Lelaki Idaman Wanita

Lelaki Idaman Wanita

Wanita memerlukan lelaki sebagai insan yang akan melindungi dan menyayangi mereka sepenuh hati. Namun begitu, tidak semua lelaki yang mampu melakukan seperti demikian. Jika tidak, masakan kita mendengar pelbagai kes rogol dan dera pada masa ini. Setiap wanita mempunyai lelaki yang menjadi idaman yang akan menjadi teman hidup mereka pada masa akan datang. Jom para lelaki, ambil cakna apa yang wanita mahu dari kamu.panduan cinta untuk lelaki

  • Bertanggungjawab

Memegang tanggungjawab adalah bukan satu perkara yang mudah untuk dijalankan. Lelaki lebih- lebih lagi kerana mereka telah ditaklifkan tugasan sebagai ketua oleh Allah yang perlu memimpin ahli- ahlinya. Oleh itu, wanita mengidamkan lelaki yang bukan sahaja bertanggungjawab terhadap mereka, tetapi ibu bapa, pekerjaan,masyarakat dan hambaNya yang terutama.

  • BerimanĀ 

Lelaki yang beriman tidak akan sesekali mengasari wanita. Mereka yang patuh akan perintah Allah dan Rasul sentiasa berakhlak mulia dan dihormati. Apabila lelaki beriman dan melaksanakan perintah Allah dan RasulNya, mereka dapat membimbing isteri dan anak- anak mengenali Allah dan Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad. Segala apa yang dilakukan hanyalah demi keredhaan Allah semata.

  • Penyayang

Lumrah wanita yang lembut, mereka ingin disayangi dan dilindungi. Lelaki yang penyayang tidak akan bertindak kasar terhadap wanita dan bersikap lemah lembut. Lelaki ini akan melakukan apa sahaja demi insan yang dicintai. Nabi Muhammad tidak pernah mengasari isteri- isteri Baginda dan bertolak ansur dengan mereka. Malah, Rasulullah juga sangat romantik dan sentiasa menggembirakan isteri- isteri Baginda.

  • Berfikiran Rasional

Lelaki yang berfikiran rasional sentiasa berhati- hati atas segala tindak tanduk mereka. Wanita tidak menyukai lelaki yang bertindak secara melulu tanpa berfikir panjang. Malah, lelaki harus bijak membuat keputusan lebih- lebih lagi sebagai ketua keluarga. Berfikiran rasional amat perlu dalam mengawal sikap wanita yang selalunya lebih beremosi.

  • Menepati Janji

Perempuan amat benci pada lelaki yang selalu ingkar pada janji kerana lelaki yang mungkir janji akan kurang dipercayai. Janji juga amanah. Amanah pada diri sendiri. Melanggar janji bererti lelaki itu tidak mampu memegang amanah dan kurang sesuai dijadikan ketua keluarga.

 

Lelaki Idaman Wanita

Sebenarnya, banyak lagi sifat- sifat lelaki yang dapat memikat hati wanita. Bukan bermakna wanita cerewet dalam memilih teman hidup, tetapi memilih itu perlu untuk memastikan rumah tangga yang dibina mendapat berkat dan zuriat yang dilahiirkan soleh dan solehah. Apa lagi sifat lelaki yang menjadi kesukaan di mata wanita?

  • Tidak berkira. Wanita amat tidak gemar pada lelaki yang kedekut atau berkira lebih- lebih lagi atas kewajipan yang sepatutnya menjadi hak isteri seperti nafkah.
  • Tidak autokratik. Lelaki yang suka mengarah dan bersifat autokratik mungkin ditakuti oleh wanita tetapi tidak dihormati.
  • Menghiburkan. Wanita lebih suka lelaki yang suka bergurau senda dan tidak serius pada setiap masa. Lelaki yang serius membosankan bagi wanita dan lelaki yang pandai menghiburkan membuatkan hati wanita berbunga- bunga pada setiap masa.
  • Soleh. Lelaki yang soleh berupaya membimbing isi rumahnya mengecapi kehidupan bahagia dan berada di dalam persekitaran yang Islamik. Keluarga yang menghidupkan rumah mereka dengan solat dan bacaan al- Quran dirahmati oleh Allah dan penduduk sekalian alam. Zuriat yang dilahirkan juga akan mendapat didikan yang betul.

Ingin menjadi lelaki idaman wanita? Berbuat baiklah kepada ibu bapa. Layanlah wanita seperti mana kamu mahu kakak, adik dan ibu anda dilayan. Berbaliklah kita pada sirah Nabi. Kajilah perwatakan dan akhlak Baginda Rasulullah SAW nescaya andalah lelaki yang wanita tercari- cari selama ini.

Leave a Comment

lelaki.my Webutation