2
7211

Hati Lelaki: Kenapa Wanita Sukar Memahaminya

Hati lelaki siapakan tahu.. Ramai wanita yang beranggapan bahawa lelaki sukar untuk difahami, dan begitu jugalah pendapat lelaki.

Hidup lelaki lebih mudah berbanding wanita.

Kerana itulah lelaki sangat sukar untuk memahami sesuatu yang disampaikan oleh wanita dalam bentuk kiasan.

Lelaki lebih suka jika wanita tersebut menjelaskan dengan bahasa yang mudah dan ringkas serta berterus terang.

Bahasa lelaki yang digunakan adalah berlainan.

Hal ini yang menyebabkan apa yang ingin disampaikan oleh lelaki kepada wanita sukar untuk difahami sehingga kadang-kadang menyebabkan hati wanita terluka kerana mereka tidak faham.

Sebenarnya apa yang ingin disampaikan berbeza daripada apa yang dimaksudkan.

Ini bukanlah bererti lelaki suka berbohong.

Apa yang wanita perlu lakukan adalah fahami lelaki dengan apa yang dilakukan berbanding apa yang diperkatakan.

Lelaki lebih mudah meluahkan apa yang ingin disampaikan melalui perbuatan daripada percakapan.

Hati lelaki lebih suka membisu.

Wanita lebih suka untuk menyatakan sesuatu perkara yang sensitif  dan menyedihkan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti.

Tidak bagi lelaki kerana mereka lebih suka menyembunyikan dan membisu.

Ada Apa Dengan Hati Lelaki?

hati lelaki siapa yang tahu

Lelaki tidak kompleks.

Jika terdapat tanda yang menunjukkan bahawa lelaki hanya mahukan wanita menjaganya, mengemas rumah, dan memasak, wanita perlu percaya bahawa itula apa yang diinginkan oleh lelaki.

Tiada maksud tersirat daripada apa yang hati lelaki itu mahukan.

Sudah menjadi perkara yang biasa bagi lelaki yang akan memberitahu sesuatu tanpa maksud tersirat.

Kebanyakan wanita beranggapan bahawa lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki sangat mudah.

Lelaki pentingkan kejujuran. Seperti wanita juga, lelaki pentingkan kejujuran.

Jika pasangan lelaki itu suka menceritakan hal tentang dirinya kepada wanita lain, sangat mudah untuk hati lelaki itu mula untuk tidak meluahkan perasaan dan menceritakan hal-hal rahsia kepada pasangannya.

hati lelaki yang indah

Kejujuran sangat penting untuk membentuk keluarga yang bahagia. Seorang suami sangat inginkan isteri yang boleh menyimpan rahsia rumahtangga mereka.

Lelaki tidak suka dikritik. Seorang wanita tidak boleh mengkritik lelaki kecuali mereka telah bersedia untuk bertikam lidah dengannya.

Mengkritik di belakangnya mungkin dapat mengelakkan pergaduhan atau pertelingkahan serta merta tetapi jika kritikan tersebut telah sampai ke telinga lelaki itu, dia akan mula berasa marah.

Cara yang boleh mengkritik lelaki adalah dengan diselangi ketawa seperti cara berjenaka dan lembut.

Cara lelaki mengkritik sangat berlainan dan jarang dilakukan oleh wanita. Apabila lelaki ingin mengkritik, masa dan keadaan akan dipilih dengan lebih teliti.

Lelaki mahukan sokongan. Apabila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan.

Wanita perlu mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh lelaki kerana mereka lebih suka meluahkan apa yang ingin disampaikan kepada pasangan berbanding rakan-rakan.

menilai hati lelaki

Wanita tidak perlu memberikan pendapat atau nasihat atau apa sahaja. Lelaki tidak perlukan semua itu tetapi mereka inginkan wanita yang mahu mendengar masalah mereka.

Lelaki dan ego.

Sebenarnya ego adalah sifat semula jadi yang ada pada lelaki.

Cuma ego yang ada pada setiap lelaki berbeza. Sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego pasangannya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki inginkan wanita yang suka memberitahu bahawa apa yang lelaki itu telah buat diiktiraf dan dinilai sumbangannya.

Jika wanita mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki mula merasa senang hati dan orang disekelilingnya akan  mudah mendapat faedah terutaman wanita yang dicintainya.

Shopback

Leave a Reply

avatar