iklan-lelaki
6
11535

Kelemahan Lelaki: Sifat & Sikap Mencairkan Ego

Apakah kelemahan lelaki? Bagi seorang wanita, anda sudah tentu ingin memiliki sorang lelaki yang kacak dan perangai yang sesuai dan diidamkan.

Bagi wanita dan gadis comel diluar sana, disini ada beberapa tips untuk menjatuhkan dan mencairkan hati lelaki kacak dan ego.

Bagi lelaki pun, cuba-cubalah semak sifat ada pada diri anda, nilai potensi diri anda dan bina diri secara positif.


1. Sifat Kelembutan

Melembutkan Hati Lelaki

Sifat ini sangat mudah untuk melemahkan hati lelaki yang keras walaupun mereka seorang ahli gangster.

Lelaki biasanya dikaitkan dengan sifat macho, agak keras di dalam menghadapi situasi kehidupan.

Sifat yang ada pada wanita iaitu kelembutan dapat melengkapkan kekurangan yang ada pada lelaki. Lelaki sangat suka akan kasih sayang yang diberikan kepadanya oleh seorang wanita.

Lelaki Store

Mengambil berat serta kelembutan merupakan sifat semula jadi yang ada pada wanita.

Lelaki yang berfikiran matang mempunyai visi dalam hidup mereka untuk memilih wanita yang penuh dengan sifat kelembutan dan ini juga menjadi antara tunggak utama untuk membina keluarga yang bahagia.


2. Sifat Manja

Sifat Manja Lelaki

Lelaki jika dilihat dari luar sangat garang dan mudah marah jika egonya cepat tercabar.

Sifat manja yang dimiliki oleh seorang wanita dan menghiburkan serta memukau lelaki. Lelaki sangat suka jika seorang wanita mula bermanja dengan mereka.

Jika anda merupakan seorang yang suka bermanja dengan suami, seorang suami yang angina dan marah akan cepat reda dengan kelembutan dalam percakapan, pertanyaan dan belaian.


3. Menerima seadanya

Mencairkan hati lelaki

Lelaki lebih suka mencari calon isteri yang menerima mereka dengan seadanya keadaan dirinya dan pekerjaannya.

Hati lelaki akan mula menjadi lembut apabila wanita dapat menerima keadaan dirinya seadanya. Sebab itulah wanita menjadi tulang belakan bagi seorang lelaki kerana mereka dan memberi sokongan yang kuat kepada lelaki terutama sewaktu dalam kesusahan.

Lelaki Store

Jika lelaki diberi sokongan oleh wanita, mereka akan dapat sesuatu tenaga yang baharu seperti sorakan untuk atlet sukan di atas padang.


4. Menjaga penampilan dan imej

Menjaga penampilan dan imej

Setiap manusia yang ada dimuka bumi ini sangat sukakan kecantikan. Lelaki sangat suka kepada wanita yang kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik.

Mereka akan merasa bangga apabila memilik wanita yang cantik. Tetapi sebenarnya kecantikan merupakan perkara yang subjektif.

Ia bergantung kepada keadaan kerana melalui pandangan manusia, setiap kecantikan sangat berbeza.

Mungkin lelaki itu kacak dari pandangan wanita lain, tetapi bagi anda, biasa sahaja.

Begitu juga dengan lelaki apabila mereka memandang wanita.

Mereka akan melihat wanita itu cantik tetapi bagi rakan-rakan mereka nampak biasa sahaja. Jadi bagi wanita, jagalah penampilan diri anda untuk memikat hati lelaki.


5. Memiliki dan menjaga kehormatan diri

Mencairkan ego lelaki

Lelaki sebenarnya menyukai wanita yang dapat menjaga kehormatan diri mereka kerana mereka suka gadis yang menghormati diri sendiri, bersikap sopan dan mempunyai etika seperti tahu batas untuk berjumpa dengan rakan, bersembang atau berbincang.

Sebagai analogi, jika anda terlihat  dua jenis gula-gula yang berada diatas jalan, yang terdedah kepada habuk, debu dan panas dengan gula-gula yang masih lagi di dalam sampul dan tidak terusik, sudah tentu anda ingin pilih yang masih lagi tidak terusik.

Wanita yang dapat mengelak daripada lelaki lain memperlakukan mereka dengan sesuka hati menjadi pilihan lelaki kerana mereka lebih suka kepada yang berilmu, intelek dan berani mempertahankan hak mereka.

6. Kecantikan dalaman

Kecantikan dalaman

Kecantikan seorang wanita bukan sahaja terletak dari segi luaran sahaja. Lelaki menyukai wanita yang mempunyai hati yang ikhlas.

Walaupun berwajah comel serta cantik, ianya tidak melambangkan wanita itu mempunyai kecantikan dalaman yang tersendiri.

Akhlak dan peribadi seorang wanita sangat penting dan tidak boleh dibuat atau secara sengaja.

Lelaki akan melihat ini sebagai lambang kecantikan sebenar seorang wanita.

Lelaki Store

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply