Azanis Acne Body Spray - Nyah Jerawat • Produk Lelaki Terbaik 2017
« Return to Previous Page
Sale!

Azanis Acne Body Spray – Nyah Jerawat

Azanis Acne Body Spray – Nyah Jerawat

RM129.00 RM99.00


Alamilah Kulit bebas jerawat dengan azanis acne body spray

Ηаnуа ѕеmudаh ѕpray ѕаhаја раdа Jerawat bаru аtаu lаmа dаlаm mаѕа kurаng dаrі 5 hari аndа bоlеh lіhаt Jerawat аkаn mengecut dan hilang.



Category: .
Untuk tempahan melalui WhatsApp, hantarkan pesanan ringkas BELI {jarak} NAMA PRODUK ke (+6) 011 1206 2311 dan ikut arahan selanjutnya.
  • Description

    Product Description

    Azanis Acne Body Spray


    AZANIS ACNE BODY SPRAY adalah penyelesaian terbaik bagi masalah jerawat yang tumbuh di mana-mana bahagian tubuh badan anda. Dengan gabungan bahan aktif dan asas semulajadi yang terbaik, ia membantu seluruh tubuh badan anda bebas dari jerawat disamping menjadikan kulit anda lembab, tegang dan sihat.

    Bagaimana Ia Berfungsi?

    Ia merupakan agen antibakteria yang sangat berkesan bagi mengurangkan keradangan pada kawasan kulit yang dijangkiti bakteriaPropionibacterium acnes yang menjadi punca utama jerawat.

    Disamping itu, Azanis Acne Body Spray juga bertindak menghalang pori-pori menjadi tersumbat akibat dari penghasilan sebum yang berlebihan.

    Dengan gabungan bahan semulajadi seperti nanas, aloe vera, markisa, biji anggur, kulit kayu manis dan juga bahan aktif seperti Vitamin E, ia merupakan penyelesaian optimum bagi masalah jerawat di seluruh tubuh badan anda.


    Azanis Acne Body Spray Punggung

    Cara Penggunaan?

    Bersihkan kulit anda sebelum menggunakan produk ini. Semburkan Azanis Acne Body Spray di kawasan yang berjerawat, dua kali sehari: pagi dan malam. Biarkan ia mengering.

    Bagaimana Cara untuk mengatasi masalah Jerawat Badan ?

    Selain menggunakan ubat-ubat yang disyorkan oleh doktor pakar, kita juga boleh mengatasi atau mengelak dari masalah jerawat di badan ini berterusan. Jangan ingat masalah ini akan selesai dengan sendirinya tanpa tindakan bijak oleh kita sendiri.

    Antara perkara yang anda perlu lakukan bagi mengelak jerawat badan:

    • Setelah melakukan aktiviti luar rumah sepanjang hari, gantikan pakaian anda.
    • Elakkan menggunakan pakaian yang berlapis-lapis agar bahagian dada dan badan tidak tertutup rapat.
    • Elakkan dari pakaian yang tidak menyerap peluh.
    • Rajin bersihkan diri. Selepas mandi gunakan Acne Body Spray bagi menghapuskan bakteria dan membuang sel-sel mati
    • Amalkan gaya pemakanan yang sihat.
    • Sentiasa tukar tuala dan cadar tempat tidur.

    Kehadiran jerawat samada di muka atau di badan selain dari menjejas penampilan, ia juga secara tidak langsung akan memberi kesan kepada jiwa seseorang seperti krisis keyakinan diri dan kemurungan. Justeru itu, JANGAN AMBIL REMEH perkara ini. Segera bertindak dan jangan anggap masalah ini akan pulih dengan sendiri. Malah mungkin bertambah teruk jika terus dibiarkan.


    Melalui kajian secara klinikal yang dijalankan oleh pasukan Penyelidikan & Pembangunan kami, Azanis Acne Body Spray merupakan satu formulasi unik gabungan bahan asas semulajadi dan juga bahan aktif yang berkesan.

    Bahan utama seperti nanas, aloe vera, markisa, biji anggur, akar Poterium Officinale, kulit kayu manis dan juga bahan aktif seperti Vitamin E diproses dengan teliti bagi menghasilkan formulasi yang selamat, optimum dan bertindak secara menyeluruh.

    Gabungan unik ini merupakan agen antibakteria yang sangat kuat tapi pada masa yang sama, ia tidak meninggalkan kesan iritasi pada kulit. Malah, ia membekal 75 nutrien penting yang kulit kita perlukan.

    Disamping itu, Azanis Acne Body Spray juga bertindak melembabkan kulit, mengurangkan kesan penuaan dan juga berfungsi sebagai antioksidan bagi memastikan kulit kekal sihat.


    Azanis Acne Body Spray Terbaru

    Azanis Acne Body Spray terdiri dari 7 bahan utama iaitu buah Nanas, Markisa, Aloe Vera, Kulit Kayu Manis, Biji Anggur, Ekstrak Akar Poterium Officinale dan Vitamin E (Tocopheryl Acetate).

    Semua bahan yang terkandung dalam Azanis Acne Body Spray dijamin selamat dan berkualiti tinggi.


    Azanis Acne Body Spray dihasilkan di kemudahan pengeluaran kosmeseutikal yang Good Manufacturing Practices (GMP).

    Semua bahan-bahan yang digunakan telah diuji dengan kemudahan terbaik dan didapati sangat selamat untuk digunakan di bawah syarat-syarat ketat GMP. Pemeriksaan kualiti dijalankan dengan kerap sepanjang proses pembuatan Azanis Acne Body Spray dan proses yang sama dilakukan sekali lagi pada peringkat akhir sebelum dipasarkan.

