Lelaki Maskulin: Anda Mempunyai Ciri-Ciri Lelaki Maskulin?

  • 2 min read
  • Jan 20, 2019
lelaki maskulin 5

Fahrin Ahmad? Remy Ishak? Adi Putera? Siapa tidak kenal akan artis- artis terkenal yang disebutkan. Mereka seringkali dikategorikan dalam golongan lelaki maskulin yang menjadi rebutan kebanyakan wanita di luar sana.

Maskulin. Bagaimanakah ciri- ciri yang dikatakan sebagai maskulin? Lelaki maskulin selalunya dinilai dari segi perwatakan, penampilan dan juga gaya hidup seseorang lelaki.


Don’t judge a book by its cover
. Jangan menilai seseorang secara luaran, namun itu adalah hakikatnya. Kita akan lebih mudah menilai seseorang berdasarkan penampilan luar seseorang tersebut.

Lelaki yang maskulin sangat menitikberatkan penampilan dari segi wajah, stail dan pemakaian. Mereka berpakaian kemas, dan mengikuti fesyen- fesyen terkini serta up-to-date. Tambahan pula, lelaki maskulin akan menjaga wajahnya sebaik mungkin dengan menggunakan produk kecantikan yang terdapat di pasaran.

lelaki maskulin 2

Adakah anda boleh melihat lelaki maskulin daripada gaya mereka berjalan? Jawapannya, ya. Lelaki maskulin tidak akan jalan membongkok tetapi mereka berjalan dengan penuh bergaya. Berbadan sasa dan tegap, berjalan ke arah anda dengan penuh stail, itulah yang dilihat orang sebagai maskulin.

Selain itu, tutur kata yang lembut dan sopan santun juga menunjukkan seseorang lelaki itu maskulin. Lelaki sebegini disukai dan disenangi semua orang serta dapat memikat hati kaum wanita.

Anda berminat menjadi lelaki maskulin? Bagaimana? Ramai lelaki beranggapan untuk menjadi lelaki maskulin, mesti mempunyai badan yang berketak- ketak dengan six pack, namun, maskulin tidak semestinya bergantung kepada six pack semata- mata.

Berkumis dan berjambang. Sesetengah wanita beranggapan lelaki yang berkumis dan berjambang adalah lelaki yang sangat tinggi kelakiannya dan kelihatan macho. Lelaki berjambang lebih nampak gagah dan tegas perwatakannya.

Tambahan pula, nabi kita sendiri juga menganjurkan para lelaki untuk menipiskan misai dan melebatkan jambang. Jadi, apa lagi, pahala kita dapat kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, wajah pun lebih tampan dengan menyimpan jambang.

Menjaga kebersihan diri sangat dianjurkan dalam Islam. Kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Lelaki yang menjaga kebersihan diri dan berbau wangi adalah lelaki yang turut diakui sebagai maskulin.

Lelaki yang pandai menjaga kebersihan diri disenangi oleh semua orang. Manakala, lelaki yang pengotor tidak akan dipandang oleh wanita, kerana jika diri sendiri pun tak pandai jaga, apatah lagi ingin menjaga orang lain. Jadi lelaki pengotor di luar sana, ambil perhatian tentang kebersihan anda.

Mari kita kecilkan lagi skop lelaki maskulin yang menjadi pujaan hati anda. Dalam Islam, lelaki memikul tanggungjawab yang lebih berat berbanding wanita. Lelaki perlu menjalankan tanggungjawab kepada ibu bapa, isteri dan anak- anak.

lelaki maskulin 3

Lelaki yang gagal menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah, anak, suami dan bapa dengan sebaiknya tidak layak dikenali sebagai lelaki maskulin malah dayus. Ambil perhatian wahai suami dan bapa di luar sana.

“Lelaki Maskulin” Wanita bukan dicipta dari kepala untuk disanjungi malah bukan dari kaki untuk dipijaki. Wanita dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Jelas dari lirik nasyid ini lelaki adalah tempat berlindung bagi wanita dan lelaki maskulin tidak akan pernah mengasari wanita dan kata- katanya berhemah dalam menegur sang wanita. Lelaki yang sering mengasari wanita hanya layak digelar lelaki dayus.

Lelaki yang benar-benar lelaki ialah lelaki yang sopan dan hormat akan pasangannya. Mereka tidak akan menyentuh wanita yang belum lagi menjadi hak mereka yang halal dengan sesuka hati. Lelaki maskulin yang berani tidak akan teragak- agak untuk memiliki anda dengan cara yang terhormat iaitu berjumpa dengan ibu bapa anda.

Namun, jika seseorang lelaki sudah berani memegang anda wahai kaum wanita, mereka hanyalah ingin mengambil kesempatan terhadap anda. Berwaspadalah dengan lelaki yang anda kenali.

Tidak perlu seorang lelaki itu mengejar ‘title’ lelaki maskulin hanya untuk memikat wanita. Namun ,jadilah lelaki yang terbaik dengan semampu anda dan dengan apa yang anda miliki. Jadilah lelaki yang disenangi dan dihormati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!