Tips Lelaki: Bagaimana Mengurangkan Berat Badan?

  • 2 min read
  • Jan 30, 2019
kurangkan berat badan 1

Azam untuk mengurangkan berat badan dan mendapatkan berat badan yang ideal adalah menjadi impian semua lelaki. Berat badan yang tepat membina keyakinan diri.

Mudah juga bagi seorang lelaki untuk membina badan sekiranya berat badan adalah ideal. Tapi bagaimana jika anda seorang lelaki yang menghadapi masalah berat badan berlebihan.

Dibawah ini kami himpunkan 22 tips penting untuk anda amalkan bagi mengurangkan berat badan dan menjadikan anda sihat sentiasa.

kurangkan berat badan 2
  • Sentiasa rancang pemakanan anda lebih awal. Misalnya merancang apa yang anda ingin dan perlu makan untuk tengah hari pada waktu bagi. Ini bagi mengelakkan anda memilih makanan yang tidak sihat pada saat-saat akhir.
  • Oat adalah sahabat anda! Makan secawan oat mampu mengelakkan anda dari makan secara banyak pada waktu tengah hari.
  • Makanan dengan lemak sihat seperti olive, ikan salmon dan walnut mampu membuatkan anda berasa puas.
  • Meninggalkan waktu makan akan menyebabkan badan anda memasuki fasa penyimpanan lemak. Menjadikan anda lebih sukar untuk membakar kalori.
  • Makan banyak kacang mampu membuatkan anda kekal kenyang.
  • Anda mungkin sudah terbiasa dengan makanan yang digoreng. Namun, terdapat banyak cara yang lebih menyihatkan dalam penyeiaan makanan seperti memanggang dan mengukus.
  • Membeli barang-barang runcit dengan menyediakan senarai awal dan menghadkan masa. Dengan cara ini dapat mengelakkan anda daripada berkunjung ke bahagian makan yang siap diproses.
kurangkan berat badan 3
  • Jangan terkeliru antara dahaga dan lapar. Cuba minum segelas air dan lihat samada anda benar-benar lapar atau tidak.
  • Kebanyakan kita menguyah dan makan dengan terlalu cepat. Cuba adakan sembang-sembang ringan bagi membuatkan anda lebih cepat kenyang dan mengelakkan anda daripada makan lebih banyak.
  • Berjalan-jalan dahulu sebelum menikmati makan tengah hari atau makan malam. Bukan sahaja anda melakukan sedikit senaman bahkan ia mampu mengelakkan anda daripada mengambil makanan yang kurang sihat.
  • Adakah saiz pinggan anda terlalu besar. Lebih besar saiz maka lebih banyak makanan yang akan anda makan. Anda pastinya terkejut jika mengetahui pinggan bagi kanak-kanak sudah cukup besar untuk seorang dewasa.
  • Jangan makan snek ataupun makanan ringan terus dari bekasnya. Hidangkan ia dalam sepinggan kecil bagi mengelakkan anda makan terlalu banyak.
  • Tingkatkan kadar metabolisme anda dengan the hijau.
  • Dapatkan tidur secukupnya. Ia mampu mengawal paras hormon yang mengakibatkan rasa lapar. Jika tidak, ia mampu menyebabkan anda menjadi lebih berselera untuk makan.
  • Gunakan pedometer untuk menyelia langkah anda dalam sehari. Jika anda tidak bergerak sebanyak 10000 langkah dalam sehari, ia bermakna anda tidak bergerak dengan cukup.
  • Sentiasa mencari ruang dan peluang untuk bergerak walaupun sedikit. Kajian menunjukkan mereka yang banyak bergerak mempunyai badan yang lebih lansing.
  • Kenali apa yang mampu membuatkan anda menjadi lebih berselera. Mungkin anda akan makan melebihi keperluan saat anda berasa sedih. Maka, cuba kurangkan dan elakkan diri anda dari berasa sedih.
  • Mereka yang selalu menimbang berat dan memantau perubahan berat adalah mereka yang berisiko untuk mengurangkan berat.
  • Berhati-hati dengan makanan bebas lemak atau bebas lemak trans. Ia mungkin mengandungi kandungan gula yang lebih tinggi atau mungkin mengandungi kandungan sodium yang lebih tinggi sebagai ganti bagi mengekalkan rasa.
  • Pastikan anda menjadikan dapur hanyalah tempat untuk anda memasak dan makan. Jika aktiviti lain juga turut dijalankan di dapur, besar kemungkinan anda akan makan dengan lebih banyak.
  • Jika hanya dengan makan dapat memuaskan hati dan hidup anda, apa kata anda mencari minat baru seperti bersukan, mendengar muzik ataupun menyertai kerja-kerja amal bagi mengelakkan anda daripada makan secara berterusan.
  • Cuba lebihkan pengambilan protein dalam makanan anda. Hal ini kerana protein membuatkan anda lebih cepat kenyang berbanding makan yang berlemak atau berminyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!