3
2104

Ketagih Seks Punca Utama Lelaki Terjebak

Apabila berbicara soal seks, ramai yang akan menganggap ia merupakan suatu perkara yang kurang baik dan tidak bersesuaian dengan norma hidup masyarakat Timur.

Hal ini kerana kita menganggap bahawa seks merupakan suatu perkara yang akan dipelajari dengan sendiri apabila tiba masanya yang sesuai dan relevan seperti hubungan seks antara suami isteri.

Namun demikian, berbeza pula halnya dengan masyarakat Barat yang menganggap seks adalah suatu perkara yang perlu diajar dan dipelajari.

Ketagih seks

Sebenarnya, seks bukan hanya tertumpu kepada hubungan intim di ranjang semata-mata. Seks meliputi hal-hal yang menyentuh soal yang lebih besar dan serius dari apa yang kita sangkakan.

Hal-hal seperti penjagaan kesihatan batin baik lelaki mahupun wanita, kesan seks bebas, punca kepada penyakit-penyakit seperti HIV dan AIDS merupakan perkara yang perlu diketahui kerana dengan pemahaman yang baik sahaja perkara-perkara negatif seperti kes-kes rogol, ketagihan seks dan zina dapat dikurangkan.


Ketagih Seks Sesuatu Yang Normal?

Tidak dapat dinafikan pada masa kini, ketagih seks merupakan suatu perkara yang agak ketara terutamanya bagi lelaki. Ia dapat dilihat berdasarkan statistik kes rogol yang semakin meningkat saban tahun.

Kes-kes seperti ayah rogol anak, guru rogol murid, pensyarah melakukan oral seks terhadap pelajar, abang rogol adik, pengawal keselamatan rogol budak sekolah dan banyak lagi kes telah direkodkan.

Ia jelas menunjukkan bahawa lelaki tanpa mengira status dan pekerjaan tidak terlepas dari terperangkap dengan masalah ketagihan seks. Namun begitu, adakah lelaki perlu dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini?

Adakah wajar jika kita mengatakan bahawa lelaki tidak pandai untuk mengawal nafsu?

Jika kita melihat dari segenap sudut, ramai yang bertanggungjawab dalam isu keruntuhan moral lelaki ini. Hal ini semakin sukar untuk dibendung dan dikawal kerana adanya akses mudah secara online kepada laman-laman pornografi di internet.

Seharusnya laman-laman ini disekat oleh kerajaan ataupun pembekal perkhidmatan internet bagi mengelakkan penularan fantasi seks dalam masyarakat.

Lambakan laman-laman lucah di internet hanya menjadikan fantasi lelaki lebih liar dan semakin sukar untuk dikawal. Oleh hal demikian, lelaki mengambil langkah untuk memuaskan nafsunya dengan cara beronani.

Namun, bagi lelaki yang sukar untuk mengawal nafsunya, perkara-perkara seperti berzina dengan pasangannya ataupun merogol wanita merupakan cara untuk mereka memuaskan nafsu yang sedang bergelora.

ketagih seks


Seterusnya, wanita juga memainkan peranan penting buat lelaki untuk mengawal nafsu mereka. Jika wanita mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, pastinya lelaki akan kurang membayangkan perkara-perkara buruk terhadap wanita.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa pada masa kini, wanita seolah-olah menganggap menutup aurat itu hanyalah dengan menampakkan muka dan tangan sahaja.

Ramai yang mengabaikan penutupan aurat secara menyeluruh seperti melabuhkan tudung hingga ke dada, memakai pakaian yang longgar serta tidak menampakkan bentuk badan dan tidak bersuara lembut serta beraksi manja dihadapan lelaki ajnabi.

Wanita tidak sedar bahawa hal-hal seperti itu sekalipun berpakaian dihadapan lelaki mampu merangsang nafsu syahwat lelaki.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.                                            (An-Nur : 31)

Buat para wanita, ayat diatas merupakan panduan pemakaian yang mematuhi syariat yang telah diberitahu oleh Allah S.W.T. Lihatlah betapa Tuhan menyayangi kaum Hawa dan ingin menjaga maruah mereka. Hanya hati yang buta sahaja tidak dapat memahami mesej cinta ini.


Penulis ingin mengakhiri coretan ini dengan sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Seseorang telah bertemu Nabi Muhammad SAW dan meminta izin untuk berzina, sahabat lain ingin membunuhnya dek lantaran permintaannya yang kurang ajar kepada Baginda SAW.

Lalu dengan penuh hikmah Baginda memberikan nasihat yang diringkaskan seperti ini:

  • Sukakah kamu jika orang berzina dengan ibumu?
  • Sukakah kamu jika orang berzina dengan adikmu?
  • Sukakah kamu jika orang berzina dengan isterimu?
  • Sukakah kamu jika orang berzina dengan anakmu?


Sahabat itu menyatakan bahawa beliau tidak suka sama sekali. Lalu Baginda SAW bersabda (lebih kurang maksudnya seperti ini):

Begitu jugalah orang yang kamu ingin berzina dengannya itu, dia adalah seorang anak, seorang ibu, seorang adik, seorang isteri (lebih kurang maksud-tidak sama macam Nabi sabdakan, tetapi sama maksudnya)

Lelaki Ketagih Seks

Lalu Baginda SAW  meletakkan tangannya yang mulia di dada lalu berdoa untuk hamba Allah tersebut.

Sahabat ini berasa sangat terharu. Tatkala hatinya meruntun untuk berzina lalu dengan keimanan dalam diri telah bertemu dengan Rasulullah SAW dan meminta izin untuk berzina, membuatkan sahabat-sahabat yang lain ingin membunuhnya, namun betapa berhikmahnya Baginda SAW menasihati dan berdoa untuknya sehingga berkata sahabat tersebut :

“Sejak hari itu, tiada yang lebih aku benci daripada zina”

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply