3
330

Fakta Menarik Tentang Lelaki: 42 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Mungkin kini anda sesorang lelaki yang kurang tahu apakah potensi dalam diri anda yang anda kurang sedari sama secara langsung atau tidak.

Mungkin juga kini anda ingin mengenali diri anda dengan lebih dekat dan menyenaraikan kelebihan yang ada pada diri anda, terutamanya dalam soal kasih sayang dan cinta.

lelaki store

 

Bayangkan selama ini anda tidak menggunakan kebolehan dalam diri anda dengan baik untuk kesejahteraan ramai terutamanya kepada orang yang anda sayangi? Ada apa pada diri seorang lelaki sebenarnya?

Dalam artikel ini, saya akan menyenaraikan anda 42 fakta menarik tentang lelaki dalam soal kebahagiaan dan kasih sayang yang pastinya membuka prespektif baru dalam diri anda.


1. Lelaki ingin membuatkan seorang disayangi sentiasa gembira. Dia akan mudah merasa senang apabila sumbangannya dihargai.

 

2. ‘Apa yang awak sedang buat? Sudah makan atau belum?’ Pertanyaan seperti ini yang masih terkenal digunakan oleh lelaki apabila mereka menelefon atau menghantar mesej kepada wanita.

 

3. Lelaki tidak semestinya akan terpikat kepada wanita disebabkan oleh kecantikan mereka sahaja, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan yang ada pada seorang wanita.

 

4. Apabila seorang lelaki berhadapan dengan wanita yang mereka sukai, mereka akan mula merasa gugup.

Lelaki Store

 

5. Lelaki juga sangat benci apabila dikhianati walaupun luaran mereka yang terlalu ego, keras dan kuat, hakikatnya mereka juga adalah makhluk yang lemah.

 

6. Ada seketika dia menyukai wanita tersebut dan kemudian dia lupa dan selalu berkawan dengan rakan-rakannya yang lain. Perkara ini menjadi kebiasaan untuk seorang lelaki. Tetapi, ini tidak bermakna mereka melupakan anda.

 

7. Walaupun seharian mereka sibuk bermain dan menjalani aktiviti bersama rakan-rakannya, mereka tidak akan melupakan anda dan mereka akan senyum sebelum tidur membayangkan betapa bahagianya dia bersama orang yang disayanginya, bukan sahaja kepada wanita, tetapi anak atau yang rapat denganya.

 

8. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai seorang wanita, mereka akan menerima anda seadanya tanpa mengira ketrampilan anda. Walaupun anda gemuk, gelap dan tidak seberapa cantik. Pada mereka, anda adalah puteri yang mereka mahukan.

 

9. Lelaki sangat sukakan wanita yang sentiasa senyum dihadapan mereka. Ianya membuatkan mereka berasa tenang.

 

10. Lelaki akan melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian wanita yang mereka minati. Termasuk menceritakan kisahnya dengan bekas kekasihnya yang dahulu walaupun perkara itu tidak perlu diceritakan.

 

42 Fakta Menarik Tentang Lelaki

11. Lelaki tidak suka apabila anda menceritakan tentang bekas kekasih anda kerana mereka akan mula bersikap cemburu jika menndengar kisah tersebut.

 

12. Lelaki tidak mahu memberitahu apa yang perlu dilakukan, tetapi dia mahu diberitahu apa yang anda suka dan tidak suka.

 

13. Lelaki lebih sensitif terhadap nada suara yang anda keluarkan kepada mereka. Mereka akan rasa seperti mereka sedang dipersalahkan hanya daripada cara anda bercakap kepada mereka.

 

14. Lelaki kebanyakannya mempunyai pemikiran yang logikal dan akan mengambil masa untuk membuat pilihan. Berikan mereka masa sebanyak mana yang mungkin. Inilah cara yang perlu dibuat.

 

15. Lelaki selalu ingin berkongsi semua hal dengan anda tetapi ada masa mereka tidak boleh perkatakan semua hal. Jangan paksa mereka untuk menceritakannya jika mereka belum bersedia.

 

16. Lelaki juga akan menangis dalam situasi yang tertentu. Ketika mereka kecewa dan sedih, mereka juga akan menangis seperti seorang wanita. Berikan pelukan atau kata-kata semangat kerana bagi mereka, anda sahaja sudah cukup untuk membantu.

 

17. Jangan cuba untuk buat lelaki marah kerana mereka akan mudah marah.

 

18. Saat anda buat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah dapat melupakannya. Boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah untuk melupakan berbanding wanita.

 

19. Jangan pernah berkata padanya, “Entahlah…lupakan jelah” kerana ayat ini akan membuatkan seorang lelaki menjadi lebih tertanya dan menjadi curiga terhadap diri anda. Mereka juga mempunyai sifat yang sensitive dan mempunyai rasa ingin tahu.

 

20. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berfikir ketika anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, sebenarnya mereka tidak mahu melakukannya dan kebanyakan lelaki akan berbohong dan hanya menurut sahaja kata-kata daripada wanita kerana mereka sayangkan anda dan tidak mahu melukakan hati anda.

Fakta Fakta Menarik Tentang Lelaki

21. Anda tidak akan pernah membuat lelaki untuk memahami diri anda sewaktu perbualan. Walaupun mereka makhluk yang cerdas, tetapi bagi mereka amat suka untuk memahami isi hati perempuan.

 

22. Lelaki merupakan seorang yang sangat menyayangi ibunya.

 

23. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka, tetapi bukan bermaksud lelaki itu menyukai wanita itu.

 

24. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, dia akan mengabaikan sekeliling mereka termasuk perkara negatif yang ada dalam diri wanita itu.

 

25. Lelaki akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian daripada wanita yang mereka sukai.

 

26. Apabila lelaki benar-benar ingin berjumpa dengan ibu bapa wanita itu, ini bermakna mereka serius untuk menjadi pasangan anda.

 

27. Lelaki akan menyimpan sebahagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kepada orang yang disayangi, termasuk wanita, anak dan ibunya.

 

28. Anda juga tidak akan dapat memahami lelaki, kecuali jika anda mencari waktu yang sesuai untuk mendengar keluhan daripada mereka dan bukan sahaja menceritakan tentang diri anda.

 

29. Jika seorang lelaki bersungguh-sungguh mengatakan bahawa anda adalah satu-satunya orang yang mereka cintai, percayalah bahawa perkataan itu sudah tulus dari dalam hati mereka.

 

30. Wanita adalah kelemahan bagi setiap lelaki. Apabila anda menitiskan air mata, mereka akan mula berasa bersalah. Mereka sangat tidak suka melihat anda bersedih.

Hubungan & Fakta Fakta Menarik Tentang Lelaki

31. Walaupun kadang-kadang mereka kelihatan sangat selekeh di pandangan mata anda, sebenarnya lelaki sukakan kebersihan, bau wangi dan keindahan.

 

32. Lelaki sangat suka kepada seorang wanita yang boleh menjadi sahabat mereka dan akhirnya menjadi kekasih hidup mereka.

 

33. Apabila lelaki membelikan hadiah untuk orang yang disayangi, mereka akan mula berasa risau jika hadiah tersebut tidak diminati atau kurang mendapat perhatian.

 

34. Imaginasi lelaki tiada had dan mereka boleh membayangkan apa sahaja.

 

35. Kebanyakan lelaki tidak mengendahkan tentang ketinggian wanita, akan tetapi mereka lebih pentingkan berat seorang wanita.

 

36. Lelaki akan mendapat semangat yang kuat untuk berubah jika mereka mendapat sokongan yang kuat daripada teman wanita mereka.

 

37. Apabila seorang lelaki menceritakan perkara yang serius, berikan perhatian sepenuhnya dan bermain-main kerana ia sangat penting untuk lelaki itu.

 

38. Kebanyakan lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman mereka, tidak seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka suka baca. 😀

 

39. Lelaki paling tidak suka jika kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua-duaan walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

 

40. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas berbanding wanita yang hanya tahu berfesyen dan make up.

 

41. Ketika lelaki inginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Mereka cenderung memendam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah untuk direalisasikan.

 

42. Lelaki merupakan seorang yang sukar untuk menyimpan rahsia. Jika anda mempunyai rahsia dan ingin bercerita kepada rakan lelaki, anda perlu fikir dua atau tiga kali untuk menceritakannya.

 

43. Jika lelaki mula bersikap serius terhadap hubungannya, jangan merasa terkejut jika mereka ingin menjemput dan menghantar anda ke mana sahaja anda ingin pergi. Mereka juga akan mula memeriksa Whatsapp anda.

 

44. Jika ada seorang lelaki yang ingin menceritakan masalahnya, anda hanya perlu mendengar sahaja tanpa perlu memberik nasihat atau menyalahi dirinya.

 

45. Lelaki akan memaafkan kesalahan pertama yang dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan seterusnya.

lelaki store

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply