2
30

Kesuburan Lelaki: Tips Penjagaan & Kaedah Meningkatkan Produksi

Kesuburan lelaki sering dikaitkan dengan kejantan dan kemandulan, adakah kita cuma memahami kesuburan lelaki dari sudut kemegahan dan kelemahan?

Topik ini mungkin agak sensitif bagi sesetengah lelaki namun perkara ini juga menjadi sangat penting dalam keteguhan rumahtangga pasangan berkahwin.

lelaki store

Untuk kali ini kita akan bincang isu ini pada sudut yang menyeluruh dan positif bagi kepentingan pasangan berkahwin.


Tips Penting Kesuburan Lelaki

Tips-tips yang akan diketengahkan ini amat sesuai untuk menjadi senarai semak bagi suami isteri yang telah lama menanti kehadiran cahaya mata, atau suami isteri yang baru berkahwin dan tidak sabar menimang cahaya mata, atau juga yang agresif iaitu pasangan kahwin yang inginkan segera bunting pelamin atau pun juga yang ingin menambah cahaya mata kedua dan seterusnya.

Elakan Terdedah Pada Radiasi Dan Kesan Kimia Terhadap Kesuburan

1. Elakan Terdedah Pada Radiasi & Kesan Kimia

Radiasi adalah perkara yang berlaku tanpa pengetahuan visual atau juga tanpa kita sedari. Radiasi boleh berlaku secara besar-besaran seperti radiasi nuklear atau kesan peperangan.

Namun radiasi kecil-kecilan adalah kesan yang selalu berlaku di persekitaran kita seperti radiasi sinaran X, radiasi bateri telefon, radiasi alat elektronik yang secara perlahan-lahan yang memberi kesan negatif berpanjangan kepada kesihatan kesuburan lelaki.

Selain itu juga, punca terjejasnya kesuburan lelaki turut dikaitkan dengan pencemaran kimia seperti racun perosak, bahan bakar monoxide dan pelbagai lagi yang biasanya terkesan ketika berada di tempat kerja.

Fahami dan pelajari tanda arahan amaran bahaya pada radiasi dan pengendalian bahan kimia kerana jika dikaji memang ramai lelaki di seluruh dunia menghadapi masalah kesuburan disebabkan dua faktor besar ini.


2. Suhu Terlalu Tinggi

Suhu panas yang melampu juga sangat memberi kesan yang besar. Tahukah anda kenapa buah zakar (testis) berada diluar badan iaitu pada kantung zakar? Hal ini kerana suhu di dalam badan adalah terlalu tinggi untuk reproduksi sperma.

Oleh itu elakan menggunakan mandian seperti sauna yang terlalu panas atau berada di dalam suhu panas terlalu lama ketika aktiviti luar bagi mengelakkan gangguan kesuburan anda.

Keadaan ini juga cenderung kepada lelaki zaman moden yang sentiasa menggunakan komputer riba untuk bekerja. Elakan meletakkan komputer pada pangkuan riba kerana suhu panas yang terhasil sangat menganggu kesuburan lelaki.

Lelaki Store

Bahaya Merokok keatas Kesuburan Lelaki

3. Merokok Dan Kesihatan

Boleh dikatakan kesuburan lelaki yang terjejas amat dipengaruhi oleh ketagihan merokok. Menghisap rokok sangat memberi kesan besar kerana terdapat beribu bahan kimia berbahaya termasuk tar yang menyebabkan ketagihan yang memberi kesan negatif kepada kesuburan.

Merokok juga memberi kesan kepada orang lain apabila asap rokok berbahaya tersedut tanpa disedari. Rata-rata kes masalah kesuburan dan kesihatan bayi adalah disebabkan kesan kimia daripada menghisap rokok.

Tiada cara lain selain menjalankan hidup yang sihat dan berhentilah merokok sekarang!


4. Stress dan Tekanan

Kesuburan juga sangat dikaitkan dengan kesihatan jiwa seorang lelaki. Apabila kita berada dalam keadaan stress dan tertekan, tubuh badan juga akan dipengaruhi dengan daya negatif dan hal ini secara tidak langsung melemahkan sistem imun dan kesuburan.

Amalkan cara hidup yang harmoni dan tangani stress dengan berhemah dan sabar dalam apa juga keadaan.

Kekalkan Berat Badan Yang Ideal

5. Kekalkan Berat Badan Yang Ideal

Kesihatan lelaki amat berkait rapat dengan berat badan yang ideal. Untuk mendapatkan kesuburan yang positif juga perlu bermula dari kesihatan luaran, yakini mengurangkan kegemukan dan bina otot yang sihat.


Artikel Bekait : Tips Lelaki Mengurangkan Berat Badan


Kesuburan sangat dipengaruhi dengan sistem organ dalam badan terutamanya darah dan juga kolestrol dalam badan. Cuba amalkan gaya hidup dengan mengamalkan rekreasi dan bersukan 3 kali seminggu.

Pergilah ke gym, padang, gelanggang dan apa juga kaedah yang membolehkan anda bersukan dan bersenam walaupun hanya 10 minit sehari.


6. Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Apa yang kita makan itu yang kita terima dalam badan. Makanlah makanan yang penuh dengan khasiat. Elakkan makan makanan yang mengandungi bahan pengawet dan hindari memakan makanan segera.

Elakan juga makan makanan yang kurang segar iaitu memakan makanan sejuk beku proses seperti sosej, daging kisar dan yang telah dijeruk terlalu lama. Ikan segar adalah pilihan terbaik kerana mengandungi protein dan vitamin yang tinggi untuk produksi kesuburan.

Untuk pengamalan kesihatan yang optimum dapatkan makanan tambahan yang tinggi khasiat seperti buah-buahan, sayur sayuran serta herba terpilih yang berkualiti.

Selain itu anda juga boleh mendapatkan khasiat suplemen antioksidan iaitu Vitamin C, Vitamin E dan Coenzyme Q10 yang terbukti mampu meningkatkan kesuburan serta menghasilkan kandungan sperma yang tinggi dan berkualiti.

Mendapatkan Khidmat Pakar Sakit Tuan tentang Masalah Kesuburan Lelaki

7. Mendapatkan Khidmat Pakar Sakit Tuan

Bagi lelaki yang menghadapi masalah kesuburan yang serius, segeralah berjumpa dengan orang yang arif lagi bijaksana dalam masalah ini. Berjumpalah pakar yang diiktiraf supaya dapat memberi pandangan dan bantuan yang jelas tentang kesihatan anda.

Usah berasa malu kerana hal ini dibiarkan akan mengundang kesulitan yang besar dalam hidup anda berumahtangga. Bagi lelaki meletakkan ego ditepi buat sementara adalah lebih baik dan menerima kekurangan seadanya.

Menyelesaikan masalah adalah lebih penting ketika ini.

Apabila berjumpa doktor atau pakar sakit tuan, berikan informasi secukupnya tentang sejarah kesihatan kedua-dua pasangan. Suami isteri perlu saling mengetahui masalah kesihatan bersama dan tidak perlu menyalahkan salah satu pihak jika menghadapi masalah ini.

Doktor biasanya akan memberikan saranan bernas berhubung kesuburan anda supaya perlbagai usaha yang jelas dapatkan dilakukan dengan baik dan menghindarkan anda dari berputus asa.

Usaha, kemudian berdoalah dan tawakalah, mudah-mudahan anda dan pasangan beroleh rezeki dari berkat kesabaran bersama.

lelaki store

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply