4
316

Onani Lelaki: Dilema lelaki ketagih Masturbasi

Menurut penjelasan Syeikh Dr Yusof Al- Qaradawi, beliau mengatakan onani itu berlaku apabila kadang-kadang darah pemuda bergelora.

Kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan air mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun.

lelaki store

Onani Menurut Islam

(bahasa Arabnya: istimta’ atau adatus sirriyah). Kebanyakan ulama mengharamkan onani ini kerana ia semacam melepaskan nafsu syahwat mereka pada tempat yang salah.

Allah SWT pernah bersabda:


“Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas.”

(Al-Mu’minun: 5-7)


Mengapa perbuatan yang jijik ini masih dilakukan oleh segelintir masyarakat di muka bumi ini walaupun sudah terang- terangan Allah SWT telah menegah perbuatan tersebut?

Onani Lelaki

Suka menonton cerita lucah

Lelaki yang menjadikan cerita lucah itu santapan mereka lebih berisiko untuk melakukan perbuatan onani kerana melalui apa yang mereka tonton itu telah merangsang nafsu syahwat mereka dan dengan beronani, nafsu mereka dapat dilepaskan.

Malah, nafsu mereka juga akan mudah bergelora apabila melihat wanita seksi kerana minda mereka dipenuhi oleh aksi- aksi lucah yang telah mereka tonton.

Kurang didikan agama

Lelaki yang taat mengamalkan ajaran agama yang betul tidak mungkin akan melakukan perbuatan onani tersebut. I

ni kerana mereka tahu menjaga nafsu mereka dan jika mungkin mereka dikurniakan nafsu yang kuat, mereka berpuasa atau berkahwin seperti yang dianjurkan oleh agama.

Cara itu lebih mulia untuk menguruskan nafsu mereka.

Lelaki Store

Baca juga: Lelaki Kacak: Tips Rahsia Lelaki Menawan & Bergaya


Onani mempunyai lebih banyak kesan buruk daripada yang baik kerana perkara yang terang- terang ditegah dan membawa kemurkaan Allah SWT tidak ada yang baik.

Antara kesan kepada lelaki yang gemar beronani ialah:

Mati pucuk

Jika anda ganas ketika beronani, kemungkinan alat sulit anda tidak sihat seperti sedia kala dan mengakibatkan bengkak dan sakit yang boleh membawa kepada mati pucuk.

Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan.

Kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila berumah tangga

Jika anda sudah biasa melakukan onani secara kasar dan kuat untuk mencapai klimaks, apabila mengadakan hubungan seksual sebenar, anda tidak dapat mengecapi tahap klimaks dan tidak dapat bertahan lama.

Maka secara tidak langsung anda telah menzalimi diri sendiri dan isteri anda.

Stress, kurang keyakinan diri

Apabila seseorang lelaki itu tidak dapat mengawal nafsu mereka untuk melakukan onani, itu menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan tertekan.

Oleh itu, keyakinan diri akan mulai berkurang dan mereka akan lebih suka menyendiri.

Masalah Lelaki Suka Onani

Melakukan perbuatan onani adalah mudah, meninggalkannya pula amat payah lebih- lebih lagi mereka menjadikan onani itu sebagai amalan.

Penuhkan masa dengan aktiviti berfaedah.

Apabila masa diisi dengan pelbagai aktiviti, seseorang itu mula meninggalkan perbuatan yang jijik itu sedikit demi sedikit.

Berpuasa

Berpuasalah sekiranya anda berniat untuk menghentikan amalan onani tersebut kerana dengan berpuasa nafsu lebih terkawal dan perbuatan tidak sihat ini dapat dihentikan lama kelamaan.

Tundukkan pandangan

Kebanyakan maksiat bermula daripada mata. Apabila mata rakus meratah wanita- wanita seksi, rancangan pornografi, hati dan kemaluan mula bergolak aktif.

Daripada pandangan syahwat dapat mendorong seseorang itu dengan melakukan zina dan onani.

Berubahlah sikap buruk tersebut kerana sentiasa ada ruang untuk anda berubah. Berubahlah juga demi hidup yang lebih diberkati.

lelaki store

Show Comments

One Response

  1. Milas Rakba January 26, 2014
  2. lelaki store

Leave a Reply