iklan-lelaki
3
233

Kerjaya Idaman Lelaki Masa Kini: 5 Pilihan Popular

Apakah kerjaya idaman lelaki diukur dari pencapaian akademik semata-mata?

Minda kita telah didoktrin dengan fahaman ‘belajar elok- elok, nanti kerja boleh dapat gaji bagus- bagus’ sejak dari kecil lagi.

Ibu bapa dan guru telah menanamkan matlamat tersebut di minda anak- anak untuk menggalakan mereka belajar bersungguh- sungguh.

Apabila kian membesar, kita dapat memilih kerjaya yang kita idamkan mengikut kelayakan dan kriteria yang diperlukan oleh pekerjaan tersebut.

Kebanyakan orang stereotaip dalam menentukan pekerjaan yang lebih kelakian dan kewanitaan.

Namun begitu, isu yang ingin dibincangkan di sini ialah kerjaya yang lelaki idam- idamkan.

Kerjaya idaman adalah berlainan mengikut individu, namun mari kita lihat kerjaya yang majoritinya dijawat oleh lelaki.

Lelaki Store

 

1. Bekerja Di Syarikat Korporat

Kerjaya Idaman Lelaki

Lelaki memang dilahirkan sebagai pemimpin dan lebih suka mendominasi daripada bekerja sebagai pekerja bawahan.

Menjadi idaman kebanyakan lelaki untuk memiliki syarikat sendiri dan menerajui syarikat sebagai bos besar.

Mereka gemar akan kerjaya ini antaranya kerana segala keputusan berada di tangan mereka.

Selain itu juga menjadi bos di syarikat-syarikat besar merupakan cabaran bagi mereka.

Pun begitu ramai juga berasa tertekan dengan situasi kerjaya di syarikat korporat kerana cabaran yang sangat tinggi selain bersaingan untuk mendapatkan kedudukan di dalam organisasi ini.

 

2. Kerjaya Idaman Lelaki Sebagai Juruterbang

kerjaya

Lelaki Store

Kaum lelaki dikatakan lebih mahir dalam perkara yang melibatkan nombor dan fakta.

Maka, tidak hairan lah juruterbang menjadi pilihan ramai lelaki.

Selain kerjaya ini menjanjikan imbuhan yang lumayan, kerjaya ini juga tampak bergaya dan hebat.

Menguasai subjek matematik dan fizik menjadi kewajipan untuk kelayakan menjadi juruterbang.

Di sekolah dan institut pendidikan tinggi, lelaki kebanyakan menguasai subjek tersebut berbanding wanita.

Hal ini kerana kebanyakan lelaki menggunakan otak kiri yang melibatkan menerima fakta.

 

3. Artis

kerjaya seorang artis

Lelaki yang meminati bidang seni dan bidang glamor lebih cenderung untuk memilih artis, penyanyi dan pelakon sebagai kerjaya mereka.

Lebih- lebih lagi jika lelaki itu mempunyai rupa paras yang kacak dan bersahaja.

Itu bonus bagi mereka. Melibatkan diri dalam dunia glamor menuntut mereka menyerlahkan bakat mereka dan itu sedikit sebanyak menepati sifat kebanyakan lelaki yang ingin dikenali dan disanjung oleh orang ramai.

 

4. Ahli Perniagaan

kerjaya idaman lelaki seorang ahli perniagaan

Rasulullah pernah bersabda bahawa 9/10 rezeki itu datangnya melalui perniagaan.

Tambahan pula, kebanyakan premis-premis terkenal di dunia ini diterajui oleh kaum lelaki.

Perniagaan masa kini tidak lagi memerlukan para lelaki ini menyewa rumah kedai atau mendirikan warung, tetapi dengan hanya berniaga ‘online’ sahaja dapat memberi keuntungan jika tahu caranya.

Untungnya, dengan berniaga secara ‘online’ anda dapat melakukannya sebagai kerja sampingan tanpa menjejaskan pekerjaan tetap anda.

 

5. Tukang masak / Chef

kerjaya

Kedengaran pelik namun itulah hakikatnya. Walaupun memasak dikatakan tugas mutlak wanita, namun pada hari ini ramai para lelaki sudah mula menceburi bidang masakan ini.

Sebagai bukti, lihatlah chef terkenal tanah air kita, Chef Wan.

Dr Fazley juga sudah mula menceburi dalam bidang pastri di samping bekerja sebagai pakar motivasi.


Oleh itu, tidak perlu masyarakat di luar sana stereotaip akan pekerjaan yang diceburi oleh wanita dan lelaki kerana pada masa kini, lelaki sudah mampu melakukan pekerjaan wanita dan sebaliknya.

Dalam kebanyakan pekerjaan, lelaki memang menjadi peneraju utama. Oleh itu, sebagai ketua, lelaki harus menunaikan tanggungjawab anda sebagai majikan di tempat kerja dan tidak lupa juga di rumah.

Tidak guna jika anda berjaya di bidang pekerjaan anda namun anak isteri di rumah terabai tidak diberi nafkah.

Oleh itu, memegang jawatan dan mendapat pangkat tidak lah sesuatu yang harus dibangga-banggakan kerana itu bermakna tanggungjawab anda lebih berat.

kerjaya idaman

Apabila kita berbincang mengenai kerjaya idaman lelaki-lelaki di luar sana, adakah pekerjaan yang anda idamkan itu ditawarkan di Malaysia?

Negara Malaysia merupakan negara yang maju dan makmur. Teknologi juga kian berkembang pesat jika dibandingkan dahulu.

Maka, tenaga-tenaga kerja yang diperlukan memang banyak dan peluang pekerjaan dibuka dengan sangat luas.

Terpulanglah kepada anda untuk memilih yang mana satu layak dengan kriteria dan pencapaian yang anda peroleh.

Demi mendapat pekerjaan yang diidamkan, perlukah kita bersikap memilih ketika mencari kerja?

Jika seseorang itu cemerlang dalam akademik dan ditambah lagi dengan pengalaman yang meluas, syarikat-syarikat tertentu yang akan berebutkan anda untuk berkhidmat untuk mereka.

Oleh itu, anda dapat membuat pilihan pekerjaan yang terbaik untuk anda.

kerjaya idaman atau buruh

Namun begitu, jika pencapaian kita berada hanya di tahap memuaskan sahaja, kita perlu berusaha dengan lebih gigih dan menyambar apa saja peluang yang kita dapat tanpa perlu mengira ianya kerjaya yang kita idamkan atau tidak.

Ini kerana, kos sara hidup yang kian tinggi memerlukan seseorang itu sekurang- kurangnya memiliki satu pekerjaan yang dapat menampung sara hidup mereka disamping cuba berusaha untuk mendapatkan kerjaya idaman lelaki idamkan.

Jika anda diberi pilihan untuk memilih pekerjaan yang anda minati, pilihlah pekerjaan yang betul- betul sesuai dengan jiwa anda.

Jika kita menyukai apa yang kita lakukan, kita akan lebih ikhlas melakukan pekerjaan tersebut dan melakukannya dengan sepenuh hati.

Kerjaya idaman atau tidak, laksanakan tanggungjawab yang diberi sebaiknya supaya hidup lebih diberkati.

Lelaki Store

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply