Apakah Had Umur Berkahwin Dalam Islam?

  • 2 min read
  • Jul 07, 2019
had umur berkahwin dalam islam 1 Small

Soalan:

Saya ingin tahu samada terdapat had umur untuk berkahwin dalam Islam bagi lelaki dan perempuan? Saya berharap anda dapat menjelaskannya dengan merujuk kepada Al-Quran dan hadis sahih.


Jawapan:

Segala puji bagi Allah.

Pertama:

Islam tidak menetapkan umur tertentu untuk berkahwin, samada untuk pihak suami atau isteri. Allah SWT berfirman (yang bermaksud):

“Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid.”

[al-Talaaq 65: 4]

Al-Sa’di berkata:

“dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid.” merujuk kepada anak di bawah umur dan orang-orang yang belum mulai datangnya haid. Wanita dewasa yang tidak pernah haid pula disamakan seperti orang-orang yang “putus dari haid” (iaitu menopaus); ‘idah mereka adalah tiga bulan.

Tafsir al-Sa’di, ms. 870

Rasulullah SAW mengahwini ‘Aishah (ra) apabila dia berusia enam tahun dan pernikahan itu disempurnakan sewaktu dia berusia sembilan tahun. Diriwayatkan oleh al-Bukhari (4840) dan Muslim (1422).

Ibn Qudaamah berkata dalam al-Syarh al-Kabir, 7/386:

Berkenaan dengan perempuan, bapa boleh menyerahkan anak perempuannya yang belum dewasa, anak dara yang belum lagi mencapai umur sembilan tahun dalam perkahwinan, dan tidak ada perbezaan pendapat berkenaan perkara ini jika dia menyerahkan anak perempuannya untuk berkahwin dengan seseorang yang serasi.

Ibn al-Mundzir berkata: Semua ulama-ulama yang daripada mereka kita memperoleh pengetahuan, sebulat suara bersetuju bahawa adalah dibenarkan untuk bapa menyerahkan anak perempuan yang belum dewasa dalam perkahwinan jika dia mengaturkan perkahwinan anaknya kepada seseorang yang serasi, dan adalah dibenarkan untuk berbuat demikian walaupun dia enggan.

Kedua:

Tiada siapa yang boleh menyerahkan anak perempuan kecil dalam perkahwinan kecuali ayahnya mengikut pandangan ulama-ulama Maliki dan Ahmad. Ini juga pandangan al-Shaaf’i, tetapi beliau menganggap datuk sebagai seperti bapa di dalam hal itu.

Abu Haneefah berkata – dan ia juga diriwayatkan dari Ahmad – bahawa adalah dibenarkan untuk penjaga selain daripada bapa menyerahkan (gadis kecil) dalam perkahwinan, tetapi pandangan yang lebih tepat adalah yang terutama tadi. Lihat: al-Mughni, 7/33

had umur berkahwin dalam islam 2 Small

Ketiga:

Bapa tidak perlu menyerahkan anak perempuan kecilnya dalam perkahwinan kecuali dalam hal jika difikirkannya adalah untuk kepentingan terbaik bagi anak perempuannya.

Sama seperti dia hanya boleh melupuskan harta anak perempuannya untuk kepentingan yang terbaik, ianya sama terpakai berhubung dengan mengatur perkahwinan anak perempuannya itu.

Namun demikian, Islam hanya membenarkan pilihan ini untuk seorang bapa yang beragama Islam yang beramal soleh dan menjaga kepentingan anak-anaknya, serta memahami dengan baik bahawa dia adalah seperti gembala dan dia bertanggungjawab untuk domba-dombanya.

Ibnu Wahb meriwayatkan bahawa Malik berkata, dengan mengambil kira seorang lelaki mengaturkan perkahwinan untuk anak yatim perempuan di bawah jagaannya:

Jika difikirkannya bahawa (si suami) adalah seorang yang menurut perintah Allah, jujur dan bijaksana, adalah dibenarkan untuk berbuat demikian. Ahkaam al-Qur’aan oleh al-Jassaas, 2/342

Keempat:

Seorang lelaki tidak perlu menyempurnakan perkahwinan dengan pengantin perempuan muda sehingga dia secara fizikal mampu menanggung hubungan tersebut.

Ini adalah bergantung, berbeza dari satu masa, tempat dan persekitaran yang berlainan.

Apa yang pihak lelaki dan penjaga kanak-kanak perempuan muda perlu lakukan adalah bersegera untuk mengatur perkahwinannya, untuk memelihara dan melindungi kehormatannya dan sebagainya, untuk mencapai tujuan yang besar yang mana Allah SWT telah tetapkan untuk sesebuah perkahwinan itu.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!