Lelaki Sihat

Lelaki Sihat: Ciri-Ciri Dan Rahsia Anda Perlu Tahu

By

Lelaki sihat, apakah Rahsianya?

Kesihatan adalah amat penting tidak kira bagi lelaki mahupun wanita.

Kita harus sentiasa mengambil berat dalam menjaga kesihatan bukan sahaja untuk kelihatan menarik, tetapi juga untuk menjamin keadaan kita pada masa hadapan kelak.

Lelaki yang mempunyai kesedaran diri akan mencari masa walau sesibuk manapun mereka untuk melakukan aktiviti sukan bersama rakan-rakan dan keluarga.

 

Antara aktiviti yang sering dilakukan oleh lelaki ialah olahraga, renang dan aktiviti membina badan.

Tidak ramai yang akan menyangka bahawa aktiviti seksual bagi suami isteri sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan.

Terdapat kajian yang menyatakan lelaki yang mengadakan hubungan seksual dua kali atau lebih dalam seminggu dapat mengurangkan risiko serangan jantung.

 

Pakar sexologist Patti Brittom mengatakan bahawa seks dapat membakar kalori walaupun dalam jumlah yang sedikit bagi satu- satu sesi.

Namun begitu, amalan ini hanya memberi manfaat kepada pasangan suami isteri sahaja ya! 🙂

Lelaki cenderung untuk menghidapi obesiti kerana corak pemakanan mereka yang tidak teratur.

 

Mereka tidak secerewet wanita dalam memilih makanan oleh itu lebih cenderung untuk makan apa sahaja yang dihidangkan di hadapan mereka.

Amat jarang sekali kita mendengar lelaki memilih dalam makanan mereka.

Malah lelaki akan beralasan mereka menggunakan tenaga yang banyak jadi mereka harus makan dengan lebih banyak untuk memastikan mereka kekal bertenaga.

Ciri-Ciri lelaki sihatKebanyakan lelaki mungkin terlibat dalam beberapa amalan yang kurang sihat seperti merokok dan pengambilan minuman beralkohol. Kedua amalan ini antara penyumbang terbesar dalam kemerosotan kesihatan lelaki.

Amalan yang tidak sihat ini menjurus kepada sakit jantung dan darah tinggi yang boleh membawa kepada kematian.

 

Antara penyakit lain yang sinonim dihidapi oleh kaum lelaki ialah darah tinggi, kencing manis dan kurang hormon testosteron.

Tak kira lelaki atau wanita, kesihatan adalah harta yang paling berharga yang tidak dapat ditukar ganti.

Terdapat pelbagai cara untuk para lelaki mengekalkan kesihatan diri supaya mereka dapat meneruskan hidup tanpa sebarang masalah kesihatan.

 

You are what you eat’. Apa yang dimakan menentukan tahap kesihatan seseorang.

Oleh itu, para lelaki haruslah peka dan ambil tahu cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Ini adalah sangat penting kerana Rasulullah pernah bersabda:


 “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).”

(Muttafaq Alaih)


Tambahan pula punca penyakit sekarang banyak datan daripada perut.

Oleh itu, kawallah gaya pemakanan anda wahai lelaki kerana anda mempunyai tanggungjawab yang sangat berat terhadap ibu bapa, isteri dan anak- anak.

Jika ketua keluarga jatuh sakit, kasihan ahli keluarga yang bergantung kepada anda.

 

Gaya Hidup Lelaki Sihat

Gaya Hidup Lelaki Sihat

Mengamalkan gaya hidup sihat dapat membantu dalam penjagaan kesihatan.

Gaya hidup lelaki sihat seperti bersenam membantu meningkatkan tahap kesihatan lelaki sama ada dari luar dan juga dalaman.

Badan akan kelihatan ‘fit’ dan risiko untuk terkena penyakit juga dapat dikurangkan.

Jika susah untuk anda meluangkan masa untuk bersenam, aktiviti mudah seperti menaiki tangga daripada lif, berjalan ke masjid atau menaiki basikal ke tempat kerja adalah satu bentuk senaman ringan.

 

Pengurusan emosi juga amat penting dalam kehidupan lelaki demi memastikan kesihatan anda sentiasa baik.

Bersikap baran dan stress akan mengganggu emosi anda dan sedikit sebanyak akan menjejaskan kesihatan.

Bijak mengendalikan emosi dan sentiasa tenang dalam menyelesaikan masalah mengurangkan risiko penyakit seperti serangan jantung dan strok.

 

Lelaki masakini terutamanya lelaki metroseksual sangat mengambil berat akan penampilan mereka. Mereka lebih sedar akan kepentingan menjaga penampilan dan kesihatan.

Oleh itu, terdapat golongan yang mengambil makanan tambahan untuk kesihatan dalaman.

 

Bagi penampilan fizikal yang menarik, lelaki gemar bersenam di gimnasium untuk membina otot- otot badan supaya kelihatan gagah dan sasa.

Dengan kesihatan dan tubuh badan yang baik, seorang lelaki dapat menguruskan tanggungjawab mereka sebagai ketua keluarga dan beribadah dengan baik.

Oleh itu, kesihatan yang baik bukan sahaja menguntungkan diri sendiri, tetapi demi kesejahteraan insan yang tersayang.

Leave a Reply

avatar

You may also like

Terkini