3
1887

Kesihatan Batin Lelaki: Petua Penjagaan Kesihatan Batin

Apakah yang perlu anda tahu mengenai kesihatan batin anda?


Secara umumnya, setiap apa yang dilakukan dalam kehidupan seharian akan memberi kesan terhadap kesihatan kita. Baik dari segi penjagaan dan kebersihan diri serta makan dan minum memberi kesan terhadap kesihatan kita.

Hal ini bermaksud kesihatan batin kita juga akan turut terkesan. Baik atau buruk kesannya terpulang pada cara dan tabiat kita.

Secara jujurnya, penjagaan tenaga batin ini tidaklah seharusnya dipandang remeh terutamanya oleh kaum Adam. Hal ini kerana, dengan penjagaan yang baik, mampu memberikan kekuatan kepada kita.

Ia juga sedikit sebanyak berkaitan dengan keharmonian alam rumah tangga. Kebanyakan daripada lelaki di rantau ini, mempunyai saiz zakar yang kecil.

Lebih menyedihkan, mereka juga agak lemah di ranjang. Hal ini disebabkan oleh ketidakpekaan mereka dalam menjaga kesihatan batin.

Ia juga turut menghadirkan rasa dingin terhadap pasangan kerana tidak mendapat kepuasan yang sepatutnya. Hal ini sekaligus boleh medatangkan badai di dalam rumah tangga.

Seorang lelaki yang gentleman dan macho seharusnya menjaga hati dan perasaan pasangan.

Oleh itu, bermula dari sekarang, segala tabiat buruk yang sering kita lakukan tanpa kita sedari yang mampu menjejaskan kesihatan batin kita haruslah dihentikan. Bagaimana untuk berhenti sekiranya tidak tahu apakah tabiat-tabiat tersebut? Sabar.

Disini penulis ingin berkongsi beberapa tabiat buruk yang melemahkan tenaga batin dan petua untuk menguatkan tenaga batin:

kesihatan batin lelaki

  • Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima’. Batang zakar harus sentiasa panas.

 

  • Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

 

  • Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

 

  • Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

 

  • Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima’.

 

  • Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

 

  • Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

 

  • Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

 

  • Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

 

  • Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.

 

  • Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

 

  • Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

 

  • Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

 

  • Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

 

  • Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

 

  • Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

 

  • Jangan jima’ di dalam air.

 

  • Jangan terus minum air selepas jima’, rehat dahulu 15 minit.

 

  • Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

 

  • Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply