Ciri Ciri Lelaki Yang Baik: Menilai Diri Seorang Lelaki

  • 4 min read
  • Oct 14, 2020
Ciri Ciri Lelaki Yang Baik 2

Mencari seorang lelaki mempunyai ciri ciri lelaki yang baik merupakan idaman setiap wanita di seluruh dunia. Cinta merupakan sesuatu yang sangat rumit.

Amat mudah bagi seorang wanita untuk memasuki perangkap dengan senyuman yang memukau, gigi yang cantik serta mempunyai otot dan tangan yang kuat.

Jika seorang wanita inginkan hubungan yang kukuh dan kekal hingga ke akhir hayat, anda perlu mencari dengan lebih terperinci dan tidak hanya memandang pada wajah sahaja.

Mencari jenis lelaki yang bukan sahaja dari segi rupa. Disini ada senarai ciri-ciri lelaki yang baik.

Bagaimana pula jika anda si pembaca seorang lelaki? Mungkin anda boleh ambil beberapa cadangan ini untuk menilai diri anda dan berusaha untuk membina sifat dan sikap supaya memilik ciri-ciri lelaki yang baik untuk diri anda orang tersayang.

Ciri Ciri Lelaki Yang Baik: Seorang yang setia

Ciri Ciri Lelaki Yang Baik 1

Ini merupakan perkara yang sangat jelas. Tidak ada sesiapa yang inginkan hubungan dengan seorang yang penipu bukan?

Kadang-kadang anda akan terperangkap dengan senyuman yang memukau dan kata-kata manis yang keluar daripada mulut seorang lelaki dan anda mengabaikan sepenuhnya jika dia mempunyai sejarah yang buruk.

Jika lelaki itu merupakan seorang yang suka menipu dan selalu mengeluarkan kata-kata manis terhadap perempuan lain, anda mungkin ingin mempertimbangkan pilihan itu kerana sudah tentu dia bukan seorang yang setia dan hubungan anda tidak akan kekal lama.

Terbuka dan jujur

lelaki yang terbuka dan jujur

Sifat jujur adalah salah satu sifat yang sangat penting dalam menjalinkan hubungan yang akan kekal selamanya dan sangat terbuka tentang kesemuanya.

Anda perlukan lelaki yang sanggup jujur semasa mereka kelihatan sedih dan semasa mereka berasa bersalah.

Anda juga perlukan lelaki yang akan sentiasa membuka perbincangan tentang masalah yang di hadapi dan bersama-sama menyelesaikannya.

Dengan komunikasi menjadi asas untuk sentiasa komited, hubungan yang erat, ianya sangat penting.

Ada lelaki yang berasa malu dan anda perlukan lebih masa untuk menjadikan dia seorang yang terbuka dan jujur tetapi jika lelaki itu tidak mahu bersifat terbuka dan jujur, dia bukan jenis yang anda mahukan.

Suka cabar diri sendiri

Untuk mengenalpasti seorang lelaki yang baik, mereka suka mencabar diri mereka setiap hari untuk menjadi seorang individu yang lebih baik.

Kebanyakan lelaki sering ditipu dengan percaya bahawa mereka perlu sentiasa bersaing dan menakluk sesuatu. Sebenarnya ini bukan caranya.

Lelaki yang baik akan mengetahui bahawa cabaran yang sangat besar dalam hidup mereka adalah untuk mengatasi dorongan sendiri dan diri mereka berbanding daripada berjaya mengatasi orang lain.

Ciri Ciri Lelaki Yang Baik: Bertanggungjawab keatas kewangan

lelaki yang bertanggungjawab keatas kewangan

Jika teman lelaki anda sentiasa ingin meminjam duit daripada anda, dia mungkin seorang yang tidak boleh dipercayai dari segi kewangan.

Jika dia suka meminjam duit dan berhutang daripada orang lain dan mempunyai hutang kad kredit yang banyak, dia tidak pandai mengendalikan kewangannya dengan baik.

Kualiti ini sering menjadi debat kerana tanggungjawab terhadap kewangan bukan menunjukkan seseorang itu bersifat jahat. Akan tetapi, meminjam duit tanpa pulangkan semula duit bukan tanda seorang lelaki yang baik.

Mempunyai matlamat

Matlamat adalah sesuatu yang penting dan bermula daripada hasil kerja yang keras, tidak pernah bosan dan membawa kepada gembira dan bersikap positif.

Seorang lelaki perlukan matlamat supaya mereka mempunyai arah tuju. Mereka mungkin bermula daripada sesuatu yang kecil untuk menyara hidup sendiri sehingga mencari pekerjaan yang betul-betul sesuai atau ingin menjadi tuan kepada perniagaan yang baru.

Matlmat yang positif perlu sentiasa dimiliki oleh mana-mana lelaki dan ini akan kelihatan lebih professional dan diminati oleh wanita.

Pemberi sokongan

Lelaki Pemberi Sokongan

Seseorang lelaki yang baik akan memberi sokongan kepada wanita apabila mereka ingin lakukan sesuatu. Bukan bermakna memberi sokongan untuk lakukan sesuatu ke arah negatif.

Mereka akan dengar apa yang anda akan katakan sebelum mereka memberi nasihat atau cuba sama-sama menyelesaikan masalah.

Sebenarnya, kadang-kadang mereka tidak suka pergi ke tempat tersebut, tetapi disebabkan anda ingin ke sana, mereka akan cuba memahami dan ini menandakan mereka memberi sokongan kepada anda.

Tetapi jika dia menghalang apa yang anda buat, jangan bersikap degil kerana dia mungkin tahu ada keburukan yang mungkin akan berlaku apabila anda lakukan perkara tersebut.

Layanan yang baik

Walaupun lelaki itu tidak mempunyai rupa yang tampan dan menawan dari mata anda, tetapi jika dia melayan anda dengan sangat baik, anda perlu fikir semula adakah dia pilihan anda.

Lelaki yang baik sangat bangga dan gembira apabila bersama dengan anda. Dia sepatutnya menghormati dan melayani anda seperti seorang puteri.

Pemberian kasih sayang dan membuatkan anda seperti seorang wanita yang sangat istimewa itulah antara ciri-ciri lelaki yang baik.

Jangan pula anda mengambil kesempatan apabila dia sudah memberikan layanan yang terbaik. Anda juga perlu balas dengan layanan yang baik supaya dia lebih menyayangi anda.

Mempunyai keyakinan yang tinggi

Lelaki yang mempunyai keyakinan yang tinggi

Keyakinan adalah satu sifat yang dapat membuatkan seseorang lelaki lebih yakin dan tidak bersifat malu.

Apabila anda mempunyai hubungan dengan seorang lelaki, keyakinan dalam diri lelaki itu yang membuatkan hubungan menjadi lebih rapat dan anda tidak akan rasa takut untuk menceritakan masalah kepada mereka atau anda ingin bersikap terbuka kepada mereka.

Keyakinan juga menjadikan seorang lelaki mempunyai kualiti apabila berkawan dan bekerja. Setiap orang mempunyai kelemahan mereka tersendiri, tetapi apabila keyakinan wujud, kelemahan dalam diri dapat di atasi.

Seorang yang matang

Walaupun lelaki perlu menjadi seorang yang matang, tidak bermakna mereka tidak perlu tahu bagaimana ingin berseronok atau berjenaka pada masa yang sama.

Apa yang perlu diperkatakan di sini bahawa matang menunjukkan mereka dapat mengendalikan hubungan dan tahu bagaimana untuk bertindak jika terdapat masalah di dalam perhubungan.

Kematangan di tempat kerja juga sangat penting kerana ianya menjadikan seseorang itu lebih professional dalam mengatasi masalah yang ada dalam sesebuah syarikat.

Di dalam syarikat itu sendiri mempunyai pelbagai masalah seperti rakan yang iri hati, tidak mahu buat kerja yang disuruh atau tiada layanan daripada rakan sekerja.

Masalah seperti ini yang perlu dihadapi dan seorang lelaki yang matang akan mencari penyelesaian yang tidak akan membawa kepada sesuatu yang negatif.

Ciri Ciri Lelaki Yang Baik: Pesonaliti yang positif

Lelaki personaliti yang positif

Ciri-ciri seorang lelaki yang baik adalah mereka mempunyai sikap yang sangat positif terhadap hidup mereka.

Dia perlu menjadi seorang yang sentiasa gembira dan ceria. Ini sangat susah kerana anda berada dalam dunia yang banyak perkara negatif.

Lelaki yang positif sangat berbeza dengan lelaki yang negatif kerana mereka akan lebih senyum dan ketawa.

Anda boleh lihat seorang lelaki yang positif dengan cara bagaimana mereka bawa diri mereka.

Seseorang lelaki yang ceria dan sentiasa senyum akan mudah membuatkan anda berasa selesa apabila berada dekat dengan mereka berbanding seorang lelaki yang sentiasa muram, mempunyai pandangan yang serius dan tidak mahu senyum apabila terserempak dengan anda.

Ciri-ciri seperti ini yang sangat disukai oleh orang ramai kerana ia menampakkan perbezaan yang ketara mengenai lelaki yang baik dan lelaki yang bersifat negatif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!