3
96

Kelebihan Lelaki: Antara Tanggungjawab & Autoriti

Kelebihan Lelaki: Melalui Qur’an dan Hadith, Islam adalah agama yang adil tidak pernah membezakan jantina.

Walaupun begitu, memang ada sesetengah isu seolah-olah lelaki dilebihkan tetapi kelebihan yang diberikan kepada lelaki diiringi dengan tanggung jawab yang harus dilakukan.

lelaki store

Lelaki diberikan kelebihan berbanding perempuan contohnya dalam hubungan suami isteri, suami diberi tanggung jawab untuk menyara isteri dan memberikan perlindungan kepada mereka.

Kaum lelaki juga perlu memimpin kaum perempuan. Perkara ini bukanlah bermakna lelaki boleh mendominasi, memaksa atau memeras ugut kaum perempuan.

kelebihan lelaki

Di dalam sebuah keluarga perlu mempunyai seorang pemimpin yang dapat menjaga keluarga mereka.

Lelaki mempunyai kekuatan rasional yang tinggi dan lebih dominan daripada perasaan dan kasih sayangnya. Lelaki juga memiliki stamina dan kekuatan fizik yang lebih besar untuk membela kehormatan keluarga.

Lelaki memiliki komitmen kewangan ke atas kaum perempuan serta ahli keluarga yang lain dalam memenuhi keperluan dan pembiayaan kehidupan dalam sebuah keluarga.

Oleh sebab itu tanggungjawab kepimpinan terletak di atas bahu seorang lelaki. Ini adalah kelebihan lelaki yang kita harus sedari.

“Qawwama” yang bermaksud suka berdiri lama ke atas perempuan, yang bermaksud orang lelaki yang bertanggungjawab melindungi dengan sempurna kepada perempuan dari segi nafkah, pendidikan dan keselamatan.

Allah tidak menyebut suami sahaja, tapi disebut lelaki supaya termasuk ayah, abang dan sebagainya.

Suami bertanggung jawab kepada perempuan, abang atau adik lelaki bertanggung jawab pada adik-beradik perempuan dan ayah bertanggung jawab kepada anak perempuannya.

Lelaki Store

Ini boleh disimpulkan bahawa lelaki bertanggungjawab kepada nafkah, pendidikan dan keselamatan perempuan dan bukan suami sahaja.

Lelaki mempunyai kelebihan dari segi kekuatan dan tanggung jawab yang tidak dimiliki oleh perempuan.

Oleh itu, lelaki perlu menjaga perempuan kerana mereka merupakan makhluk yang lemah dan perlukan bantuan dan sokongan daripada lelaki.

kelebihan lelaki kepada keluarga

Lelaki akan menjadi lebih baik daripada perempuan jika tugasnya dilakukan dengan baik, perempuan juga begitu.

Kelebihan lelaki dalam tanggungjawab adalah untuk memberi nafkah kepada perempuan.

Puncanya lelaki itu perlu bertanggungjawab, dan perlu diterima, diyakini, diamalkan.

Lelaki tugasnya bertanggung jawab ke atas perempuan tetapi tidak bermakna lelaki termulia di sisi Allah SWT.

Dalam Al-Quran, ketika Allah SWT berfirman kepada Nabi Adam dan Hawa supaya tidak terpedaya kepada helah yang dilakukan oleh iblis, dan hanya disebut nama Nabi Adam sahaja dihujung firman itu.

Hal ini kerana lelaki bertanggung jwab kepada isterinya.

Bukankan dalam Al-Quran Allah SWT menyuruh untuk menjaga isteri, anak-anak dan keluarga dari api neraka.

Di akhirat diselesaikan dulu ialah isteri dan anak-anak, kemudian baru lelaki itu.

Perkahwinan ialah amanah yang telah diberikan oleh Allah kepada lelaki dan mereka bertanggung jawab supaya keluarga tidak melakukan perkara yang salah kerana dosa yang dilakukan akan ditanggung oleh lelaki.

Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Tanggunjawab dalam kelebihan lelaki

Atas kelebihan lelaki, akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita.

Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.

Lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara.

Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini.

Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi. Bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula.

Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

lelaki store

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply