iklan-lelaki
2
224

Gay dan Umat Islam?

Saya ada satu soalan dan saya benar-benar tidak tahu dimana harus saya meminta pertolongan. Ini adalah sesuatau yang saya tidak dapat luahkan kepada ibu bapa atau rakan-rakan saya, jadi saya berharap anda boleh membantu saya.

Saya adalah seorang gadis beragama Islam berusia 19 tahun dan saya secara seksualnya tertarik kepada bangsa sejenis (gadis lain). Mohon jangan menghukum saya terlebih dahulu.

Saya tahu ianya salah untuk saya bertindak mengikut perasaan saya dan setakat ini saya masih berjaya mengawalnya, alhamdulillah. Namun saya berasal dari keluarga Muslim yang baik, dan kini saya tinggal jauh dari rumah untuk kolej dan ianya menjadi semakin sukar dan sukar untuk menjauhkan diri daripada dosa ini.

Saya adalah sebahagian daripada MSA (Muslim Student Association) – Persatuan Pelajar Muslim dan saya pernah cuba mengutarakan topik ini sekali (tanpa memberitahu mereka ianya adalah tentang saya) ; dan yang Muslim mulai merasa kecewa dan sesetengahnya berjenaka tentang “Ianya adam dan hawa, bukan Adam dan Steve.

Panggilan Untuk Meminta Pertolongan


Dan saya sekadar bertanya apakah yang seseorang yang memiliki perasaan sedemikian harus lakukan untuk menjauhkan diri daripada dosa.

Saya tidak mengatakan bahawa perbuatan homoseksual itu okay! Sekarang saya benar-benar tertekan dan merasa keseorangan. Malahan saya mulai mempersoalkan keimanan saya.

Maksud saya, mengapa umat Islam yang memiliki perasaan gay dan lesbian tidak boleh mendapatkan nasihat atau bantuan apabila umat Islam tidak memiliki masalah untuk memberikan nasihat kepada umat Islam yang tidak memakai tudung, yang minum minuman mabuk, yang melakukan zina, dan bahkan kepada orang Islam yang tidak bersolat!

Lelaki Store

Adakah anda tahu mana-mana sumber dalam talian atau kumpulan sokongan untuk orang Islam yang saya boleh sertai secara sennyap-senyam? Saya tidak ingin kehilangan iman saya. Tolonglah saya. – Tidak ingin menjadi Orang Islam Gay.

Ini adalah satu contoh soalan-soalan yang saya selalu terima daripada anak-anak muda Muslim yang inginkan nasihat.


 Bagaimana Kita Boleh Membantu?

Ianya bukan lagi persoalan, mana-mana muslim yang datang mencari bantuan dalam mengekalkan keimanannya bukan sahaja layak untuk dibantu dan dibimbing, malahan mereka layak menerima kesabaran, belas kasihan, dan empati.

Tidak ada seorang pun orang yang percaya dipinggirkan atau dimalukan kerana ingin mendapat nasihat dalam memerangi dosa, tidak kiralah dosa kecil atau besar, normal atau tidak. Tiada seorang pun diantara kita yang tidak berdosa.

Nabi Muhammad saw mengajar kita bahawa semua anak-anak Adam berdosa, dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang sentiasa bertaubat.

Oleh itu, seperti mana kita berusaha untuk mendapatkan syurga, kita perlu membantu antara satu sama lain dalam usaha kita bertaubat, walaupun dosa tersebut mengejutkan atau menjijikkan, seperti mana isu homoseksual kepada semua orang.


Gay dan Umat Islam

Homophobia: Pembentukan Semula Agama dalam Imej Yang Baru

Ironinya, salah satu halangan terbesar untuk membantu umat Islam seperti gadis Islam yang berusia sembilan belas tahun di atas adalah perjuangan yang dikatakannya keatas homophobia. Secara literal, homophobia bermaksud suatu ketakutan tidak rasional atau paranoia mengenai perasaan homoseksual atau homoseksual itu sendiri.

Walau bagaimanapun, dari segi sosial dan politik, homophobia telah datang kepada sesuatu yang menyinggung perasaan golongan gay dan lesbian, khususnya kepada orang-orang gay dan lesbian yang samada menolak Tuhan dan agama sama sekali atau mereka yang ingin membentuk semula Tuhan dan agama dalam imej mereka sendiri.

Lelaki Store

Malangnya, kumpulan yang kedua sekarang termasuklah penganut agama Islam itu sendiri. Sebahagian daripada umat Islam dikenalpasi berorientasikan diri sebagai gay atau lesbian manakala yang lainnya sekadar berdiam (atau bersuara lantang) menjadi penyokong “gejala homoseksual ini” – Yang mana matlamat utama mereka adalah untuk menghapuskan ajaran moral al-Quran di bawah nama “tafsiran baru.”


Perjuangan Gay vs Agenda Gay

Dalam Al-Qur’an, Allah membincangkan peruntukan dalam nikaah (perkahwinan Islam):

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib…” (al-Quran 4:4)

Walau bagaimanapun, seorang blogger lesbian yang mengaku sebagai Muslim mendakwa bahawa arahan Allah sudah lapuk. “Saya fikir konsep nikah adalah sebahagian besarnya ketinggalan zaman,” penulis blog lesbian itu memberitahu saya di dalam e-mel.

Dia seterusnya berkata bahawa perkahwinan Islam adalah, untuk tujuan dan maksud, transaksi kewangan yang tercela yang melibatkan penjualan dan pembelian organ seks wanita, satu konsep yang rendah nilainya dibandingkan dengan “perkahwinan” homoseksual miliknya.

Dalam perbincangan fiqhi, kontrak nikkah yang paling asas adalah salah satunya di mana pembelian suami dengan akses mahar untuk organ seks si isteri biasanya daripada salah seorang saudara lelaki si isteri tersebut.

Inilah sebabnya mengapa wujudnya perbincangan atau salah faham akan rogol dalam perkahwinan atau hak isteri terhadap kebenaran sebelum melakukan hubungan seks dengan suaminya. Konsep membeli atau kontrak, menetapkan akses kepada pasangan seksual adalah lebih buruk berbanding hubungan saya dengan isteri saya. Perkahwinan kami berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang lebih adil menjaga hubungan kasih mesra, sokongan dan komitmen.

Menariknya, penjelasan ini menggunakan pendekatan yang sama yang digunakan oleh Islamophobes (fobia akan Islam), yang mana mereka menggambarkan konsep Islam yang terpuji sebenarnya tercela, lalu membawakan kepada mereka “alternatif” yang dikatakan bukan sahaja logik dan berpatutan, tetapi juga lebih baik daripada apa-apa yang ditawarkan oleh Allah dalam Islam.

Jelas sekali, pandangan ini tidak menunjukkan tentang seorang Muslim yang mengalami “perjuangan gay,” yang mana bergelut dengan perasaan gay tetapi hanya memerlukan sokongan dan empati daripada orang yang beriman dalam usaha mengelakkan godaan dosa. Sebaliknya, pandangan ini menunjukkan satu “agenda gay” yang direka untuk menghapuskan ajaran Islam itu sama sekali.

Seperti mana kita berusaha untuk memberi sokongan dan empati kepada orang Islam yang sedang berjuang dengan hawa nafsu homoseksual, adalah penting untuk kita tidak keliru dan menyangka bahawa agenda gay ini serupa dengan perjuangan gay. Agenda gay adalah laluan kepada kekufuran, kufr (tidak percaya) manakala perjuangan gay adalah laluan kepada tabwah (pertaubatan).


 Adakah Orientasi Gay isu “Semulajadi”?

Di dalam emailnya, blogger lesbian tersebut berhujah, “Tuhan mencipta kita dengan sempurna, tanpa mengira orientasi.” Dia juga berkata, “orientasi seksual seseorang bukanlah satu kesilapan, dosa, atau sesuatu untuk berasa malu dan tidak tersembunyi atau ditindas.”

Dalam erti kata lain, keperluan Islam untuk mengelakkan bertindak mengikut hawa nafsu asas bagi melakukan dosa (homoseksual atau sebaliknya) dan kewujudan berterusan keinginan asas kita untuk melakukan dosa adalah – entah bagaimana, saling eksklusif antara satu sama lain…

Atau mereka adalah bukti bahawa tidak ada undang-undang Islam yang wujud untuk menghalang kita daripada bertindak mengikut hawa nafsu kita yang berdosa selagi kita boleh meyakinkan diri kita bahawa keinginan kita yang berdosa berpunca dari “orientasi” statik yang merupakan sebahagian daripada “sifat sempurna” kita.

Secara ringkasnya, jika kita boleh menyalahkan Allah untuk perjuangan yang berterusan dan keinginan di dunia ini, kita dikatakan dibebaskan daripada apa-apa tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang-Nya dalam proses tersebut.

Ini adalah hujah yang menarik memandangkan tiada seorang pun di antara kita mengawal ujian-ujian yang diserahkan kepada kita, ianya hanya bagaimana kita bertindak balas keatas ujaian-ujian daripadaNya.


Gay dan Umat Islam

Hujah Orientasi Seksual dibuktikan Palsu

Jika kita menggunakan definisi penulis blog tersebut akan orientasi (keinginan seksual konsisten yang seseorang itu tiada hak untuk memilih), maka kita perlu menyedari bahawa ada orang yang memiliki “orientasi” keatas haiwan, objek tidak bernyawa, dan kapada budak kecil – orientasi yang mana mereka juga tidak pilih.

Oleh itu, jika kita mengeluarkan perbuatan seksual daripada kategori tadi berdasarkan bhawa “keinginan tanpa pilihan/ kawalan kerana dilahirkan sebegitu”, maka kita perlu menerima hakikat bahawa pelbagai keinganan seksual boleh diambil tindakan tanpa jatuh ke dalam dosa.

Walaupun dunia Barat yang moden biasanya menggunakan hujah “orang dewasa” untuk menolak kesahihan akan tindakan keatas keinginan seksual terhadap kanak-kanak, hujah “orang dewasa” tersebut pada asasnya tercela apabila meluluskan perbuatan homoseksual.

Dalam erti kata lain, jika anda percaya perbuatan homoseksual tidak berdosa tetapi anda menggunakan konsep “orang dewasa bersetuju,” maka anda bersetuju dengan prinsip yang sama yang mengatakan bahawa perbuatan homoseksual sebagai berdosa sejak awal lagi – keinganan bersandarkan moraliti. Persoalannya ialah: Apakah defini anda akan “moraliti”?

Islam, Yahudi dan Kristian, mengiktiraf hanya satu kuasa tertinggi dalam menentukan moraliti: Allah. Oleh itu, mana-mana dasar “sifat” adalah tidak relevan dalam perbincangan moraliti seksual. Walaupun ramai orang Islam (dan juga orang-orang Yahudi dan Kristian), berhujah bahawa homoseksualiti adalah “lari dari kebiasaan,” ini adalah satu hujah yang dipertikaikan oleh konsep agama berkenaan dosa dan ketaatan.

Islam, sebagai satu dasar umum, amat mengambil berat akan perbuatan dosa, bukan dengan keinginan asas itu sendiri, tidak kira sama ada atau tidak keinginan itu berakar umbi secara semula jadi (iaitu seorang lelaki dan seorang wanita yang berhasrat seksual antara satu sama lain) atau kesilapan semula jadi ( iaitu orang yang berhasrat hendak bersetubuh dengan binatang).

Walau bagaimanapun, melihat keinginan semulajadi sebagai lari dari kebiasaan (dimana sebilangan keinganan adalah semulajadinya wujud) adalah amat membantu bagi mereka yang ingin mencari pemahaman dan asas kepada keinginan nafsu mereka sendiri. Namun, dalam konteks moraliti keagamaan, pengkelasan keinginan seksual sebagai sesuatu yang semulajadi atau bukan adalah tidak relevan apabila membicarakan perbuatan dosa.

Dalam erti kata lain, dalam Islam, kita kita dipertanggungjawabkan keatas keinginan nafsu semata-mata. Kita dipertanggungjawabkan hanya kepada tindakan keatas sesuatu dosa itu.


 Apabila Kita Mengkhianati Mereka Yang Kita Boleh Bantu

Apabila kita menawarkan nasihat kepada orang lain mengenai gaya hidup penuh dosa, terdapat dua kemungkinan: Kita menggambarkan nasihat kita berdasarkan dosa yang digambarkan di dalam Buku Allah dan Sunnah; atau kita menggambarkannya berdasarkan pandangan yang lain.

Apabila kita menggunakan pendekatan yang kedua, kita sebenarnya mengkhianati mereka yang Allah SWT telah datangkan kepada kita untuk meminta bantuan.

Setiap kali kita diberikan iman dan ujian, ianya adalah seperti kita diberikan kunci jawapan sepanjang ujian tersebut. Dan jika kita mampu untuk berkongsikan apa yang kita pelajari semasa ujian tadi, kita sebenarnya menawarkan tangan kepada mereka yang juga memiliki masalah seperti kita.

Malahan, sebagai orang yang percaya, kita memiliki tanggungjawab untuk membantu mereka yang lain semasa hayat singkat kita di dunia ini, terutamanya jika Allah menlengkapkan kita dengan kedua-dua pengalaman hidup dan pengetahuan Islam yang diperlukan untuk membantu yang lain kekal berada dalam landasan yang betul.

Saya sekadar berharap terdapat lebih ramai lagi orang-orang yang berpengalaman, berpengetahuan untuk membantu umat Islam seperti remaja sembilan belas tahun tadi yang berperang dengan keinginan lesbian, membantu dalam memberikan keseimbangan antara tidak mengadili dia akan perjuangan yang sedang dilalui dan tidak mempelawa dia kedalam dosa yang mana dia telah berusaha memeranginya.

… Atau mempelawa dia untuk meninggalkan satu-satunya kepercayaan yang dia inginkan untuk bertahan dengan menggalakkan dia menggantikan perjuanagan gay-nya (jalan menuju pertaubatan) dengan agenda gay (jalan menuju kekufuran).


Rujukan : Muslim Matters

Lelaki Store

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply