2
64

Lelaki Malaysia: Adakah Boleh Diharapkan Oleh Wanita?

Lelaki Malaysia, adakah seperti yang dahulu? Lelaki merupakan pelindung bagi wanita oleh kerana fizikal mereka yang kuat.

Namun begitu, kebanyakan wanita mendapati susah untuk mendapat lelaki yang budiman dan berakhlak baik sebagaimana lelaki pada zaman sahabat dahulu.

lelaki store

Apa itu lelaki budiman dan berakhlak?

Lelaki budiman bermaksud lelaki yang baik budi pekertinya dan berbudi bahasa manakala lelaki berakhlak pula ialah lelaki yang mempunyai perangai atau sifat yang baik dan terpuji.

jika diteliti dan dikaji, sebaik- baik lelaki yang budiman dan berakhlak ialah Nabi Muhammad SAW.

Baginda merupakan lelaki yang berbudi bahasa, sopan santun dan berakhlak mulia sehingga Saidatina Aisyah, isteri baginda pernah mengatakan ‘Akhlak baginda adalah Al- Quran’.

Mari kita bandingkan lelaki Malaysia dahulu dan sekarang. Bagaimana? Adakah masih sama?

Lelaki Malaysia Sebenar Masa Kini Sukar Dicari?

Lelaki Malaysia

Lelaki pada zaman melayu dahulu sangat disanjung tinggi dan diharapkan sebagai pelindung kaum wanita.

Lelaki melayu telah membela para wanita yang dizalimi dahulu.

Para wanita pada zaman dahulu merasa selamat dan tenteram berada di samping lelaki. Zaman ini? Amatlah kontra sekali.

Lelaki yang diharapkan untuk melindungi, merogol dan mendera kaum wanita yang lemah tanpa belas kasihan.

Lelaki Store

Tambahan lagi, tiada pembelaan yang dilakukan oleh kaum lelaki melainkan bisu terdiam tidak berbicara.

Wanita yang dipertanggungjawabkan kepada lelaki pada zaman dahulu dipelihara sebaik boleh auratnya, pergaulannya dan percakapannya agar tidak mudah digoda.

Malangnya, zaman kini, era globalisasi, ada ayah, abang yang sanggup meratah darah daging sendiri!

Aurat apatah lagi. Dibiarkan anak gadis berpeleseran di malam hari dengan pakaian yang tidak cukup kain. Beza, memang berbeza.

Namun begitu, tidak perlu disalahkan semua kaum lelaki hanya kerana nila setitik itu.

Masih ada lagi lelaki di Malaysia yang budiman dan berakhlak pada zaman kini. Nak tahu lelaki bagaimana dikatakan budiman dan berakhlak? Mari kita rujuk ke bawah:

Lelaki Malaysia budiman

  • Prihatin. Mereka mengambil berat terhadap orang yang disayangi seperti ibu bapa dan anak isteri.
  • Menghormati. Lelaki budiman sangat menghormati wanita dan ingin menjadi pelindung kepada wanita yang mereka sayangi.
  • Bertolak ansur. Mereka tidak sekali- kali menggunakan kuasa autokratik untuk mendominasi wanita tak kira di tempat kerja dan di rumah.
  • Bersopan santun dan berbudi bahasa. Lelaki budiman tidak akan sesekali mengeluarkan kata- kata yang tidak manis didengar seperti kata makian dan carutan. Mereka sentiasa menjaga pertuturan mereka tidak kira pada golongan tua atau muda.

 

Lelaki Malaysia berakhlak

lelaki melayu malaysia

Taat dan patuh akan perintah agama. Lelaki yang berakhlak mulia tidak akan sesekali mengingkari perintah Allah dengan sengaja. Solat mereka sentiasa di awal waktu dan berpakaian menutup aurat.

Menjaga maruah dan kredibiliti. Mereka tidak akan mengunjungi tempat-tempat yang akan membuatkan mereka dipandang serong dan maruah mereka tercalar seperti kelab malam.

Menjaga mata. Lelaki yang sentiasa menundukkan pandangan selalunya tidak akan terjerumus ke dalam lembah maksiat kerana dosa lelaki kebanyakannya berpunca daripada mata.

Amanah. Lelaki yang berakhlak mulia tidak akan sesekali mengkhianati amanah yang diberi. Mereka tahu bahawa amanah dan tanggungjawab akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Maka mereka tidak akan sesekali menyeleweng amanah dan kedudukan yang diberi untuk kepentingan sendiri.

 

Lelaki budiman tidak semestinya berakhlak, lelaki berakhlak semestinya budiman. Jom, jadi keduanya.

Tidak susah untuk menjadi seorang lelaki melayu yang budiman dan berakhlak. Mari, kita sangkal pandangan negatif masyarakat di luar sana tentang kita.

Contohilah akhlak sebaik- baik manusia, Rasul kita, Nabi Muhammad SAW.

Jika tak dapat ikut semua, sebahagian saja pun sudah cukup menguntungkan. Jadilah lelaki yang mampu melindungi wanita, yang tabah dan cekal memelihara agama dan yang paling taat kepada Pencipta.

InsyaaAllah, ganjaran di akhirat sana.

lelaki store

Show Comments

One Response

  1. Bahrain August 11, 2014
  2. lelaki store

Leave a Reply