuti oleh ibu bapa. Jadi, jika anda melihat lelaki yang sanggup bersusah- payah menjaga dan merawat ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang, kahwinilah mereka.

Menjaga pandangan. Dosa lelaki kebanyakannya bermula daripada mata dan seterusnya jatuh ke hati. Lelaki yang berjaya menundukkan pandangan daripada melihat perkara- perkara yang sia- sia.

Lelaki yang beriman dan soleh juga tidak sewenang- wenangnya melihat wanita- wanita seksi di luar sana demi melampiaskan nafsu mereka. Dengan menundukkan pandangan, secara tidak langsung mereka dapat mengawal nafsu mereka. Hanya yang halal sahaja menjadi tatapan mata mereka.

 

Wahai wanita, adakah anda mahu lelaki yang soleh untuk dijadikan imam dalam keluarga?

Bagaimana kriteria- kriteria lain yang boleh didapati daripada lelaki soleh? Lelaki yang soleh semestinya bertanggungjawab membimbing isteri dan anak- anak menuju ke jalan yang diredhai Allah.

suami soleh

Mereka tidak tegar membiarkan isteri dan anak- anak terjerumus ke dalam api neraka. Lelaki yang soleh akan mengamalkan bi’ah solehah dalam keluarga. Bi’ah solehah ialah persekitaran yang solehah di mana solat berjemaah menjadi amalan dan sang suami berhikmah dalam menegur isteri dan anak- anak jika mereka tersilap langkah.

Di dalam al- Quran ada meriwayatkan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Tidak guna kita sibuk mencari yang soleh dan solehah tetapi kita tidak sedaya upaya berusaha untuk menjadi yang soleh dan solehah .

Kepada wanita di luar sana, janji Allah itu pasti, jadi tidak perlu anda sibuk- sibuk mencari yang soleh, tetapi didik diri untuk menjadi seorang wanita yang solehah dan insyaaAllah mudah- mudahan yang soleh akan anda dapat sebagai pendamping hidup anda.

Anda mahu lelaki soleh? Jadilah yang solehah. Bagi lelaki anda ingin menjadi soleh di sisi Allah, bermulalah sekarang mencintai Tuhan yang menciptamu iaitu Allah SWT.


Berkait: Kualiti Seorang Suami

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply