Lelaki Membaca Al Quran

Kelebihan Lelaki Membaca Al Quran Setiap Hari

By

Apakah kelebihan bagi lelaki yang rajin membaca Al Quran? Al-Quran merupakan mukjizat teragung daripada Allah S.W.T kepada umatnya. Ia diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s.

 

Membacanya merupakan satu ibadah. Tidak dapat dinafikan bahawa Al Quran merangkumi segenap aspek kehidupan. Bahasanya indah dan tidak mampu ditandingi oleh sebarang makhluk.

 

Pembaca yang dirahmati Allah S.W.T sekalian,

Al-Quran yang diturunkan oleh Allah S.W.T itu adalah sebagai panduan buat kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga menjadi panduan buat kita untuk meraih cinta-Nya sekaligus menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

 

Segala isi yang terdapat di dalamnya sesuai untuk digunapakai oleh setiap bangsa dan sentiasa sesuai dengan arus peredaran masa.

Di dalam al-Quran sendiri telah dinyatakan keistimewaanya ;

“Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah (al-Quran), mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang telah kami berikan kepadanya secara sembunyi dan terang-terangan, adalah mereka mengharapkan suatu perniagaan yang tiada rugi”         

(Al-Fatir : 29)

“Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat” 

( Al-A’raf : 204)

Di dalam dua ayat ini, telah dijelaskan sendiri akan keistimewaan buat mereka yang membaca al-Quran. Bahkan sekiranya kita hanya mendengar al-Quran dibacakan sekalipun sudah mampu mendapat rahmat daripada Allah S.W.T.

 

Selain itu, dengan membaca Al Quran, ia mampu memberikan syafaat kepada kita di akhirat kelak. Ia dinyatakan dalam hadis Rasulullah S.A.W;

“Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan memberikan syafaat kepada orang yang membacanya kelak di hari kiamat”        

( Hadis riwayat at-Tirmidzi)

 

Secara umumnya, apabila kita membaca al-Quran dan maknanya, sedikit sebanyak Allah S.W.T akan serapkan kenikmatannya ke dalam jiwa dan ia akan diterjemahkan oleh diri kita dalam perilaku harian kita.

Lelaki Membaca Al Quran

Ini sekaligus akan menjadi hujah buat diri kita kerana cuba untuk mencontohi akhlak yang disebutkan di dalam al-Quran.

 

Pembaca yang dirahmati Allah S.W.T sekalian,

Mereka yang membaca al Quran diumpamakan seperti buah yang harum dan sedap rasanya. Hal ini ada disebut dalam hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ;

“Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah utrujjah (seperti limau besar) baunya wangi dan rasanya sedap.

Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada baud an rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al-Quran seperti Raihanah baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”

 

Sebagai umat Islam, umat yang mendapat banyak kelebihan dan rahmat daripada Allah S.W.T, kita seharusnya menjadikan membaca al-Quran sebagai bacaan utama kita pada setiap masa.

 

Setiap apa yang kita lakukan dengan al-Quran samada membaca, mendengar dan melihatnya akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah S.W.T.

“Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka baginya diberi sepuluh pahala dan ditambah lagi sepuluh kebajikan seumpamanya, tidak aku katakana alif,lam,mim itu satu huruf, akan tetapi ali satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”

(Riwayat at-Tirmidzi)

 

Oleh itu, para pembaca yang dirahmati Allah S.W.T sekalian, marilah kita bersama-sama memanfaatkan segala kurniaan Allah S.W.T kepada kita menerusi al-Quran dengan membaca dan mengamalkannya setiap masa.

 

Berdoalah semoga amalan yang dilakukan ini dapat kita lakukan dengan penuh keikhlasan dan rasa kehambaan kepada-Nya akan kita sama-sama dapat bertemu di jannah kelak.

 

Leave a Reply

avatar

You may also like

Terkini

Tips Hubungan Suami Isteri