    Tiada kesan sampingan negatif yang ditemui pada Azanis Acne Body Spray.

    Azanis Acne Body Spray Maklumat


    Jerawat merupakan masalah yang sering berlaku pada sesiapa saja terutama pada kita yang menetap di cuaca panas di Malaysia ini. Ramai yang hanya berikan perhatian pada jerawat di wajah sedangkan jerawat juga aktif di anggota lain seperti di belakang badan, leher dan juga dada.

    Itulah fungsi utama Azanis Acne Body Spray dimana ia diformulasikan khas untuk mengatasi masalah jerawat di seluruh tubuh badan kita, hanya dengan semburan.

    Jadi kini anda tidak perlu lagi risau untuk mengatasi masalah jerawat di tempat yang sukar dicapai tangan seperti di bahagian belakang badan kita, hanya semburkan 2 kali sehari iaitu pagi dan malam, ianya boleh diatasi dengan mudah.

    Perhatian! Elakkan dari terkena bahagian mata.

    Keputusan adalah berbeza mengikut individu.


    Azanis Acne Body Spray Lelaki

    Kita seringkali terdedah pada penyebab kulit kering seperti cuaca panas. Tapi kini lebih ramai terdedah pada masalah dehidrasi kulit apabila sering menggunakan produk mandian yang mempunyai bahan kimia yang menghilangkan kelembapan semulajadi kulit.

    Aloe vera yang terdapat dalam Azanis Acne Body Spray merupakan bahan terbaik bagi mengembalikan kelembapan pada kulit anda.

    Kulit yang lembab adalah kulit yang sihat. Azanis Acne Body Spray mampu berikan kelembapan pada kulit anda.

    Semburkan Azanis Acne Body Spray pada permukaan kulit yang berjerawat, dua kali sehari (pagi dan malam), ia bukan saja bantu menghilangkan jerawat malah melembabkan kulit di sekitar permukaan yang disembur.

    Ini hanyalah fungsi sampingan Azanis Acne Body Spray dan tidak boleh dijadikan sebagai fungsi utama anda gunakan produk ini. Produk ini dikhususkan untuk mengatasi masalah jerawat.


    Kebiasaannya, produk untuk mengatasi masalah jerawat hanya bersifat antibakteria dan dikuatkuasakan oleh bahan kimia. Apa yang membezakan Azanis Acne Body Spray adalah ianya juga bersifat anti-penuaan.

    Dengan adanya bahan terbaik seperti Vitamin E, Markisa dan Biji Anggur, Azanis Acne Body Spray juga secara semulajadi membekalkan nutrien penting bagi memulihkan kitaran sel kulit anda kepada keadaan asal,  dengan menjadikan ia lebih lembut dan licin dengan mengurangkan penampilan kulit berkedut.

    Semburkan Azanis Acne Body Spray pada permukaan kulit yang berjerawat, dua kali sehari (pagi dan malam), ia bukan saja bantu menghilangkan jerawat malah melambatkan proses penuaan kulit di sekitar permukaan yang disembur.

    Ini hanyalah fungsi sampingan Azanis Acne Body Spray dan tidak boleh dijadikan sebagai fungsi utama anda gunakan produk ini. Produk ini dikhususkan untuk mengatasi masalah jerawat.

    Kesan adalah berbeza mengikut individu.


    Azanis Acne Body Spray Jerawat Lelaki

    Tindakbalas radikal bebas merupakan antara satu proses yang tidak sihat untuk kulit kita. Ia merosakkan sel kulit dan menjadikan kulit kita semakin tidak sihat dari semasa ke semasa.

    Antara punca utama kepada berlakunya tindakbalas radikal bebas ini adalah terdedah pada cahaya matahari, stress dan juga diet yang tidak sihat.

    Markisa merupakan antara bahan dalam Azanis Acne Body Spray ini yang akan bertindak sebagai antioksidan ketika ia disemburkan pada kulit anda.

    Azanis Acne Body Spray tidak hanya berfungsi untuk mengatasi masalah jerawat anda, ia juga menjaga kesihatan kulit anda secara menyeluruh.

    Ini hanyalah fungsi sampingan Azanis Acne Body Spray dan tidak boleh dijadikan sebagai fungsi utama anda gunakan produk ini. Produk ini dikhususkan untuk mengatasi masalah jerawat.

  • Reviews (0)

    Reviews

    There are no reviews yet, would you like to submit yours?

    Be the first to review “Azanis Acne Body Spray - Nyah Jerawat”

  • Beli Melalui WhatsApp
    Untuk tempahan melalui WhatsApp, hantarkan pesanan ringkas BELI {jarak} NAMA PRODUK ke (+6) 011 1206 2311 dan ikut arahan selanjutnya.
Langganan Berjaya! Tawaran Promosi Terhad!
* Produk Vital Pilihan Ramai
* Harga Pasaran RM170-RM200!
* Harga Ini Dijamin Termurah!
* Produk Popular Untuk Lelaki!
* Sesuai Untuk Semua Lelaki!
* Meningkatkan Prestasi Lelaki!
* Cepat, Selagi Stok Masih Ada!
Langgan Tips, Ebook & Promosi Percuma!
WhatsApp Kami di 011.1206.2311
Perlukan bantuan untuk tempahan produk?
GET FREE REPORT NOW!
Dolor aliquet augue augue sit magnis, magna aenean aenean et! Et tempor, facilisis cursus turpis tempor odio.
* We hate spam and never share your details.