Tanda Lelaki Jatuh Cinta: Rahsia Bahasa Tubuh

  • 2 min read
  • Nov 09, 2020
tanda lelaki jatuh cinta 3

Tanda lelaki jatuh cinta: Ya Cinta! Siapa yang tidak mempunyai rasa cinta di dalam dunia ini?

Manusia yang hidup tanpa cinta adalah manusia yang paling miskin.

Kita boleh cinta kepada ayah, ibu, keluarga, suami isteri, rakan-rakan, kekasih dan yang paling utama ialah pada Sang Pencipta yang berkuasa menerbitkan rasa cinta itu.

Sinonimnya, lelaki lebih cenderung untuk mudah jatuh cinta kerana walaupun mereka kelihatan gagah, egois dari sudut fizikal, namun mereka merupakan insan yang lembut dan sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang.

Bagaimana kita ingin mengetahui tanda lelaki jatuh cinta pada seseorang atau jika anda yang bergelar wanita?

  • Sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang dicintai.
  • Menghormati insan yang dicintai.
  • Mengambil berat dan ambil peduli.
  • Menjaga penampilan mereka apabila berjumpa dengan orang yang dicintai.
  • Tidak ego untuk meminta maaf.
  • Orang yang dicintai sentiasa di fikiran.
  • Mengambil hati orang yang dicintai dengan memuji, memberi hadiah atau mendengar akan masalahnya.

Lelaki dan perempuan diciptakan sangat berbeza. Malah, cara mereka menyampaikan sesuatu yang mereka ingin katakan juga berlainan.

Sebagai contoh wanita lebih gemar berkongsi masalah kepada teman mereka dan lelaki lebih gemar menyimpan masalah pada diri sendiri.

Bagaimana anda dapat memahami bahasa lelaki?

Lelaki tidaklah sekompleks wanita. Lelaki mungkin kurang pandai dalam berkata- kata namun kita dapat mengetahui apa yang di hati, melalui perbuatan mereka.

Perbuatan dan gerak laku ini disebut sebagai bahasa tubuh.

Apakah tanda lelaki jatuh cinta? 

tanda lelaki jatuh cinta

Seseorang yang bijak membaca bahasa tubuh akan mudah untuk mengenal pasti bahawa seseorang itu sedang jatuh cinta.

Setiap lelaki mungkin berbeza dalam mempamerkan perasaan mereka tanpa perlu meluahkan perasaan mereka melalui percakapan. Lelaki yang sudah mula jatuh cinta terhadap anda akan:

  • Malu- malu untuk bertentangan mata dengan anda kerana dia bimbang perasaannya diketahui.
  • Mereka menjadi gelisah apabila anda ditimpa masalah.
  • Tutur kata mereka lebih lembut dan mendengar apa yang anda katakan dengan penuh perhatian.
  • Lelaki yang sedang bercinta akan lebih manja terhadap pasangan mereka kerana mereka ingin disayangi dan dicintai oleh pasangan.

Tak semua lelaki jujur dalam percintaan mereka. Ada yang segelintir hanya menjadikan perempuan tempat untuk melampiaskan nafsu serakah dan tempat menghilangkan kesunyian mereka.

Namun, ada juga lelaki yang jujur mencintai pasangan mereka.

Bagaimana kita boleh tahu lelaki itu ikhlas atau tidak mencintai anda, apakah tanda lelaki jatuh cinta terhadap seseorang?

  • Lelaki yang ikhlas tidak akan teragak- agak untuk menemukan wanita pujaannya dengan keluarga.
  • Lelaki tersebut akan sentiasa ada ketika anda memerlukan mereka.
  • Lelaki itu sanggup menitiskan air mata kerana orang yang dicintainya.
  • Lelaki tersebut sentiasa menasihati orang tercinta kerana dia mahukan yang terbaik demi orang tersebut.
  • Lelaki yang ikhlas akan sentiasa membaiki diri mereka untuk berubah menjadi lebih baik demi insan yang dicintai.
  • Anda adalah orang yang penting dalam hidup mereka.
  • Meminta maaf adalah mudah bagi mereka untuk tidak memanjangkan perbalahan kerana mereka tidak mahu anda terluka dan rela mengalah.
Bahasa Tubuh Lelaki Jatuh Cinta 1

Cinta itu tidak salah kerana semua agama menganjurkan umatnya supaya berkasih sayang. Namun, kita perlu bijak cara bagaimana dan orang bagaimana yang perlu kita cintai.

Cinta yang tulus bukanlah berdasarkan nafsu serakah semata. Orang yang ikhlas mencintai tahu akan landasan- landasan yang ditetapkan oleh syariat dalam mencintai seseorang.

Sangat beruntung jika kita dicintai oleh lelaki yang ikhlas dan jujur dalam percintaan.

Ketahuilah, orang yang mencintai sang Pencipta melebihi segalaNya akan ikhlas menyayangi wanita yang dicintai selayaknya.

10 thoughts on “Tanda Lelaki Jatuh Cinta: Rahsia Bahasa Tubuh

  1. I Love Hazrien.Dia kan asyik saya pergi lorong sebelah dia ikut.Lepastu sengaja lagi tunggu saya.Lepastu saya cari2x dia kat mana.Rupa rupanya kat sebelah saya.JODOH KOT HEHE 😀 :v

  2. rasanya dulu ada lelaki macam tu, tpi sygnya saya tak pernah layan… saya selalu marah dia. lagipun saya tak suka dia kerana dia adalah lelaki popular dlam sekolah saya..

  3. lelaki yang tak pernah aku jumpa , dan tx pernah saya cinta… dia sanggup korban kan diri nya untuk aku..baru aku sedar yang dia cinta mati kat aku….

  4. sy nk tanye, klo sikap lelaki tu berubah dari slalu buat gurauan menjadi ke sikap sgt serius mcm mna??? biasa nye bila dia lalu depan sy dia mesti tegur sy siap beri senyuman paling manis lg kt sy,, tapi baru2 ni dia lain mcm, bila lalu dpn sy dia tak tegur sy, sy dah tegur dia pun dia tak pandang,,, rasa mcm tunggul kayu je kat situ tunggu dia….:(

    1. dia sebenarnya sukakan awak, tapi ego dia kuat sangat sebab tak mengaku yang dia dah mula ada perasaan kat awak

  5. Saya rasa ada seseorg menyukai saya…tpi di tk berterus trang tpi dia suka dlam diam2 pndang saya. Kekadang saye x ykin dia yg gilekan sye ataupun sye yg tergle2 kan die

  6. Sy ad seorang laki ni..dia kuat merajuk,dia suka tlong saya tpi bila sy tolak mula la dia mrajuk,saya nak thu laki ni sbnarnya dah jatuh hati dengan saya ke..sbb stiap kali kami brtemu akan mrajuk atau terasa walau pun parah mcm mna un dia tetap akan cari saya dan sebegitu juga saya…kalau dia jodoh saya,saya xkisah sebab dia lah lelaki idaman stiap wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!