3
155

Lelaki Maskulin Pada Mata Wanita [5 Prinsip Utama]

Adakah anda seorang lelaki maskulin? Apakah pula lelaki maskulin itu pada mata wanita?

Seperti kebanyakan lelaki yang mahukan wanita cantik, begitu juga dengan wanita. Mereka juga mempunyai standard mereka sendiri dalam memilih lelaki. Lelaki pilihan hati mereka adalah lelaki yang maskulin pada mata mereka.

lelaki store

Sama seperti definisi kecantikan yang berbeza pada setiap individu. Begitu juga halnya dengan maskulin.

Ada sesetengah sikap ataupun fizikal lelaki dikatakan macho oleh wanita, tetapi dirasakan bagai hipokrit dimata lelaki.

Oleh hal itu, ia menjadi tanggunggjawab wanita bagi memberi semangat kepada lelaki untuk menjadi yang terbaik mengikut kemampuan mereka.

Bukannya menjadi yang terbaik mengikut apa yang wanita inginkan.

Namun begitu, terdapat beberapa kriteria umum yang perlu ada oleh lelaki bagi membolehkan mereka diiktiraf sebagai lelaki yang maskulin.


 Lelaki Maskulin: Sentiasa Yakin

Antara kriteria penting buat lelaki untuk dilabel sebagai maskulin, mereka perlulah mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Kerana kebanyakan lelaki yang berkeyakinan tinggi ini pada  pandangan wanita, merupakan lelaki yang boleh diharap dan dipercayai. Wanita akan berasa selesa, tenang dan selamat apabila bersama dengan lelaki seperti ini.

Keyakinan yang ditunjukkan oleh lelaki akan menghadirkan suatu aura yang menarik perhatian wanita untuk bersamanya.

Aura ini juga akan menjadikan suasana dan mereka disekeliling turut menjadi positif dan berkeyakinan kerana mereka yakin mereka bersama dengan orang yang boleh diharapkan untuk melaksanakan sesuatu.


Lelaki Maskulin: Seorang Yang Berani

Berani disini bukanlah dalam konteks berani sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk perkara bodoh. Berani bertempat. Tidak mudah gentar.

Lelaki Store

Mereka sanggup melakukan sesuatu tanpa ada sedikit perasaan gerun  an sanggup mengatasi kelemahan mereka.

Lelaki beginilah yang diperlukan wanita. Lelaki yang berusaha mengatasi kelemahan.

Lelaki Maskulin


Lelaki Maskulin Ialah Bertanggungjawab

Tidak semua orang mempunyai sikap ini walaupun umum mengetahui akan pentingnya sikap ini. Ramai yang tidak sanggup memikul dan mengaku kesalahan akibat perbuatan atau kelemahan sendiri. Mereka lebih gemar menyalahkan seseorang atau sesuatu.

Lelaki yang berani, bertanggungjawab di atas segala perbuatannya.


Baca juga: Onani Lelaki: Dilema lelaki ketagih Masturbasi


Untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab, seseorang itu harus berani untuk menerima risiko seandainya berlaku kesilapan dalam sesuatu perkara dan tidak takut untuk menerima kegagalan.

Hal ini kerana mereka tahu mereka mempunyai tanggungjawab untuk mencuba dan seandainya menemui kegagalan, mereka bertanggaungjawab untuk bangkit dari kegagalan tersebut.


Lelaki Maskulin Sangat Berdisiplin

Ramai lelalki yang mempunyai matlamat dan impian. Namun, tidak semua yang berjaya memenuhi dan mencapai impian serta matlamat mereka.

Apakah perbezaan antara mereka yang berjaya dengan mereka yang gagal? Sudah tentu Ia berkait dengan disiplin diri.

Bagi seorang lelaki bericirikan maskulin, apa jua matlamatnya, haruslah dicapai. Tidak kira berapa lama tempoh yang diambil untuk mencapainya. Mereka akan tetap berdisplin dalam berusaha mengecapi impian mereka.


Lelaki Maskulin Melayan Wanita Sebagai Wanita

Apa yang diperlukan oleh seorang wanita adalah lelaki yang melayan mereka sebagai seorang wanita.

Selaku seorang lelaki berpendirian maskulin, mereka hendaklah memahami fitrah wanita yang sememanganya 180 darjah berbeza dengan lelaki.

Mungkin apa yang dianggap remeh oleh lelaki, sangat penting bagi seorang wanita. Cuba fahami setiap apa yang dilakukan oleh wanita. Mereka inginkan layanan yang sebaiknya daripada anda, lelaki.


Lelaki Maskulin Mendengar dan Memahami

Kebanyakan lelaki tidak suka untuk duduk berbincang dan mendengar masalah wanita keran bagi lelaki, masalah wanita adalah perkara-perkara remeh yang tidak perlu dibincangkan.

Namun, bagi lelaki maskulin mereka haruslah memberikan perhatian sepenuhnya dan mendengar dengan penuh teliti. Wanita tidak meminta lelaki untuk memberi penyelesaian. Meereka hanya mahu didengar.

lelaki store

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply