iklan-lelaki
63

Kulit Lelaki: Kesan Tekanan Yang Berbahaya

Tekanan boleh memberi kesan kepada seluruh tubuh anda, termasuklah kulit lelaki, rambut, dan juga kuku.

Emosi anda mempunyai kesan yang kuat pada kulit anda. Oleh kerana tekanan adalah sebahagian daripada kehidupan, apa yang penting ialah bagaimana cara anda mengendalikannya.

Bagaimana Tekanan Mempengaruhi Kulit Lelaki


Tekanan menyebabkan tindak balas kimia di dalam badan yang menjadikan kulit lebih sensitif dan reaktif. Ia juga boleh menyukarkan lagi proses penyembuhan masalah kulit.

Pernahkah anda perasan bahawa apabila anda tertekan, jerawat akan muncul di wajah anda?

Ini kerana tekanan menyebabkan badan anda menghasilkan kortisol dan hormon-hormon lain, yang memberitahu kelenjar minyak untuk menghasilkan lebih banyak minyak.

Kulit berminyak adalah lebih terdedah kepada jerawat dan masalah kulit yang lain.

Tekanan juga boleh:

Lelaki Store

Memburukkan lagi masalah kulit lelaki. Sebagai contoh, tekanan boleh memburukkan psoriasis, rosacea, dan ekzema.

Tekanan juga boleh menyebabkan rasa gatal-gatal dan lain-lain jenis ruam kulit dan mencetuskan radang atau jerawat batu.

Kesan Tekanan Pada Kulit Lelaki

Mengganggu penjagaan kulit harian. Jika anda tertekan, anda mungkin sekali mengabaikan tentang penjagaan kulit anda, yang mana ini boleh memburukkan lagi masalah kulit.

Masalah kulit juga boleh memberi tekanan.

Sesetengah orang begitu malu dengan kulit mereka yang mereka diamkan tanpa memberitahu orang lain, yang mana menambahkan lagi tekanan, dan memburukkan lagi keadaan.

Jika anda memiliki masalah kulit yang sukar untuk sembuh atau sentiasa berulang, fikirkan semula bagaimana anda menangani tekanan.

8 Cara untuk Mengurangkan Kesan Tekanan pada Kulit

Walaupun ianya adalah mustahil untuk mengelakkan tekanan sepenuhnya, ada cara untuk menanganinya dengan lebih baik. Cuba gunakan pendekatan ini:

Lelaki Store
  • Jangan mengabaikan kulit anda. Jaga kulit anda, walaupun anda berasa letih atau tertekan.

 

  • Keraplah melakukan senaman. Ianya baik untuk kulit anda dan seluruh badan anda.

 

  • Luangkan masa untuk diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang anda nikmati, walaupun anda hanya mempunyai sepuluh minit sahaja seperti mandi atau membaca artikel kesukaan anda.

 

  • Berjalan-jalan di sekitar kawasan tempat tinggal anda.

 

  • Amalkan teknik pengurusan tekanan, seperti latihan pernafasan, yoga, meditasi, atau imej visual.

 

  • Dapatkan tidur yang cukup. Tujuh hingga lapan jam setiap malam adalah ideal.

 

  • Katakan tidak. Adalah okay untuk menetapkan had dan sempadan bagi menurunkan tekanan anda.

 

  • Bercakaplah dengan seseorang. Dapatkan sokongan daripada rakan atau ahli terapi profesional.

Lelaki Store

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply