Penjagaan Muka Lelaki: Supaya Bergaya dan Tampan

  • 2 min read
  • Feb 21, 2018
penjagaan muka lelaki 1

Adakah Penjagaan muka lelaki itu sesuatu yang sangat asing bagi anda?

Bagaimana mungkin perempuan sahaja yang menjaga muka untuk kecantikan sedangkan lelaki juga perlu menjaga kulit muka agar segar dan tampan.

Kebersihan kulit dan keceriaan muka menjadi salah satu aset penting bagi membina keyakinan diri seorang lelaki supaya kekal bertenaga dan pro akif.

Lihat saja artis K-Pop, kini lebih berseri berbanding wanita bukan?

Namun, tidak perlu seperti itu.

Lelaki cuma perlu penjagaan muka yang idea sudah cukup memadai untuk penjagaan muka lelaki melihatkan kesannya.

Soalnya, bagaimana untuk melakukan penjagaan muka lelaki?

Pada kali ini kita akan menyenaraikan beberapa perkara penting untuk seorang lelaki lakukan supaya dapat menguruskan penjagaan kulit muka:

1. Bersihkan Muka

penjagaan muka lelaki 2

Hampir sama seperti wanita, lelaki perlu mengamalkan membersihkan muka dengan pembersih muka yang sesuai.

Mungkin untuk peringkat pertama anda perlu mencuba beberapa pencuci muka daripada bahan yang berbeza yang berada dipasaran.

Bagi lelaki yang mempunyai kulit berminyak berlebihan anda perlu mengambil sepenuh perhatian. Lelaki kulit muka berminyak cenderung menghidapi penyakit kulit dan berjerawat.

Membersihkan muka adalah perkara yang paling asas dalam penjagaan muka. Jangan sesekali sabun buku atau sabun syampu anda gunakan sebagai bahan pencuci muka.

Hal ini kerana sabun dari jenis ini mengandungi bahan tidak sesuai untuk kulit muka yang halus dan ini menyebabkan kulit muka anda menjadi kering.

Cuci muka sebaiknya dua kali sehari dengan pencuci muka pilihan anda.

2. Melakukan Scrub Muka

penjagaan muka lelaki 3

Perkara seterusnya ialah melakukan ‘Scrub‘. Proses ini juga amat penting bagi menanggalkan kuit muka yang mempunyai sel-sel yang telah mati.

Proses ini juga penting bagi menghasilkan wajah yang bersih dan bersinar.. Opss.. Proses ini tidak perlu selalu, anda hanya perlu lakukan dalam dua atau tiga hari sahaja.

Kalau anda perasan, kebanyakan muka artis-artis lelaki sangat bersih dan berseri, hal ini adalah kerana mereka juga menitik beratkan rawatan scurb secara profesional.

Namun cukup sekadar melakukan scrub muka biasa anda masih dapat kekal berseri-seri.

Artikel Menarik : Tips Lelaki Kacak!


 

3. Mengaplikasi Kelembapan Kulit

penjagaan muka lelaki 4

Percaya atau tidak, lelaki juga perlu menggunakan losyen pelembap bagi memberikan perlindungan kulit. Jika anda serius untuk menjaga kulit, losyen perlindungan adalah sangat perlu.

Namun tidak perlu terlalu risau, cara memakai losyen pelembap lelaki tidak seperti wantia. Cukup sekadar digunakan pada waktu panas terik untuk melindungi dari sinaran UV iaitu cuaca seperti di Malaysia.

Jika anda juga ingin kekal awet muda seperti pasangan anda, pastikan anda sentiasa menggunakan losyen untuk kesan jangka masa panjang.

4. Jangan Usik Jerawat

penjagaan muka lelaki 5

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kulit lelaki yang amat berminyak berisiko menghidapi jerawat. jerawat serius boleh wujud dan menghasilkan ‘gunung berapi’ pada wajah muka anda.

Jangan sesekali berasa geram atau malu lalu cuba memicit jerawat yang tengah marah tersebut.

Saya faham anda terasa geram, lebih-lebih lagi jerawat yang telah masak dan kekuningan. Di sini adalah tahap kesabaran diperlukan.

Tunggu sehingga jerawat tersebut betul-betul masak dan hilang kepedihan. Pasti ia akan pecah dan terkeluar dengan sendiri.

Pada tahap ini jerawat yang matang akan lembut dan keluar dari rongga-rongga kulit muka sekaligus merendahkan risiko bekas yang besar pada kulit muka.

Namun jika keadaan terpaksa, pastikan anda memecahkan dengan tangan yang bersih ketika memicitnya.

Gunakan air dan tisu untuk membersihkan sisa jerawat. Elakan jerawat yang pecah terkena pada sekitar kulit wajah.

 

5. Membersihkan Bulu-buluan

penjagaan muka lelaki 6

Untuk kes ini, lelaki yang dikhususkan ialah yang memelihara misai, janggut dan jambang. Jika perlu anda boleh mencantas ‘trimming’ pada kadar yang perlu.

Kebersihan bulu pada wajah amat penting bagi menghindarkan bakteria dan kotoran melekat pada bulu dan menyebabkan kulit terdedah pada jangkitan kuman.

Wajah yang bersih pasti memberikan anda kesegaran dan keyakinan. Oleh itu pastikan anda memelihara wajah dan mengamalkan penjagaan muka lelaki seperti yang dinyatakan diatas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!